Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Malu biarlah tempat. Semua orang perlu ada perasaan malu. Malu untuk berbuat maksiat. Malu untuk buat perbuatan jahat. Di sini positifnya perasaan malu kerana malu dapat menghalang kita daripada melakukan dosa.
Berbalik kepada tajuk kita, 'Malu Tapi Mahu'. Kalau ditanya kepada orang, boleh jadi ada 1001 alasan yang boleh disandarkan atas rasa malu.
MAHU berbisnes tetapi MALU orang tahu kita buat bisnes.
MAHU untung dengan bisnes tetapi MALU untuk buat promosi.
MAHU ada blog tetapi MALU untuk tulis blog.
MAHU tahu tetapi MALU untuk bertanya.
Nampaknya perasaan MALU lebih besar berbanding rasa MAHU. Ini namanya malu tak bertempat. Hatta ada orang yang nak berdoa pun malu. Malu nak minta dekat Allah. Kenapa pula nak malu? Bukankah kita disuruh minta yang terbaik daripada Allah?
Kalaulah ini yang terjadi maka kekallah kita dengan perasaan malu itu sampai bila-bila. Hanya orang yang MAHU sahaja yang akan berjaya.
Jika anda mempunyai masalah seperti ini, nak buat ini malu, nak buat itu malu. Maka senaraikan apa impian yang ingin anda capai. Catatkan impian anda. Bayangkan anda telah pun berjaya mencapai impian tersebut.
Jadikan impian anda itu sebagai faktor yang menggerakkan anda sehingga tahap perasaan MAHU mengatasi MALU. Kemudian bertindaklah di samping teruskan berdoa.
Akhir kata, malu biarlah bertempat!
No comments:
Post a Comment