Saturday, 3 May 2014

6 Cara Mudah Urus Emosi dan Tenaga Surirumah


Enam cara mudah urus masa dan tenaga surirumah boleh juga untuk suri bekerja luar rumah.

1. Apa cara sekalipun utamakan dalam urus emosi. Jaga emosi dan urus emosi. Walau apa pun keadaan, emosi yang baik membantu kita untuk fokus dan menguasai urusan seharian dengan baik.

2. Emosi kacau, kita mudah lapar, mudah marah, mudah sentap, mudah itu dan ini.

3. Tepati masa 'temujanji dengan Tuan empunya rezeki' fokus betul-betul, insya-allah emosi kita sangat baik untuk setiap permulaan hari. Jaga temujanji ini lima kali sehari, macam tak sabar nak jumpa buah hati. (ingatan untuk saya sendiri)

4. Belajar untuk buat senarai malam hari, tanam azam mahu selesaikan apa cara sekalipun. Lihat kesan penghujung hari apabila kita selesai semua yang kita senarai.

5. Jumpa anak peluk mereka erat-erat. Merekan ahli syurga, tak ada dosa, yang berdosa kita, suka dan cepat sangat mahu marah apabila anak-anak mula tunjuk skil agar ibu cepat jadi hulk'. Sebelum mentol hulk menyala merah bertukau hijau, cepat-cepat peluk dan sembang.

6. Jika ada bayi kecil, lagilah seronok, cium anak, sayang anak, ia terapi semulajadi Allah kirimkan, agar kita tenang-tenang sahaja


(Baca lagi dalam ebook superwahm supermom)


Ingin mendapatkan ebook yang berkaitan untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Adilah untuk:-
 
KHIDMAT NASIHAT PERCUMA
dan
PELUANG BISNES BERSAMA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH!!!

Email: noradilah.ahmadshokori@gmail.com
Facebook (pm) : Nor Adilah




No comments:

Post a Comment


Copyright to NOR ADILAH
Designed by UMIESUEstudio 2015