Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google
Saya tahu ramai yang ingin mencari duit lebih terutamanya menjelang musim perayaan. Di sini saya kongsikan 9 idea bisnes bulan Ramadan.
1. Kuih/Biskut raya
Mungkin ada yang merungut, lecehlah buat kuih raya. Susah buat kuih/biskut. Penat pula tu. Baik, jangan buat sendiri kuih/biskut tersebut. Cari orang yang memang buat kuih raya dan kita sendiri telah rasa kualiti kuihnya (sedap). Kemudian, kita ambil sampel (contoh) dari pembekal atau kita boleh beli sedikit untuk buat sampel sendiri.
Lepas itu, mulakan promosi. Bagi orang rasa kuih tersebut. Kalau kuih yang kita jual itu terbukti sedap, orang tidak akan teragak-agak untuk membuat tempahan. Kualiti dan kesedapan kuih akan bercakap sendiri.
Dalam hal ini, kita pun tidak penat, betul tak? Kita cuma tolong promosi, ambil order dan hantar kepada mereka. Jangan lupa ambil wang deposit daripada pelanggan.
2. Kerepek
Sama seperti kes kuih/biskut raya. Tidak semestinya kita kena buat sendiri kerepek yang ingin dijual. Kita boleh dapatkan bekalan kerepek daripada pengusaha-pengusaha kerepek secara borong. Kemudian, bungkus semula dalam pek-pek kecil.
Harga yang murah akan menarik pelanggan untuk membeli. Untuk peringkat permulaan, mungkin boleh letak dan pamerkan atas meja kerja. Apabila rakan sepejabat mula bertanya, inilah peluang kita untuk menjual. Peringkat seterusnya menjadi lebih mudah kerana orang sudah mula mengenali dan tahu kualiti kerepek yang kita jual.
3. Pakaian
Kalau ingin menjual kain pasang sekarang ini agak kurang sesuai kerana kebanyakan tukang jahit tidak lagi menerima tempahan menjahit pakaian untuk disiapkan menjelang hari raya. Tetapi, masih boleh dijual jika kena dengan caranya.
Jika ingin menjual, boleh fokuskan kepada pakaian yang sudah siap dijahit. Contohnya, baju kurung, tudung serta aksesori (keronsang/pin).
4. Serunding
Produk yang mendapat sambutan adalah serunding. Bukan hanya untuk hari raya tetapi juga serunding adalah makanan siap yang menjadi salah satu bekalan makanan yang wajid ada di rumah pada bulan Ramadan.
6. Sambal
Pelbagai jenis sambal yang ada di pasaran sekarang ini seperti sambal hitam, sambal bilis dan banyak lagi. Sambal adalah makanan pembuka selera khususnya pada bulan puasa.
7. Telekung
Permintaan untuk telekung cukup tinggi dan ramai yang tidak nampak peluang seperti ini. Sebelum masuk Ramadan, ramai yang mula mencari keperluan solat ini. Alhamdulillah kerana semakin ramai yang memandang berat persiapan menyambut pesta ibadah ini dan tidak hanya fokus kepada persiapan raya sahaja.
http://noradilah-ahmadshokori.blogspot.com/2014/04/projek-duit-raya.html
8. Kek dan puding
Seperti kebanyakan makanan yang lain, kek dan puding adalah produk makanan yang sentiasa mempunyai tempat dalam pasaran.
9. Sampul duit raya
Amalan memberi duit raya masih lagi subur di negara ini. Meski pun terdapat usaha pihak tertentu untuk mengubah konsep ini, namun usaha tersebut masih belum menampakkan hasil. Justeru, sampul duit raya merupakan produk yang mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna.
Ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan sampul duit raya yang cantik, unik dan menarik berbanding biasa. Sasaran pelanggan tidak terhad hanya kepada individu dan orang perseorangan sahaja, namun boleh diperluaskan kepada peniaga yang ingin menjadikan sampul raya sebagai alat promosi dan hadiah kepada pelanggan dan bakal pelanggan mereka.
Semoga idea bisnes di atas dapat membantu mereka yang berminat untuk menimba pengalaman berniaga khususnya pada bulan Ramadan dan menjelang musim perayaan.
No comments:
Post a Comment