Wednesday, 14 May 2014

Kisah Burung, Cacing dan Cicak

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar : Google

Kita hairan melihat gelagat manusia. Baru diuji sedikit, mereka sudah mula menyalahkan Allah. Mari kita belajar daripada binatang di sekeliling kita.

Cuba kita lihat burung. Burung tidak pernah salahkah Allah atas kekurangan rezekinya. Setiap pagi burung keluar mencari rezeki. Pulangnya ke sarang pada waktu petang belum tentu membawa makanan. Kadang-kadang makanan itu hanya cukup untuk anak-anak dan tidak ada bahagian untuknya.



Tetapi seekor burung tidak pernah kecewa dalam hidup. Tidak pernah kita lihat seekor burung membunuh diri. Bahkan saban hari burung tetap berkicau seolah-olah tidak ada masalah dalam hidupnya. Padahal rezekinya belum terjamin. Tidak seperti sesetengah manusia yang ada pencen dan simpanan untuk masa depan.

Perhatikan pula cacing yang hidupnya dalam tanah. Cacing ini tidak mempunyai kaki, tangan dan buta matanya. Dengan status cacing ibarat OKU (orang kurang upaya) total, cacing tidak pernah bunuh diri. Malah cacing yang hidup dalam tanah, gemuk-gemuk belaka.

Bagaimana pula dengan cicak? Kalau nak ikut marah, cicak berhak untuk marah kerana cicak tidak boleh terbang, hanya boleh boleh merayap. Tetapi Allah jadikan lidah cicak fleksibel, lidahnya boleh mencapai apa yang sedang terbang. Cicak bersyukur dan tidak pernah marah pada Tuhan.

Patutkah kita marah? Patutkah kita menyalahkan Allah bila kita diuji? Jawapannya tidak! Kerana hidup adalah ujian dan kita hamba memang layak untuk diuji.




No comments:

Post a Comment


Copyright to NOR ADILAH
Designed by UMIESUEstudio 2015