Friday, 30 May 2014

3 Nasihat Bisnes Untuk Usahawan

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori

Seronok melihat rakan-rakan mula melibatkan diri dalam perniagaan. Setiap seorang daripada mereka mesti mempunyai impian untuk melihat perniagaan mereka berkembang maju. Malangnya, tidak semua usahawan berjaya dalam pernigaan.

Banyak juga cerita-cerita kegagalan yang melatari dunia keusahawanan. Tuan Ann Wan Seng, penulis buku Rahsia Bisnes Orang Cina memberikan nasihat untuk para usahawan sebagai bekalan.


Fokus Satu Perniagaan

Salah satu kesilapan yang dilakukan oleh usahawan yang baru mula berniaga ialah mereka tidak memberikan tumpuan kepada satu-satu perniagaan. Sikap terburu-buru untuk melakukan pelbagai bisne serentak menyebabkan mereka hilang fokus.

Justeru, usahawan-usahawan baru dinasihatkan untuk menceburi dan fokus hanya satu perniagaan dalam satu-satu masa sebelum beralih kepada cabang perniagaan yang lain. Dengan itu, mereka dapat menguasai dan membina sesuatu perniagaan dengan baik lagi kukuh.


Bagi Pelanggan Buat Pilihan

Pelanggan adalah raja. Oleh itu, berikan layanan yang mesra dan perkhidmatan terbaik dalam berurusan dengan mereka. Pelbagai kerenah pelanggan yang terpaksa kita hadapi, jadi tangani kerenah mereka dengan sebaik-baiknya.

Usahawan perlu mengawal emosi meskipun pelanggan mempamerkan emosi negatif dan mencetuskan provokasi. Jangan sesekali paksa pelanggan menurut kehendak kita. Sebagai peniaga, kita boleh memberikan cadangan tetapi biarlah mereka membuat keputusan sendiri.

Hargai dan raikan pelanggan kita. Kumpul dan simpan database pelanggan untuk kegunaan bisnes kita. Misalnya, hantarkan ucapan hari lahir dan berikan potongan harga sempena hari lahir mereka. Pelanggan tentu suka dan akan datang lagi untuk membeli daripada kita.


Sentiasa Belajar


Jangan mudah berpuas hati. Ramai usahawan yang mudah leka apabila berada di zon selesa. Kejayaan yang diperoleh sewajarnya melonjakkan lagi semangat dan usaha keras untuk lebih berjaya.

Sentiasa berusaha untuk menambah ilmu. Tidak cukup hanya sekadar membaca buku. Ilmu bisnes boleh didapati melalui pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Ilmu sebegini mahal harganya kerana tidak bergantung kepada teori tetapi dibuktikan melalui praktikal.

Pentingnya berguru dan mempunyai mentor yang telah berjaya supaya dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dalam dunia perniagaan. Ini akan mendorong dan memotivasikan usahawan untuk menetapkan impian dan matlamat yang lebih besar supaya tidak hanya dibuai dengan kejayaan pada masa sekarang.


***********************************************************

Bagi mereka yang mahu mula menggunakan blog, untuk mula berkongsi minat, hobi dan kepakaran boleh mula menulis berdasarkan analisa soalan yang akan diberikan dalam kelas online blog. Kenapa analisa penting? Untuk melihat apa sebenarnya yang perlu kita tulis, dan untuk kita lebih fokus menulis di blog supaya kita akan sentiasa konsisten, mudah mencari bahan penulisan dan seterusnya dapat menggunakan kemahiran dan minat kita untuk mula menghasilkan pendapatan.

Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
9. kelas blog borong telekung solat
10. kelas penulisan ebook premium
11. pendaftaran projek duit raya http://projekduithariraya.blogspot.com/

Pendaftaran Kelas Online/Offline Blog dibuka setiap hari. Hubungi saya.
Facebook : Nor Adilah
Email : noradilah.ahmadshokori@gmail.com
SMS : 016 - 461 4541
 AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH
Nor Adilah Ahmad Shokori
Pengurus Online
 Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) 



No comments:

Post a Comment


Copyright to NOR ADILAH
Designed by UMIESUEstudio 2015