Thursday, 17 April 2014

Bisnes Makanan

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Perniagaan makanan adalah antara perniagaan di negara ini yang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Perniagaan ini sering menjadi pilihan kerana mampu menjana aliran tunai yang cepat kepada peniaga apatah lagi makanan merupakan produk keperluan.

Tambahan pula situasi semasa yang rata-ratanya keluar bekerja dan lebih gemar dan adakalanya terpaksa membeli makanan dari luar. Justeru, perniagaan makanan antara cabang perniagaan yang menjadi pilihan ramai orang.
101 Idea Home-Based Bisnes
[Menjual sarapan pagi]
Boleh juga hanya buka gerai yang berdekatan dengan rumah. Bisnes ini biasanya hanya beroperasi jam 7 hingga 10 pagi sahaja.
Untuk tujuan promosi masih boleh menggunakan platform facebook dan blog untuk tujuan promosi. Sediakan khidmat pesanan dan penghantaran produk, bagi nilai tambah bisnes ini. Contohnya bagi yang berminat untuk tujuan membawa ke pejabat, boleh tempah secara online dan mengambil tempahan ini di lokasi berdekatan rumah atau dari rumah pemilik bisnes.
Terma dan syarat yang wajib adalah, membayar terlebih dahulu dan pengesahan tarikh. Ini untuk mengelakkan usahawan rugi dan masalah pembatalan tempahan saat akhir.
[Jualan menu tengahari]
Ini boleh dilakukan oleh surirumah yang tinggal di kawasan bandar-bandar besar. Perkhidmatan menu tengahari berdasarkan pakej makanan. Sediakan juga promosi melalui blog, laman web dan facebook.
Surirumah boleh menyediakan kepelbagaian menu mengikut hari, contohnya:
Isnin- Menu Barat
Selasa- Hidangan ala carte
Rabu -Nasi lauk kampung
Khamis- Nasi Arab
Jumaat- Nasi tomato
Di atas adalah contoh sahaja. Boleh pelbagaikan pakej, penghantaran ke sekitar pejabat atau lokasi 'pengambilan'.
Order perlu dibuat beberapa hari sebelum, atau sediakan borang tempahan yang lengkap. Suri yang mahu buat operasi ini perlu membuat kajian kawasan terlebih dahulu untuk mengetahui maklumbalas awal pelanggan.
[Membekal makanan bajet pelajar]
Sekiranya berada di persekitaran kolej, universiti, pusat pengajian. Ini juga salah satu cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Buat menu dan pilihan bajet untuk pelajar. Selalunya pelajar suka untuk mendapatkan makanan.
Pilih satu lokasi penghantaran makanan pada masa sekian-sekian. Boleh juga mengambil beberapa pelajar sebagai pekerja sambilan, iaitu menjalankan promosi sekitar kediaman pelajar dan mendapatkan tempahan. Gunakan sepenuhnya kemudahan teknologi dan penyebaran promosi melalui facebook dan blog.
Ini juga kategori bisnes kecil yang boleh dijalankan operasinya dari rumah. Manakala tempahan adalah berdasaran lokasi yang ditempah pelanggan. Kebanyakan masyarakat kini semakin sibuk dan tidak sempat untuk menyediakan sendiri. Katering kecil-kecilan boleh difokuskan kepada kategori majlis keraian, majlis jamuan pagi, majlis perpisahan, rumah terbuka musim perayaan, majlis aktiviti seminar untuk syarikat, jabatan kerajaan dan sebagainya.
Jika kita imbas kembali, ketika kita kecil dahulu, bisnes masakan pagi atau sarapan pagi adalah pilihan popular bagi surirumah. Ini kerana ia adalah paling mudah untuk dilakukan. Selain jenis menu berat, sarapan pagi juga boleh berkaitan dengan kuih-muih tradisi.
Bisnes makanan sarapan pagi adalah paling ideal bagi kalian yang suka memasak. Sama ada memilih masak di rumah dan letak sahaja beberapa lokasi, contoh di beberapa kedai makan, stesyen minyak dan sebagainya. Pilih hanya beberapa menu sahaja, sarapan nasi lemak, nasi gorneg, nasi berlauk, bihun goreng, mee goreng.
[Katering kecil-kecilan]
Pemilik bisnes boleh menyediakan pakej yang sesuai, berdasarkan bilangan tempahan 50, 100, 200 dan sebagainya mengikut bilangan orang yang akan dirai.
Bakal pelanggan perlu bertemu dahulu, atau membuat perbincangan awal, untuk menentukan harga. Kos modal termasuk penyediaan bahan memasak, kos penghantaran, alatan yang digunakan, kos pekerja dan sebagainya. Bisnes katering kecilan ini juga sangat sesuai bagi surirumah yang mempunyai bakat memasak. Boleh mulakan dengan sekitar kawasan perumahan terlebih dahulu, dan mula kembangkan lagi promosi sekitar kawasan pejabat.
[Bisnes kek dan roti]
Bisnes kek dan roti, adalah salah satu bisnes pilihan popular di kalangan wanita. Sebagai permulaan bagi wanita yang mahu memulakan bisnes ini boleh mencari kursus kemahiran iaitu kursus asas yang ditawarkan oleh usahawan yang mengadakan kelas atau juga anjuran kolej.
Sebagai permulaan boleh dilakukan dirumah dan menerima tempahan berskala kecil. Kek dan roti juga sesuai dijadikan tempahan untuk majlis keraian, hari jadi, majlis doa selamat, pertunangan dan juga perkahwinan.
Dapatkan lebih banyak idea di sini dan keterangan dalam Bab 1 ebook ini.
Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
[Bisnes Makanan]
1. Bisnes Sarapan Pagi
2. Jualan Menu Tengahari
3. Membekal/Menjual Menu Bajet Pelajar
4. Katering Kecil-Kecilan
5. Kek Dan Roti
6. Pek Rempah Ratus/  Resipi Mudah Suri Rumah
7. Makanan Sejuk Beku
8. Makanan Tradisi
9. Pelbagai Kerepek/ Keropok Pilihan Popular
10. Kelas Masakan
[Bisnes Kreatif]
11. Gubahan
12. Pereka Grafik
13. Arkitek
14. Tukang Jahit
15. Permainan Pendidikan
16. Kraftangan
17. Cenderahati Majlis Keraian
18. Pembekal Alat Jahitan
19. Kraftangan Landskap
20. Sulaman Dan Jahitan Manik
[Bisnes Pendidikan]
21. Kelas Al-Quran Kanak-Kanak
22.  Kelas Al-Quran Dewasa
23.  Menjual Buku-Buku Rujukan, Al-Quran, Alat Bantu Mengajar
24. Kelas Pengkhususan Bahasa ( Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin)
25. Kelas Keusahawanan ( Kelas Pembangunan Bisnes,  Kelas Pemasaran Online, Kelas Kewangan/Akaun)
26. Kelas Bacaan Awal (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Jawi, Bahasa Arab)Contoh Read Network
27. Tuisyen Di Rumah
28. Tutor Mengikut Subjek
29. Jualan Buku-Buku Pendidikan/ Alat Bantu Mengajar
30. Kelas Pengurusan Kewangan (Akuan Isi Rumah, Peribadi, Bisnes)
[Bisnes Online]
31. Butik Online
32. Produk Digital
33. Produk Fizikal
34. Dropship
35. Konsultan Online
36. Dropship
37. Affiliate
38. Kelas Online
39. Pemasaran Online
[Bisnes Offline]
40. Transit Pelajar Sekolah
41. Kelas Masakan
42. Kelas Jahitan
43. Pusat Asuhan
44. Perkhidmatan Pembersihan Rumah
45. Perkhidmatan Pembersihan Premis
46. Penternak Lembu Dan Kambing
47. Jagaan Harian, Kanak-Kanak, Orang Tua
48. Tukang Masak Peribadi
49. Perkhidmatan Fotografi
50. Butik
51. Pusat Latihan Jahitan
52. Kedai Jahitan
53. Pembekal pakaian
54. Pereka Fesyen
55. Pakar Sulaman
56. Kelengkapan Pengantin
57. Barangan Pertanian
58. Makanan Mentah/ Buah-Buahan Segar
59. Ayam Proses Segar
60. Butik Pakaian Ibu Hamil/ Kanak-KanakBisnes Perkhidmatan
61. Gunting Rambut
62. Pakar Ibu Bapa
63. Pakar Pemasaran Online
64. Servis ala ganti/ kereta/motorsikal/basikal (bengkel)
65. Perancang Majlis Kewangan
66. Perunding Majlis
67. Agen Pembelian Rumah
68. Homestay
69. Perunding InsuranAksesori/ Hadiah
70: Aneka Hamper
71. Beng Tangan Wanita
72. Aksesori Lelaki
73. Perhiasan Rumah/ Dekorasi
74. Barangan Kemas
75. Aksesori Kanak-Kanak Perempuan
76. Peralatan Kelengkapan Bayi
77.  Dekorasi Dapur/ Peralatan
78. Peralatan Gubahan Perkahwinan/ Pertunangan
79. Peralatan Majlis Keraian
80. Cenderamata Pelbagai Jenis Majlis
[Bisnes Kesihatan]
81. Bekam
82. Rawatan bersalin dan berpantang
83. Urutan tradisional
84. Salun di rumah
85. Refleksologi
86. Perunding Kesihatan
87. Makanan Sunnah
88. Makanan Kesihatan/ Suplemen
89. Kaedah Rawatan Alternatif
90. Rawatan Perubatan IslamBisnes Kecantikan
91. Produk Menurunkan Berat Badan
92. Produk Pencerahan Kulit
93. Produk Awet Muda
94. Set Bersalin/ Berpantang
95. Set Kehamilan
[Bisnes Gerai (depan rumah)]
96. Gerai Burger-petang hingga malam
97. Gerai nasi lemak-pagi atau petang
98. Gerai Char Kuew Tieau
99. Gerai kuih-muih petang
100. Gerai nasi bungkus
101. Gerai pulut cendol/ Abc/Keropok 
-----------------------------------------------------------------------------




Masih mencari-cari idea untuk bisnes dari rumah?

Dapatkan pakej ebook ini untuk bantu kalian mengambil langkah pertama untuk bergelar usahawan dari rumah.
Hanya bayar harga untuk satu ebook, dapat 2 ebook.
Selagi promosi belum berakhir.


Atau dapatkan PAKEJ MULA BISNES MAKANAN pada harga 

PROMOSI 3 ebook hanya RM100 bayar terus di sini BORANG TEMPAHAN.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
Facebook (pm) : Nor Adilah
Email              :noradilah.ahmadshokori@gmail.com



No comments:

Post a Comment


Copyright to NOR ADILAH
Designed by UMIESUEstudio 2015