Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google
- Ajar anak-anak ilmu tauhid iaitu supaya kenal dan cintakan Allah. Antaranya bawa anak-anak ke masjid untuk solat dan belajar agama.
- Ajar anak-anak bahawa Allah melihat apa saja yang kita buat. Walau di mana kita berada Allah pasti nampak kita hatta sekecil-kecil perkara sekali pun.
- Ajar anak-anak cinta nabi. Sebelum tidur cerita kepada mereka kisah-kisah nabi, para sahabat dan ahli keluarga nabi.
- Suruh anak-anak solat. Bawa mereka ke masjid untuk solat berjemaah.
- Ajar mereka puasa sunat dan qiamullail.
- Berkawan dengan mereka. Libatkan diri dengan aktiviti yang mereka lakukan atau libatkan mereka dengan aktiviti kita. Contohnya bawa mereka memancing dan sebagainya.
- Panggil anak-anak dengan nama yang baik dan elok.
- Terapkan akhlak nabi dalam diri mereka.
No comments:
Post a Comment