Wednesday 16 April 2014

Cabaran Peniaga Baru

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google




Saya membaca luahan hati seorang rakan tentang masalah yang dihadapi olehnya. Berdasarkan catatan, dia baru saja memulakan perniagaan menjual pakaian. 

Pada mulanya, dia menjual dari rumah ke rumah dan sambutan yang diterima sungguh menggalakkan. Namun, dia terpaksa menghentikan jualan kerana kekangan masa disebabkan terikat dengan jadual kerja yang panjang.

Jadi, dia membuat keputusan untuk melatakkan barang jualannya di sebuah kedai. Sebulan berlalu, bisnesnya kurang mendapat sambutan. Boleh dikatakan hanya beberapa helai pakaian yang terjual berbanding dengan jualan yang dibuat dari rumah ke rumah.



Memikirkan bahawa ini cabaran yang terpaksa ditempuhinya pada peringkat awal berniaga, dia teruskan juga bisnes tersebut. Keadaan tidak berubah, malah semakin teruk. 

Minggu ke minggu, kunjungannya ke kedai tersebut untuk mendapatkan maklum balas terhadap barang jualannya nyata mengecewakan, apabila dimaklumkan oleh pemilik kedai tersebut bahawa stok pakaiannya tidak laku. 

Dia membuat keputusan untuk mengambil kembali stok pakaian yang tidak laku. Pada pendapat saya, ada beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan oleh mana-mana peniaga yang berdepan dengan masalah yang sama.


Pertama, meletakkan barang jualan di premis perniagaan tidak bermakna peniaga meninggalkan dan menyerahkan segala urusan berkaitan kepada pemilik kedai sahaja. Apakah yang perlu dilakukan oleh peniaga apabila pergi ke kedai tersebut?

Selalunya, peniaga akan bertanya perkembangan dan jualan produk miliknya. Itu yang biasa dilakukan oleh kebanyakan orang. Sepatutnya, peniaga meluangkan sedikit masa untuk meninjau di mana kedudukan produknya dipamerkan. Sesetengah peniaga tidak ambil tahu di mana produk diletakkan dan ini merugikan diri mereka sendiri. 

Bayangkan produk milik peniaga dibiarkan berlonggok di bahagian bawah atau ditempatkan di bahagian belakang yang tersorok dari pandangan mata pelanggan. 

Bagaimana pelanggan ingin membeli produk tersebut sedangkan mereka tidak berpeluang untuk melihat dan mengetahui kewujudannya? Ambil peluang untuk berbincang dengan pemilik kedai supaya produk terbabit di tempatkan di tempat yang lebih baik dan strategik. 




Kedua, tugas pemasaran sepatutnya dilakukan oleh peniaga bukan pekedai. Bagaimana peniaga mahu memastikan bahawa pelanggan sedar dan tahu kewujudan produknya? Oleh itu, menjadi tanggungjawab peniaga untuk mewar-warkan kepada pelanggan (sedia ada) dan bakal pelanggan bahawa mereka dapat memiliki produk ini di kedai tersebut.

Alternatif yang lain, lantik ejen jualan produk. Sistemnya terpulang kepada peniaga itu sendiri. Sama ada ingin mengenakan bayaran (bayaran komitmen) untuk menjadi ejen atau secara percuma.

Dalam hal ini barangan jualan (pakaian) dijual pada harga ejen. Mungkin ada yang berpendapat tindakan ini akan merugikan kita. Tidak sebenarnya, kerana fokus kita adalah pada volume (bilangan pakaian yang ingin dijual). 

Meski pun margin keuntungan menjadi lebih rendah, namun hasil yang bakal diperolehi akan menjadi tinggi sekiranya setiap ejen dapat menjual dengan volume yang besar. Semakin ramai ejen yang berjaya membuat jualan, maka semakin besar volume dan semakin tinggi keuntungan.

Apabila peniaga melantik ejen, fokus peniaga adalah melatih ejen-ejen membuat jualan di samping melakukan kerja-kerja pemasaran bagi membantu ejen-ejen di bawahnya menjana pendapatan.


Pilihan terakhir sekiranya produk (barang jualan) langsung tidak dapat dijual dan tidak laku adalah jual sahaja produk tersebut pada harga kos atau buat jualan penghabisan stok. Ya, mana-mana peniaga sekali pun memang terpaksa menanggung kerugian akibat tindakan tersebut tetapi itu adalah lebih baik daripada membiarkan produk itu terbiar begitu sahaja.

Justeru penting untuk setiap peniaga belajar cara untuk menetapkan harga jualan kerana sewajarnya sejak dari mula kerugian dapat dikurangkan sekiranya para peniaga mengetahui cara pengiraan kos yang tepat.


*****************************************************************

PELUANG BISNES BULAN RAMADAN


Alhamdulillah, kita berada pada bulan-bulan terakhir menghampiri Ramadan yang penuh berkat. Berdasarkan pengalaman dan pertanyaan demi pertanyaan melalui blog ini, sekarang ramai peniaga-peniaga mula tercari-cari produk "hot" sepanjang Ramadan.

Telekung solat salah satunya. Maka dengan besar hati kami mencari mereka yang fokus dan berkomitmen untuk merebut peluang ini.

Kelas membina blog & fanpage borong khusus bagi kalian yang mahu belajar. Hanya terhad 30 pendaftaran sahaja!

Kita fokuskan pada jualan borong Telekung Solat sahaja.
-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telekung Solat Kanak-Kanak.

Apa yang kalian bakal dapat? InsyaAllah,

Ilmu membina blog & fanpage niaga
Blog yang menepati minat pembeli
Bersama dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online    Akademi Bekerja Di Rumah - yang berpengalaman dalam bisnes online.
Produk telekung pelbagai jenis yang sedia ada stoknya.

Untuk mendaftar, hubungi saya:
Facebook: Nor Adilah
Email: noradilah.ahmadshokori@gmail.com








No comments:

Post a Comment


Copyright to NOR ADILAH
Designed by UMIESUEstudio 2015