Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google
Bismillah.
Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari RA bahawasanya
seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah SAW, beritahu daku tentang amalan
yang membolehkan aku masuk syurga”. Jawab Rasulullah SAW, “Beribadatlah kepada
Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan
zakat dan eratkan hubungan silaturrahim”.
Kita dituntut agar memanjangkan hubungan silaturrahim. Dunia hari ini, segalanya di hujung jari. Banyak medium dan pilihan di depan mata.
Namun, dalam kita bersilaturrahim ada adab dan seninya. Kadang-kadang niat kita betul, cuma pelaksanaannya silap. Tapis dan fikir apa yang mahu dibicarakan. Sesetengah perkara tidak perlu kita sentuh dan seboleh mungkin elakkanlah.
Cuba letakkan diri kita di tempat mereka. Kadang-kadang sehalus mana pun bahasa kita, masih tetap mencederakan emosi orang yang kita tanya. Puncanya ada pada soalan kita.
Bertanya khabar, bertukar cerita biarlah dalam keadaan kedua-dua belah pihak gembira. Masing-masing berasa selesa dan tidak ada hati yang terluka.
Tidak salah bertanya tapi tanyakanlah soalan yang lebih umum. Jangan sesekali menyentuh sisi peribadi. Konsep rezeki itu luas. Fahamilah bahawa rezeki yang Allah tabur untuk setiap hambaNya berbeza-beza. Lebih di sini, kurang di sana.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment