Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Kapten Nik Huzlan ketika ditanya pendapatnya tentang MH370, beliau menegaskan pesawat tersebut hilang. Kemudian seorang tetamu Malaysia Hari Ini (maaf saya tidak ingat namanya) mengimbau peristiwa yang pernah berlaku sebelum ini di Bario dan memberi penekanan bahawa segala bentuk kepakaran yang disumbangkan dalam misi mencari dan menyelamat ini mesti disertakan dengan ikhtiar rohani iaitu dengan doa, zikir dan ayat suci Al-Quran.
Kemunculan Kapten Noruddin Abdul Majid pula memberi pencerahan dalam kedua-dua aspek yang telah disentuh sebelumnya, di mana beliau telah membuatkan teori sains dan kecanggihan teknologi terkedu. Dari sudut tadbirnya, kita sebagai manusia telah berusaha. Tetapi kita tidak mampu mengatasi takdir Allah. Oleh itu, kita perlu pulang kepadaNya. Tadahkan tangan kita yang penuh dosa ini mengharap akan rahmat dan ampunan dariNya kerana hanya Dia yang kita yakin, harap dan percaya. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment