Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google
Tak sangka Jambatan Kedua Pulau Pinang akhirnya menjadi suatu kenyataan. Ura-ura nak buat jambatan kedua ni dah lama sebenarnya. Tapi lepas tu sepi tanpa berita. Semua orang di sini berteka-teki, jadi atau tak jadi.
Jambatan ini diwarnai pelbagai peristiwa. Malah menuntut darah dan air mata. Sempena perasmiannya semalam, nama baru telah diumumkan iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'azzam Shah. Bermula tengah malam tadi, jambatan terpanjang di Asia Tenggara sejauh 24 kilometer telah dibuka dengan 1,000 pengguna yang pertama akan mendapat sijil. Simpanlah, mana tau satu hari nanti anda dicari untuk dokumentari pasal jambatan ni. Hehe.
Persoalan yang ditimbulkan oleh Astro Awani mengetuk minda saya. Sejauh mana Jambatan Kedua Pulau Pinang membanggakan anda? Pendapat saya secara peribadi, sesiapa pun peringkat awal mesti rasa teruja. Teruja nak melalui sendiri pengalaman menggunakan jambatan tersebut.
Peringkat awal saja la. Lama-lama dah tak rasa apa-apa. Sama juga dulu bila kawan-kawan yang tak pernah sampai ke Pulau Pinang tanya, best tak naik jambatan tu? Entahlah, tak rasa apa-apa pun. Biasa je. Mungkin sebab duk lalu pi balik, pi balik.
Sama macam budak-budak yang dapat permainan baru la kot. Ralit duk main benda tu. Tapi lama-lama bila dia dah bosan, dia akan tinggal mainan tu. Dia tak nak main dah.
Yang bagusnya, dengan adanya jambatan ini maka kesesakan jalan raya sedikit sebanyak akan berkurangan. Tempias kemajuan dan pembangunan akan turut dirasai oleh rakyat di Seberang Perai Selatan khususnya. Manakala kawasan Batu Maung akan terus berkembang dengan pesat.
Dulu, Batu Kawan hanyalah tempat 'jin bertendang' sebelum wujudnya stadium di kawasan tersebut. Kemudian, kawasan tersebut kembali suram walaupun terdapat perubahan dalam landskap ekonomi di situ. Lepas ni, pasti lebih banyak perubahan akan berlaku apabila kolej dan universiti swasta beroperasi sepenuhnya. Ditambah dengan pembinaan IKEA, makin nilai hartanah di kawasan ini akan melambung tinggi.
Dari sudut yang lain, orang ramai yang bekerja di sebelah pulau mempunyai pilihan lebih baik kerana kebanyakan mereka terlibat dalam bidang perindustrian. Kos yang tinggi di kawasan pulau menyebabkan ramai yang memilih untuk tinggal di tanah besar (Seberang Perai).
Ini juga bermakna mereka terpaksa menempuh perjalanan yang panjang sebelum sampai ke tempat kerja. Ditambah pula dengan kesesakan jalan raya, maka banyak masa yang terbuang hanya di atas kenderaan. Dengan adanya jambatan kedua sebagai alternatif, maka akses ke kawasan perindustrian dan airport adalah lebih mudah.
Namun begitu, terbit juga kebimbangan kerana selalunya kemajuan fizikal tidak seiring dengan kemajuan rohani. Ini antara aspek penting yang sering kali kita terlepas pandang dalam merencana pembangunan negara ini. Takut dan gerun melihat kerancakan kemajuan yang berkadar langsung dengan masalah sosial.
Yang masih menjadi tanda tanya, berapa sebenarnya kadar tol yang akan dikenakan? Ketika pengumuman semalam, tidak pula disebut meskipun menurut Pengarah Urusan syarikat pemegang konsesi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), pemgumuman akan dibuat pada 1 Mac. Cadangan yang dibuat kepada Lembaga Lebuh Raya Malaysia kadarnya tidak kurang daripada RM 7 tetapi tidak melebihi RM 10. Tunggu dan lihat sajalah. Gunalah sementara percuma sepanjang bulan ni.

No comments:
Post a Comment