Teks:
Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar:
Google
Orang muda ekspresinya
berbeza. Selalunya Maulidur Rasul di Malaysia bersifat ekslusif hanya disambut
dalam komuniti Muslim sahaja. Justeru, sudah sampai masanya kita sambut cinta
rasul dengan seluruh alam dan sampaikan kepada semua tentang Rasulullah SAW
termasuk bukan Islam.
Atas dasar tersebut
sekelompok anak muda mengambil inisiatif turun ke jalanan bagi menyebarkan dan
menzahirkan perasaan cinta kepada Rasulullah kepada masyarakat bukan Islam. Ini
bukanlah sesuatu yang asing di negara barat di mana Islam adalah minoriti, di
Denmark contohnya apabila tiba Maulidur Rasul mereka akan memberikan bunga ros
kepada masyarakat bukan Islam sebagai salah satu bentuk dakwah.
Memasuki tahun kedua
penganjurannya, PBUH2014 : For The Love - Maulid2.0 Giveaway telah
diperluaskan ke beberapa buah tempat tumpuan ramai di sekitar ibu negara dan
Melaka. Cara dakwah yang sangat santai di mana sukarelawan yang terlibat akan
mengagihkan hadiah secara percuma seperti minyak wangi, air dan manisan seperti
kek dan coklat.
Melalui
pengalaman yang lalu, penerima yang terdiri daripada masyarakat bukan Islam
akan bertanya mengapa mereka diberikan barangan secara percuma, dan para
sukarelawan akan menjelaskan bahawa ini adalah manifestasi rasa cinta
kepada nabi kita sempena menyambut hari lahir baginda. Jika penerima inginkan
penjelasan yang lebih lanjut berkaitan Islam dan sebagainya, maka sukarelawan
terbabit akan memberikan buku kecil berkenaan Islam.
Tampak
mudah, namun ada juga reaksi negatif daripada orang bukan Islam yang timbul
disebabkan oleh salah faham mereka terhadap Islam. Pelikkan kan? Nak bagi free gift pun marah? Orang marah sebab kita
bagi free gift? Cuba
tengok nabi. Nabi nak bagi syurga, orang tentang nabi. Itu antara kata-kata
semangat yang diberikan kepada para peserta.
Moga
usaha kecik ini besar nilainya di sisi Allah.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment