Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Nor Adilah Ahmad Shokori
Kes Bunuh Budak 2 Tahun |
Berita pembunuhan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun pasti meremuk-redamkan hati sesiapa sahaja. Kejam. Langsung tidak berhati perut. Entah bagaimana nak digambarkan masyarakat hari ini. Perit untuk kita terima anak itu pergi dalam keadaan sedemikian rupa.
Suspek yang membunuh mangsa adalah teman lelaki ibunya. Manakala si bapa pula dalam tahanan polis atas kesalahan berkaitan dengan dadah. Apa lagi yang boleh diharapkan daripada kedua ibu bapa mangsa?
Melihat kepincangan yang berlaku dalam keluarga anak itu, saya pasti perencanaan Allah untuk anak ini adalah yang terbaik. Pahit untuk kita telan cara mangsa diperlakukan. Tetapi hakikatnya Allah Maha Mengetahui. Tetapi tidak pula bermakna kita reda dengan apa yang diperlakukan oleh suspek terhadap mangsa.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment