Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
“Kamu
berwuduk atau mandi?” tanya Ahmad Shuhairi pengacara rancangan Al-Khawater.
Soalan
itu diajukan setelah melihat seorang lelaki yang baru sahaja selesai berwuduk dengan pakaian yang basah di sana sini. Ahmad
kemudiannya menyatakan bahawa dianggarkan seorang Muslim yang berwuduk
menggunakan kira-kira 26 liter air sehari.
Betul
ke? 26 liter hanya untuk berwuduk? Barangkali saya tersilap dengar. Mungkin
juga kisah yang dikongsikan itu hanya berlaku di Tanah Arab, tetapi rasanya di
tanah air kita pun tidak jauh bezanya. Agaknya maksud meratakan air ke seluruh
anggota wuduk ditakrifkan oleh segelintir individu Muslim sebagai menggunakan
air dalam kuantiti yang banyak, maka hanya dengan itu seluruh anggota wuduk
berkenaan dapat dibasuh dengan sempurna.
Bagi
sesetengah orang 26 liter nampak tidak realistik. Baiklah, kita abaikan sahaja
soal kuantiti air tersebut. Kita kembali kepada persoalan pokok iaitu
pembaziran air. Kalau diikutkan segelas air sudah lebih daripada mencukupi.
Namun kebanyakan daripada kita hanya mampu melakukannya ketika keadaan
benar-benar mendesak.
Pembaziran
air ini berlaku hampir setiap masa. Paling ketara ketika kita memberus gigi dan
menyabun pinggan mangkuk. Air adalah suatu nikmat buat kita. Justeru kita
perlulah menggunakannya secara berhemat. Bukankah nabi melarang kita berlebihan dalam penggunaan air walaupun semasa
berwuduk di sungai yang mengalir?
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment