Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Dalam hati kita ni pasti
terselit juga keinginan untuk berubah. Tak kiralah perubahan dari sudut apa
pun. Kadang-kadang ambil masa bertahun sebelum kita buat keputusan untuk
berubah. Itu pun kita dah rasa cukup susah.
Cabaran sebenar adalah selepas
kita berubah yang datang dari segenap arah. Tak semua orang laluannya mudah. Ada
orang yang berperang kiri, kanan, atas dan bawah.
Hanya kita dan Allah sahaja
yang tahu betapa peritnya untuk kekal dalam perubahan itu. Ibarat langit yang
tidak selalunya cerah. Begitu juga dengan diri kita.
Berapa kali kita gagal dalam
usaha kita? Barangkali siri kegagalan itu lebih banyak berbanding kejayaan. Semua
itu tak penting. Yang lebih penting adalah usaha kita untuk berubah.
Orang lain tidak tahu dan
faham peritnya kita bergelut dengan perasaan. Ada yang memandang remeh usaha
kita. Hal itu tampak kecil di mata mereka tapi bagi kita adalah sebaliknya. Mereka
tidak berada di tempat kita. Sukar untuk difahami apa yang kita rasa. Setiap detik
dan ketika kita berjuang melawan perasaan. Kita mencuba menjadi insan yang
lebih baik di sisi Tuhan.
Berdoalah kerana doa itu
kekuatan kita. Allah tahu betapa kita berusaha. Dia tahu derita dan air mata
kita dalam mencari redaNya. Percayalah kasih sayang Allah mengatasi
kemurkaanNya.
Wallahu’alam.
Setuju sangat2..hanya kita dan Allah yg lebih mengetahui sejauh mana keinginan di hati kita untuk berubah.
ReplyDelete