Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori
Umur yang panjang bukan dilihat dari sudut umur biologinya. Sebaliknya umur yang panjang merujuk kepada keberkatan dan rahmat yang Allah berikan kepada seseorang walaupun orang itu telah meninggal dunia.
Seperti yang kita sedia maklum, umat nabi Muhammad SAW mempunyai jangka hayat yang pendek berbanding dengan umat nabi-nabi terdahulu. Berikut adalah tip panjang umur yang disampaikan oleh Ustaz Zakaria Sungib :
- Sampaikan ilmu kepada orang lain dalam bentuk tulisan atau lisan.
- Banyakkan bersedekah yang memberikan manfaat jangka panjang contohnya sedekah untuk membina masjid, surau, sekolah, jalan raya, tandas awam dan seumpama dengannya.
- Didik anak-anak supaya menjadi zuriat yang soleh dan solehah dengan harapan apabila kita telah meninggal dunia, mereka akan mendoakan kesejahteraan kita dan menyedekahkan pahalan amalan baik kepada kita.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment