Tuesday, 17 June 2014

Kelebihan Mencintai Al-Quran

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar : Google

Al-Quran adalah nikmat yang sering dipandang remeh. Sedangkan sesiapa yang mendampingi Al-Quran akan mendapat tempias mukjizat Nabi SAW. Kita tidak rasa Al-Quran penting dalam hidup kita seperti mana pentingnya air dan udara. Apabila kita tidak kenal Al-Quran, mana mungkin kita akan jatuh cinta kepadanya.

Terdapat tujuh kelebihan pencinta Al-Quran yang disenaraikan oleh Ustaz Abdullah :

 


1. Tidak nyanyuk sampai tua.

2. Orang tua yang mengamalkan Al-Quran walau diumpamakan seperti Quran buruk yang lunyai tetapi disayangi dan dihargai. Orang akan mencintai dan menghormati serta meletakkannya di tempat yang baik-baik.

3. Pencinta Al-Quran tidak perlu bimbang jika sampai umur tuanya tidak ada anak-anak yang menjaganya kerana Allah akan menghantarkan orang lain untuk menjaganya kerana ini adalah janji Allah kepada hamba-hambaNya yang menjunjung kemulian Al-Quran. Malah, golongan ini sentiasa dalam pengawasan para malaikat.

4. Orang yang menjunjung Al-Quran dalam dirinya akan dijaga oleh Allah baik di dunia, alam kubur mahu pun akhirat. Walaupun ketika di dunia dia dibenci oleh orang jahat tetapi Allah melindungi keselamatannya seperti mana Allah menyediakan malaikat untuk menjaga setiap huruf di dalam Al-Quran.

5. Wajahnya bercahaya dan berseri-seri serta terasa mesra untuk didekati.

6. Orang yang membaca Al-Quran tidak akan dibiarkan oleh Allah dalam keadaaan terhina. Contohnya menjadi peminta sedekah atau makan sampah dijalanan dan sebagainya.

7. Pengamal Al-Quran, meskipun hidupnya nampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya kerana Allah kurniakan rezeki kepadanya tanpa diduga sebagai hadiah yang melambangkan keberkatan.

No comments:

Post a Comment


Copyright to NOR ADILAH
Designed by UMIESUEstudio 2015