Thursday 5 June 2014

Rakyat Malaysia Dibuai Keselesaan

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori

Artikel bertajuk 'Malaysia Lubuk Rezeki' adalah cerita tentang warga asing yang berhijrah ke negara ini untuk mencari rezeki dan kini bergelar usahawan berjaya. Tiga kisah yang memberikan inspirasi kepada saya tetapi pada masa yang sama membuatkan saya sendiri rasa tercabar.

Saya tidak tahu perasaan orang lain, tetapi itulah perasaan saya. Serta merta saya teringat kata-kata yang sering diungkapkan oleh pengulas sukan Astro Arena, iaitu Tuan Hafizal Hamad, "Ini rumah kita. Tanah tumpah darah kita."

Saya tidak pernah menyalahkan kehadiran mereka. Sememangnya mereka layak atas apa yang mereka usahakan. Salahnya mungkin pada saya kerana membiarkan saja peluang yang terhidang di depan mata.

Saya kongsikan satu kisah yang memberikan inspirasi dan motivasi kepada saya, iaitu kisah Md Nasir Uddin yang kini adalah Pengarah Urusan Sun Moon Galaxy (M) Sdn. Bhd. Beliau meninggalkan kampung halamannya di Bangladesh untuk mencari rezeki di Malaysia menggunakan pas pelancong.

Hanya berserah kepada takdir, beliau sanggup melakukan apa saja pekerjaan untuk mendapatkan wang. Di samping itu, beliau turut memohon pas pelajar untuk melanjutkan pelajaran di sini.

Ketika tiba di Malaysia, beliau menumpang di rumah seorang rakannya yang bernama Imran. Rakannya inilah yang mengajak beliau untuk sama-sama bekerja dengannya sebagai pengelap perabot dan penjaga stor untuk menampung kehidupan dan kos pengajian.

Md Nasir bekerja secara sambilan selama tiga hari seminggu dan memperoleh RM800 sebulan. Meskipun gaji beliau tidak seberapa lantaran tinggal di ibu kota, tetapi beliau tetap mengirim wang untuk keluarganya di kampung dan bakinya beliau simpan.

Selain bekerja, kedai perabot itu menjadi tempat baginya belajar selok-belok perniagaan. Berkat kesungguhannya bekerja, lapan bulan kemudian beliau telah diberikan peluang untuk bekerja di bahagian jualan.

Dua tahun berlalu, beliau diberikan gaji sebanyak RM1800 dan komisen berdasarkan jumlah jualan perabot yang dibuat olehnya. Apabila beliau berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 2010, beliau dinaikkan pangkat sebagai pengurus kedai perabot di salah sebuah cawangan kedai milik majikannya.

Pada ketika inilah beliau mula membina impian untuk memiliki kedai perabot sendiri. Namun, hasrat itu terpaksa dipendam terlebih dahulu kerana menyedari kos yang diperlukan untuk membuka kedai perabot adalah besar iaitu RM200,000.

Sejak dari itu, beliau mula menyimpan untuk mencapai impian tersebut. Beliau konsisten menyimpan wang selama dua tahun setengah. Beliau kemudian meletak jawatan dan kembali ke negara asalnya. Tidak lama selepas itu, beliau kembali semula ke Malaysia.

Sejurus melangsungkan perkahwinannya dengan rakyat tempatan, beliau memulakan perniagaan komputer secara kecil-kecilan dengan modal sebanyak RM40,000. Dalam tempoh lapan bulan beliau menjalankan perniagaan komputer, hasil yang beliau peroleh telah merealisasikan hasratnya untuk membuka kedai perabot di Shah Alam.

Yang disusuli dengan pembukaan kedai perabot di Bangi. Menariknya, kedai perabot di Bangi dibeli daripada bekas majikannya dengan harga RM300,000. 

Terbaru, pada awal tahun ini beliau membuka dua cawangan baru kedai perabotnya iaitu kedai perabot ekslusif yang perabotnya diimport dari luar negara. Beliau juga turut merancang untuk membuka sebuah syarikat pelancongan yang mengendalikan jemaah umrah pada tahun hadapan.

Menurut Md Nasir, kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila beliau terpaksa mengikat perut ketika mula-mula sampai di Malaysia. Demi untuk menjimatkan wang untuk menampung kos pengajian, beliau hanya makan biskut yang dicecah dengan minuman ringan.

Sungguh pun terpaksa menempuh kepayahan di negara orang, beliau tetap dengan keyakinannnya bahawa Malaysia adalah tempat terbaik untuk mecari rezeki  dan berkeluarga. Beliau berpendapat rezeki di Malaysia melimpah ruah dan terdapat banyak peluang perniagaan untuk diisi di sini.

Warga asing menganggap Malasia sebagai bumi bertuah dan kekayaan bumi ini mengundang mereka mereka bersusah-payah masuk ke negara ini. Alangkah ruginya rakyat tempatan yang kurang berminat untuk meneroka potensi perniagaan yang ada.

Semalam, Astro Awani melaporkan tentang kebanjiran warga asing yang menjalankan perniagaan di Kuala Lumpur. Mereka mampu menyewa premis kedai pada kadar puluhan ribu. Malah, di kaki lima kedai juga ada penjaja warga asing. Sesak dengan rakyat asing dan langsung tidak kelihatan wajah-wajah rakyat tempatan di kawasan tersebut. 

Cerita-cerita di atas memberikan inspirasi tetapi saya juga terpaksa menelan pahitnya realiti. Saya ditampar dengan persoalan, cukupkah saya sekadar memerhati? Sampai bila saya hanya ingin duduk dan lihat. Adakah saya selesa menjadi pengguna dan biarkan saja orang lain yang menguasai ekonomi di Malaysia? 

Ada suara kecil yang sedang menyanyi-nyanyi di telinga saya berulang-ulang kali tanpa henti, "Bumi dipijak milik orang."

----------------------------------------------------------------

Bergabung bersama 750 blog di ABDR.
1. Kelas Asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar - Bengkel offline 14 Jun 2014
Pendaftaran akan ditutup pada 9 Jun 2014.
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat terhad untuk 30 orang sahaja.
8. Pendaftaran pengurus online
Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada.

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari.
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami 700 blog

PM saya untuk sertai ABDR apabila sudah sedia.

Facebook : Nor Adilah
Email      : noradilah.ahmadshokori@gmail.com
SMS       : 016 - 4614541



Nor Adilah Ahmad Shokori
Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

No comments:

Post a Comment


Copyright to NOR ADILAH
Designed by UMIESUEstudio 2015