Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Monday 21 April 2014

Macam Mana Nak Kupas Bawang Putih Dalam 10 Saat?

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Video: Youtube

Assalamualaikum.

Setakat sebiji dua bawang putih yang perlu dikupas kulitnya, memang tidak jadi masalah. Sekejap saja boleh siap. Macam mana pula kalau terpaksa kupas bawang putih dalam kuantiti yang banyak? Boleh, nak kupas satu persatu. Tetapi ada cara yang lebih pantas dan menjimat masa.

Selamat menonton. Moga bermanfaat pada masa akan datang.





Saturday 19 April 2014

Allah Buat!

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Nor Adilah Ahmad Shokori



Minggu lepas, dahan pokok milik jiran patah. Kena wayar elektrik dan telefon rumah ayah, putus wayar tu. Faris, anak buah yang semakin petah bercakap sibuk duk tanya Mak Teh dia.

"Ape tu?"

"Pokok tumbang."

"okok umbang?"

"Pokok tumbang kena wayar tu. Putus."

"Ooo...Sape wat (buat)?"

"Allah buat."

"Allah tu sape?"

"Allah tu yang buat semua benda. Buat Faris, buat Mak Teh, buat umi, buat pokok."

"Aner (mana) Allah?"

"Allah ada kat mana-mana. Dia nampak apa yang kita buat."


Tangan dah siap nak lempar kopiah tok ayah.


"Tak baik baling barang. Allah nampak." Dan-dan (Masa tu juga) letak balik kopiah atas meja.


Petang tu, Mak Lang pulak tanya kat Faris.

"Faris, pokok tumbang sapa buat?"

"Allah wat (buat)!"

"Allah ada kat mana?"

"Allah gi keje."

"Allah pi mana?"


"Allah gi sekolah."

Alahai, Faris! Alhamdulillah. Bila dengar Faris cakap macam tu, rasa tenang. Perasaan nak marah itu jadi reda bila kita kembali mengenang bahawa tidak ada sesuatu pun yang akan berlaku tanpa izin Allah. Wallahu'alam.





Friday 18 April 2014

Kamipun Mahu Duduk Rumah Sepenuh Masa!

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google


Artikel ini sudah lama tetapi masih lagi relevan dalam konteks semasa. Ditulis oleh Puan Jalilah Abdullah dalam Majalah Anis bilangan 127 di bahagian catatan editor. Saya kongsikan sebahagian kandungannya untuk bacaan semua.

Tanyalah kepada wanita-wanita yang bakal mendirikan rumah tangga. Impian utama mereka pastinya ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga. Ingin mencurah bakti dan menjaga makan pakai suami dan anak-anak. Ingin menyambut suami yang balik dari kerja dengan senyum dan salam.

Namun bukan semua impian ini dapat dilaksanakan kerana tuntutan membantu menambah ekonomi keluarga menuntut untuk suami dan isteri sama-sama keluar bekerja. Membantu meringankan beban suami demi keselesaan kehidupan berkeluarga.

Kehidupan di bandar besar, realitinya lagi hebat! Jika telah berkeluarga gaji bernilai RM2000 belum boleh dianggap selesa. Memadai cukup-cukup makan. Manakan tidak, rumah sewa perlu dibayar, begitu juga rumah yang dibeli, kenderaan perlu dibayar ansuran bulanan. Kalau tak punya kenderaan motorsikal sekalipun berulang-alik naik kenderaan awam juga memerlukan tabungan duit. Itu belum masuk bayaran nurseri, lampin pakai buang, susu, barang dapur, tuisyen anak-anak, tabungan dan sumbangan untuk ibu ayah di kampung.

Sempat saya mendengar luahan rasa beberapa orang wanita, “sebenarnya kami sayu hati nak tinggalkan rumah keluar bekerja, sayu mahu melepaskan anak tinggal di nurseri sebab apabila tengok anak menangis kami pun mahu sama menangis. Kami kalau boleh hendak anak besar di tangan sendiri sepanjang masa tetapi kasihan pula tengok suami berhempas pulas seorang diri kerja siang malam cari rezeki untuk tamping nafkah keluarga.

“Apabila kami kerja setidak-tidaknya suami ada masa waktu makan malam bersama anak-anak. Kami bekerja untuk buat tabungan hujung tahun untuk keperluan persekolahan.”

Inilah antara rintihan wanita-wanita yang keluar bekerja. Niat utama untuk bantu ringankan beban suami.
Hari ini, para wanita mempunyai pilihan untuk bekerja walaupun hanya duduk di rumah. Sebenarnya bekerja dari rumah bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan sekarang. 

Malah istilah WAHM (work at home moms), SAHM (stay at home moms) dan sebagainya semakin mendapat tempat di negara ini.

Oleh itu, kami di Akademi Bekerja Di Rumah menyediakan ruang dan peluang bagi para wanita dan juga lelaki untuk merealisasikan impian anda untuk membina kerjaya hanya dari rumah.


[Akademi Bekerja Di Rumah]
Ia merupakan Akademi yang berjalan 100% secara online.
Kini terdapat 600 orang pelajar secara online
Sudah terbina hampir 600 buah blog 
Sudah ada 13 orang guru online dan 
Sudah ada berpuluh rakan niaga online

Kenapa online?
Kerana berjuta orang lebih suka mendapatkan info dan mendapatkan produk dan perkhidmatan secara online. Dalam berjuta, kita hanya perlukan beberapa orang sahaja sehari untuk mendapatkan perkhidmatan /produk kita. Ia lebih menjimatkan kos berbanding membuka premis dan menunggu orang datang masuk.

Masa makin pantas berlalu, orang makin pantas bergerak, teknologi menemukan manusia sesama manusia tanpa perlu travel. Manfaatkan peluang ini.

Jika mahu Ilmu / Informasi , kita ada beberapa ebook yang boleh dijadikan rujukan:

1. Ebook Belajar Asas Blog
2. Ebook 101 Idea Home Based Bisnes
3. Ebook Mula Bisness Butik Online/Offline
4. Ebook Superwahm Supermom
5. Ebook Panduan Kediaman Pertamaku
6. Ebook Panduan Mudah,my (bakal terbit)
7. Ebook Panduan 44 hari pantang
8. Ebook Resipi Pantang
9. Ebook Panduan Bekerja dan Berniaga (bakal terbit)
10. Ebook Panduan Rakan Niaga

Jika mahu berguru/belajar online/ada mentor, kita ada beberapa kelas online:

1. Kelas belajar asas blog dan penulisan
2. Kelas belajar asas blog dan fan page niaga
3. Kelas belajar penulisan cerpen
4. Kelas belajar mudah.my
5. Kelas Pengurusan Akaun (dijalankan secara online dan offline)
6. Terbaru : Borong Telekung (Peluang Bisnes Bulan Ramadan)
7. Terbaru : Bengkel Fizikal HandsOn- Bengkel Branding Yourself & Business Strategies

Jika mahu beriklan pula, kita sudah ada rangkaian network dan tapak iklan di soho directory . Kita ada beberapa perkhidmatan seperti:

- Sewa Tapak Iklan dan satu page untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan
- Mengambil upah membina blog

Dan akan ada pelbagai lagi produk dan perkhidmatan digital dan online pada masa akan datang. Ianya se mudah di hujung jari saja.

Bagi kesemua peserta kelas online, layak beriklan percuma di soho directory, menjadi Ahli Alumni akademi Bekerja di rumah dan layak mempromosikan produk akademi dan mendapat komisyen (affiliate) .

Siapa mahu dapatkan ebook?
Siapa mahu belajar online?
Siapa mahu jadi Ahli Akademi Bekerja Di Rumah?
Siapa mahu jadi rakan niaga (affliate) Akademi Bekerja Di Rumah?

Boleh bertanya, boleh daftar, boleh isi form
PM saja saya Nor Adilah atau SMS di 012 4200 676

Semua orang boleh, tak kira lelaki atau wanita. Senior atau junior. Semuanya Online. Semoga Akademi ini menjadi pelopor kepada kemajuan WAHM alaf baru 





Doa Memohon Takdir Yang Baik

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori

Assalamualaikum.

Kita tidak boleh mengelak takdir yang telah ditetapkan untuk kita. Jadi kita pohon kepada Allah jika takdir itu berlaku, kalau berlaku sesuatu perkara yang buruk ketika itu, kita tidak berada di tempat kejadian.

Doa ini diperoleh oleh Ustaz Muhammad Abdullah semasa mengerjakan umrah daripada gurunya di Makkah. Sesuai diamalkan selepas solat. 




Thursday 17 April 2014

Ikan Goreng Tak Habis?

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google

Assalamualaikum.


Pagi-pagi, angkat tudung saji dan kita tengok ada ikan goreng yang tidak habis dimakan. Kalau buang, membazir. Sayang sebab benda boleh makan lagi. Selain bagi kucing makan (dapat pahala), kita boleh kitar semula ikan goreng yang masih berbaki.

Antaranya, boleh dijadikan rencah nasi goreng. Caranya, buang tulang ikan dan ambil isinya saja. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, cili hidup dan belacan. Kemudian, tumis bahan tumbuk ini bersama isi ikan goreng. 

Bila bahan-bahan ini sudah pun garing, masukkan nasi. Kacau rata. Perasakan dengan garam. Jika suka boleh pecahkan telur dan gaul rata telur dengan nasi. Akhir sekali, masukkan sayur. Siap satu hidangan untuk sarapan.

Di samping itu, isi ikan goreng boleh digunakan untuk membuat begedil. Caranya sama seperti kita membuat begedil daging atau ayam.

Malah, lebihan ikan goreng boleh diolah menjadi menu utama untuk dimakan bersama nasi. Antara yang boleh dimasak adalah ikan goreng masak sambal, ikan goreng masak kicap mahu pun ikan masak cuka.

Jimat masa, tenaga dan wang pastinya. =)







Pesanan Kepada Anak-Anak

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori

Sampaikan pesanan kepada anak-anak dan ahli keluarga kita supaya mencintai Allah dan Rasulullah SAW lebih daripada kasih dan sayang mereka kepada ibu bapa. 

Pesankan juga kepada mereka, seorang anak tidak mampu untuk membalas jasa kedua ibu bapanya. Jasa nabi lagi tidak boleh dibalas. 

Walaupun ibu dan ayah mengasihi anaknya, tetapi mungkin ketika mereka marah mereka pernah menghalau anak-anaknya tetapi nabi tidak pernah sekali pun menghalau mana-mana sahabat baginda keluar dari rumahnya.

Wallahu'alam.


Wednesday 16 April 2014

Cabaran Peniaga Baru

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google




Saya membaca luahan hati seorang rakan tentang masalah yang dihadapi olehnya. Berdasarkan catatan, dia baru saja memulakan perniagaan menjual pakaian. 

Pada mulanya, dia menjual dari rumah ke rumah dan sambutan yang diterima sungguh menggalakkan. Namun, dia terpaksa menghentikan jualan kerana kekangan masa disebabkan terikat dengan jadual kerja yang panjang.

Jadi, dia membuat keputusan untuk melatakkan barang jualannya di sebuah kedai. Sebulan berlalu, bisnesnya kurang mendapat sambutan. Boleh dikatakan hanya beberapa helai pakaian yang terjual berbanding dengan jualan yang dibuat dari rumah ke rumah.



Memikirkan bahawa ini cabaran yang terpaksa ditempuhinya pada peringkat awal berniaga, dia teruskan juga bisnes tersebut. Keadaan tidak berubah, malah semakin teruk. 

Minggu ke minggu, kunjungannya ke kedai tersebut untuk mendapatkan maklum balas terhadap barang jualannya nyata mengecewakan, apabila dimaklumkan oleh pemilik kedai tersebut bahawa stok pakaiannya tidak laku. 

Dia membuat keputusan untuk mengambil kembali stok pakaian yang tidak laku. Pada pendapat saya, ada beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan oleh mana-mana peniaga yang berdepan dengan masalah yang sama.


Pertama, meletakkan barang jualan di premis perniagaan tidak bermakna peniaga meninggalkan dan menyerahkan segala urusan berkaitan kepada pemilik kedai sahaja. Apakah yang perlu dilakukan oleh peniaga apabila pergi ke kedai tersebut?

Selalunya, peniaga akan bertanya perkembangan dan jualan produk miliknya. Itu yang biasa dilakukan oleh kebanyakan orang. Sepatutnya, peniaga meluangkan sedikit masa untuk meninjau di mana kedudukan produknya dipamerkan. Sesetengah peniaga tidak ambil tahu di mana produk diletakkan dan ini merugikan diri mereka sendiri. 

Bayangkan produk milik peniaga dibiarkan berlonggok di bahagian bawah atau ditempatkan di bahagian belakang yang tersorok dari pandangan mata pelanggan. 

Bagaimana pelanggan ingin membeli produk tersebut sedangkan mereka tidak berpeluang untuk melihat dan mengetahui kewujudannya? Ambil peluang untuk berbincang dengan pemilik kedai supaya produk terbabit di tempatkan di tempat yang lebih baik dan strategik. 




Kedua, tugas pemasaran sepatutnya dilakukan oleh peniaga bukan pekedai. Bagaimana peniaga mahu memastikan bahawa pelanggan sedar dan tahu kewujudan produknya? Oleh itu, menjadi tanggungjawab peniaga untuk mewar-warkan kepada pelanggan (sedia ada) dan bakal pelanggan bahawa mereka dapat memiliki produk ini di kedai tersebut.

Alternatif yang lain, lantik ejen jualan produk. Sistemnya terpulang kepada peniaga itu sendiri. Sama ada ingin mengenakan bayaran (bayaran komitmen) untuk menjadi ejen atau secara percuma.

Dalam hal ini barangan jualan (pakaian) dijual pada harga ejen. Mungkin ada yang berpendapat tindakan ini akan merugikan kita. Tidak sebenarnya, kerana fokus kita adalah pada volume (bilangan pakaian yang ingin dijual). 

Meski pun margin keuntungan menjadi lebih rendah, namun hasil yang bakal diperolehi akan menjadi tinggi sekiranya setiap ejen dapat menjual dengan volume yang besar. Semakin ramai ejen yang berjaya membuat jualan, maka semakin besar volume dan semakin tinggi keuntungan.

Apabila peniaga melantik ejen, fokus peniaga adalah melatih ejen-ejen membuat jualan di samping melakukan kerja-kerja pemasaran bagi membantu ejen-ejen di bawahnya menjana pendapatan.


Pilihan terakhir sekiranya produk (barang jualan) langsung tidak dapat dijual dan tidak laku adalah jual sahaja produk tersebut pada harga kos atau buat jualan penghabisan stok. Ya, mana-mana peniaga sekali pun memang terpaksa menanggung kerugian akibat tindakan tersebut tetapi itu adalah lebih baik daripada membiarkan produk itu terbiar begitu sahaja.

Justeru penting untuk setiap peniaga belajar cara untuk menetapkan harga jualan kerana sewajarnya sejak dari mula kerugian dapat dikurangkan sekiranya para peniaga mengetahui cara pengiraan kos yang tepat.


*****************************************************************

PELUANG BISNES BULAN RAMADAN


Alhamdulillah, kita berada pada bulan-bulan terakhir menghampiri Ramadan yang penuh berkat. Berdasarkan pengalaman dan pertanyaan demi pertanyaan melalui blog ini, sekarang ramai peniaga-peniaga mula tercari-cari produk "hot" sepanjang Ramadan.

Telekung solat salah satunya. Maka dengan besar hati kami mencari mereka yang fokus dan berkomitmen untuk merebut peluang ini.

Kelas membina blog & fanpage borong khusus bagi kalian yang mahu belajar. Hanya terhad 30 pendaftaran sahaja!

Kita fokuskan pada jualan borong Telekung Solat sahaja.
-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telekung Solat Kanak-Kanak.

Apa yang kalian bakal dapat? InsyaAllah,

Ilmu membina blog & fanpage niaga
Blog yang menepati minat pembeli
Bersama dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online    Akademi Bekerja Di Rumah - yang berpengalaman dalam bisnes online.
Produk telekung pelbagai jenis yang sedia ada stoknya.

Untuk mendaftar, hubungi saya:
Facebook: Nor Adilah
Email: noradilah.ahmadshokori@gmail.com








5 Benda Kena Kalut

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google


Semua perkara yang dilakukan secara tergesa-gesa semuanya datang (berpunca) daripada syaitan kecuali 5 (lima) perkara. Makna kata, hanya lima keadaan yang kita perlu kalut (tergesa-gesa) nak buat iaitu:

1. Apabila tetamu datang ke rumah, kita kena bersegera hidangkan minuman dan makanan. Contohnya, tetamu baru sampai kita segera bancuh air untuk mereka. Pastikan tetamu tidak dibiarkan (dalam tempoh yang lama) tanpa dihidangkan minuman.

2. Uruskan jenazah dengan segera. Jangan biarkan jenazah terlalu lama. Contohnya kerana nak tunggu anak balik dan sebagainya.

3. Kahwinkan anak apabila sampai masanya. Nabi berpesan, siapa yang seorang lelaki datang meminang anak perempuannya dan lelaki itu diyakini baik agamanya, maka jangan kamu tolak pinangan tersebut. Jika kamu tolak, selepas itu mungkin tidak akan datang lelaki yang lebih baik daripada itu.

4. Bayar hutang. Apabila kita mempunyai wang, perkara pertama yang perlu kita selesaikan terlebih dahulu adalah hutang. Selepas selesai bayar hutang, barulah digunakan wang tersebut untuk tujuan yang lain.

5. Istighfar. Kena bersegera mohon ampun daripada Allah. Jangan tangguh untuk bertaubat. Ditakuti kita meninggal dunia tanpa sempat kita bertaubat.

Wallahu'alam.

Sumber: Ustaz Fawwaz Mad Jan

Tuesday 15 April 2014

Pelajari Teknik Mudah Dapat Pelanggan dan Tumpuan Media Dalam Berniaga

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori

Peluang terakhir untuk anda mengikuti Bengkel Branding Your Business (buat masa ini). Bengkel ini telah diadakan di dua lokasi terpilih sebelum ini iaitu di Melaka (5 April) dan Kuala Lumpur (6 April).

Lokasi pilihan kali ini adalah di Kota Bharu, Kelantan. Tentu ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya Bengkel Branding Your Business ini?

Sebenarnya ianya adalah Bengkel Live Coaching yang dijalankan selama satu hari tentang Strategi Penjenamaan Diri / Perkhidmatan/Perniagaan.


[Masalah Dalam Diri Kita]
Masalah untuk memperkenalkan diri dan perkhidmatan ini sebenarnya berlaku kepada saya dan ramai orang lain di luar sana terutamanya mereka yang "berpendidikan tinggi" dan "pandai". Oleh kerana merasakan diri terlalu pandai, kita menghalang diri kita untuk mempelajari teknik-teknik ini. Ia adalah perkara asas yang utama yang menyebabkan orang yang berjaya terus berjaya apabila menggunakannya dan ia juga merupakan perkara asas yang utama menyebabkan orang gagal terus gagal dan gagal apabila tidak menggunakannya.

[Pengalaman Sendiri]
Saya belajar dari pengalaman sendiri dan juga pengalaman orang lain. Pada tahun 2012 saya telah meletakkan jawatan di sebuah agensi kerajaan tempat saya berkhidmat kerana mempunyai masalah pengurusan rumahtangga terutamanya hal kebajikan anak-anak yang sering keluar masuk hospital . 

Selama 1 tahun saya cuba menghasilkan pendapatan sendiri. Selama itu saya:
-Membuat, Menjual dan Mengedar Cheesetart 
-Menyertai perniagaan MLM
-Menjadi pemborang dan menjual busana Muslimah
-Menjadi ajen Tupperware dan sebagainya

Saya buat bermacam usaha untuk mendapatkan pendapatan kerana sudah berjawatan Suri Rumah Sepenuh Masa. Suami tidak suruh tapi saya yang sudah biasa ada gaji sendiri merasa janggal tanpa pendapatan sendiri.

[Mencari Mentor]
Lama juga saya mengalami "zaman meroyan dan kegelapan". Walau banyak usaha yang dilakukan, ia seolah-olah pembaziran tenaga dan masa kerana tidak mengetahui teknik-teknik sebenarnya. Dan saya katakan pada diri sendiri " Sudah, Nisa! Tak perlu bereksperimen lagi! Jangan buang masa, cari mentor segera."

Seawal perletakkan jawatan setahun yang lalu tersebut, saya menghadiri seminar Advance Marketing Power oleh pelatih jutawan terkenal iaitu Dr.Azizan Osman. Beliau banyak berkongsikan cara. Saya aplikasikan kepada kesemua perniagaan di atas, dan ia mendapat sambutan ramai. 

Namun, saya tersentak apabila ayah saya sendiri berkata " Baru untung rm50 dan riuh sekampung" setelah saya berjaya membawa hasil pulang sehari selepas pulang dari pejabat pos dengan berjalan kaki di panas terik kerana poskan barang dan borang yang dipesan oleh pelanggan online.

Akhirnya saya bertemu dengan Mentor yang secocok dengan gaya kehidupan yang saya perlukan. Saya mendapat mentor yang juga seorang suri rumah namun berpendapatan dari rumah. Saya "membayar" untuk berilmu dengan beliau. Dan alhamdulillah, "bayaran" tersebut bukan sekadar pulang modal namun berlipat kali ganda keuntungannya. Ilmu apakah itu? Ya, itulah yang saya akan kongsikan dan saya akan berikan langkah demi langkah untuk kita :

-Mula pandang Kepakaran
-Mula pandang Ijazah yang ada
-Mula pandang Hobi dan Minat

Kemudian:

-Bagaimanakah cara untuk "menjenamakannya"?
-Bagaimana untuk "mendesignkannya"?
-Bagaimana untuk "memperkenalkannya"?

Apabila kita mengetahui tekniknya, dari rumah juga boleh "dikenali" , mendapat pelanggan dan perniagaan berjalan maju dan terus maju. Jika ada yang bercita-cita ingin menjadi ibu suri berijazah dan bekerja sepenuh masa di rumah (working mother at home) , ini adalah ilmu yang sangat diperlukan. Jika ada yang menjalankan perkhidmatan "professional" namun terpaksa tutup premis dan mula menjual baju atau coklet, inilah masanya untuk belajar teknik-teknik yang akan didedahkan untuk anda bangun semula perkhidmatan professional anda dengan penuh gaya dan kemesraan dengan pelanggan. Bagaimanakah caranya? Hadir ke Bengkel Live Coaching ini.

Insyaallah. Berbekalkan semangat luar biasa yang di anugerahkan oleh Allah swt, saya bersemangat berkongsi dan wajib berkongsi pengalaman dan ilmu seciput yang ada untuk membantu masyarakat kita untuk :
-bangun dari leka
-untuk tidak lagi bersedih dan bermurung
-untuk tidak lagi berada dalam kegelapan

Sudah tiba masanya untuk :
-keluar dari zon selesa
-berani melakukan
-lakukan semaksimum
-perkenalkan diri, produk, perkhidmatan atau perniagaan di mata orang ramai.

Jika kita tidak beritahu, ada orang lain tahu apa perniagaan/perkhidmatan kita?

Apa beza apabila orang lain yang menceritakan tentang kebaikkan perniagaan/perkhidmatan kita dengan kita yang bagi tahu sendiri di sana dan di sini yang perniagaan /perkhidmatan kita sangat baik?

Bagaimana pula jika media yang tolong bagi tahu kan? Agak-agak orang lebih percaya atau tidak jika media yang memperkenalkan diri/perniagaan/perkhidmatan kita?

Bagaimana ini semua boleh terjadi?

Maka saya luangkan sedikit masa buat pertama kalinya di khalayak ramai untuk berkongsikan langkah demi langkah. Selama ini saya berkongsikan selama 8 bulan dengan mereka yang masuk daftar kelas coaching personal saya secara online. Kini, masanya untuk saya kongsikan kepada semua orang tanpa batasan. Jika saya yang lemau dan lembik boleh lakukan, apatah lagi kalian yang sangat hebat di luar sana.

Bengkel : Branding Yourself Strategies, Branding Your Business Strategies 
(Pendedahan Langkah Demi Langkah Mudah Yang Boleh Dilakukan)
*langkah-langkah ini tidak akan di dedahkan oleh sesiapa pun yang sudah berjaya melaluinya kerana mungkin mereka terlupa untuk berkongsi 

Dengan berbesar hatinya saya menjemput tuan/puan untuk hadir sesi coaching ini di mana hanya perlu peruntukkan masa sehari sahaja untuk dapatkan teknik-teknik mudah:
- penjenamaan diri dan perniagaan dan perkhidmatan
- merekabentuk perniagaan dan perkhidmatan
- strategi mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan agar lebih dikenali ramai dan mendapat liputan media serta di cari oleh pihak tertentu untuk kerjasama, tajaan dan sebagainya

{Siapa Yang Perlu Hadir?]
-ibu tunggal yang ingin berpendapatan/berniaga/sedang berniaga tapi suram/ tidak tahu berniaga
- suri rumah yang ingin berpendapatan/ berniaga/sedang berniaga tapi suram/ tidak tahu berniaga
-lepasan universiti yang ingin berpendapatan /berniaga/sedang berniaga tapi suram/ tidak tahu berniaga
-yang mengganggur yang ingin berpendapatan /berniaga/sedang berniaga tapi suram/ tidak tahu berniaga
-yang berhutang yang ingin berpendapatan /berniaga/sedang berniaga tapi suram/ tidak tahu berniaga
- yang berniaga tapi tidak ada pelanggan dan ingin majukan semula perniagaan dan mendapat pelanggan

Perniagaan dan perkhidmatan yang dimaksudkan tidak kiralah di bidang apa jua sekalipun:
-professional
-penulis
-peniaga
-penggiat seni
-perekabentuk
-pembekal
-perkhidmatan rundingan
-pegilang dan sebagainya

Semasa bengkel, setiap peserta perlu hadir dengan membawa satu idea bisnes sama ada bisnes yang sedang dijalankan atau business yang baru difikirkan sebagai latihan bersama. Semoga sekembalinya di rumah nanti, masing-masing sudah jelas dengan apa tindakan yang perlu dilakukan.
Insyaallah anda yang hadir ke bengkel ini akan mendapat KUNCI TEKNIK BRANDING di dalam genggaman anda. Hanya perlu pulang dan lakukan! 

Hubungi saya Nor Adilah untuk pendaftaran.




Thursday 10 April 2014

Petua Anak Jadi Baik

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google



  1. Ajar anak-anak ilmu tauhid iaitu supaya kenal dan cintakan Allah. Antaranya bawa anak-anak ke masjid untuk solat dan belajar agama.

  2. Ajar anak-anak bahawa Allah melihat apa saja yang kita buat. Walau di mana kita berada Allah pasti nampak kita hatta sekecil-kecil perkara sekali pun.

  3. Ajar anak-anak cinta nabi. Sebelum tidur cerita kepada mereka kisah-kisah nabi, para sahabat dan ahli keluarga nabi. 

  4. Suruh anak-anak solat. Bawa mereka ke masjid untuk solat berjemaah.

  5. Ajar mereka puasa sunat dan qiamullail.

  6. Berkawan dengan mereka. Libatkan diri dengan aktiviti yang mereka lakukan atau libatkan mereka dengan aktiviti kita. Contohnya bawa mereka memancing dan sebagainya.

  7. Panggil anak-anak dengan nama yang baik dan elok.

  8. Terapkan akhlak nabi dalam diri mereka. 




Adab dan Sunnah Minum Air

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google



  1. Pegang bekas minuman (cawan atau gelas) dengan tangan kanan.

  2. Duduk ketika minum.

  3. Sebelum minum baca Bismillah.

  4. Sebelum minum, lihat air yang hendak diminum.

  5. Jangan bernafas ketika minum.
  6. Minum dengan tiga kali teguk.

  7. Selepas minum ucaplah Alhamdullillah.




Tuesday 8 April 2014

Rancho Versi Melayu


Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google



Siapa pernah tengok filem 3 Idiots? Filem yang cukup bagus dari sudut jalan ceritanya. Seperti mana filem-filem hindustan yang lain, memang tak dapat lari dari elemen cinta. Tapi yang bestnya, dalam cerita ini tema utamanya adalah persahabatan yang berjaya memikat hati penonton termasuk saya.

Jalan cerita yang menarik, kelakar pada masa yang sama terdapat babak-babak serius. Banyak pengajaran yang kita dapat kutip daripada filem ini dalam keadaan yang menghiburkan. Berkisahkan tentang tiga orang sahabat baik yang belajar di sebuah kolej kejuruteraan terbaik di India.

Sesiapa yang pernah menonton pasti ingat dengan watak utamanya yang dilakonkan oleh pelakon yang sentiasa awet muda iaitu Amir Khan. Haha. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai  Ranchoddas atau digelar Rancho oleh teman-temannya.


Kita sedia maklum, watak Rancho sebagai seorang pelajar yang bijak dan pintar. Namun, beliau terperangkap dalam sistem pendidikan yang hanya berorientasikan peperiksaan (exam oriented) semata-mata. Kalau nak tahu lebih lanjut cerita tersebut boleh tonton filem tu sepenuhnya.

Ok, berbalik kepada tujuan asal entri ini ditulis bukanlah untuk review filem 3 Idiots yang mendapat sambutan cukup hangat daripada penonton, tapi saya ingin mengajak pembaca (ada ke orang baca blog saya ni? huhu) mengenali seorang insan yang persis Rancho atau boleh saya gelarkan Rancho versi Malaysia.

Kenapa saya katakan beliau Rancho? Rancho ni seorang yang kreatif dan inovatif. Boleh menterjemahkan ilmu yang dimiliki dalam kehidupan dan menyesuai padan dalam apa juga bentuk situasi dan keadaan. 




Inilah individu yang ingin saya ketengahkan. Masih ingatkah kita pada suatu nama yang selalu diperkatakan di media massa suatu ketika dahulu tentang rekaciptanya yang sungguh luar biasa. Beliau yang saya maksudkan adalah Tuan Zulkifli Haron.

Pelbagai mesin dan jentera yang beliau hasilkan. Masa saya membaca dan menonton kisahnya, ternganga mulut saya dibuatnya. Tak sangka ada anak tempatan yang mampu menghasilkan produk-produk sedemikian. Selalunya kita banyak disogokkan dengan kehebatan orang-orang luar yang dikatakan hebat dan gah. Rupanya, orang kita pun apa kurangnya. Cuma publisiti itu yang tidak ada.

Melihat produk-produk yang dihasilkan olehnya, memang terbaiklah. Macam-macam yang direka oleh Tuan Zul atau lebih dikenali sebagai Zul Tech. Antaranya, mesin buka kulit durian (yang mampu mengupas 4 biji durian dalam masa seminit), mesin kuih tat dan semperit, beca elektrik dan banyak lagi termasuk projek untuk OKU dan rekayu. Malah ada juga projek-projek khas untuk membantu pengusaha IKS dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan. 

Menariknya, beliau turut membuka peluang kepada orang ramai untuk mempelajari bidang ini dalambentuk latihan dan kursus-kursus dan yang lebih istimewanya ini adalah berdasarkan kajiannya selama 20 tahun yang telah terbukti berjaya. Buktinya adalah Tuan Zul Tech sendiri. Kursus dan latihan yang ditawarkan juga sesuai dengan cara dan pemikiran masyarakat tempatan di Malaysia. Justeru, sebarang maklumat lanjut boleh dapatkan di SINI.

Alangkah baiknya jika kursus yang ditawarkan oleh beliau dapat diperluaskan dengan kerjasama badan-badan kerajaan seperti MARA dan sebagainya, sudah tentu ramai yang akan dapat manfaatnya. Mungkin juga boleh dipertimbangkan untuk dibawa ke peringkat lebih awal contohnya di sekolah menengah. Mana tahu lebih ramai anak Malaysia yang berbakat seperti Zul Tech yang dapat dilahirkan kelak. Siapa tahu kan?







Sunday 6 April 2014

Rahsia Teh Tarik Mamak


Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google




Bayangkan segelas teh tarik tersedia di depan mata kita.

Lemak, berkrim disukai ramai. Siap dengan buih lagi. Maklumlah teh tarik.

Apa yang menyebabkan teh tarik tu jadi sedap?

Buihnya kah?

Susunya kah?

Atau tukang bancuhnya kah? Haha.

Rahsianya terletak pada garam.

Letak garam dalam teh? Biar betul? Bukan patut letak gula ke?

Ya, garam adalah rahsianya. Ini betul-betul ye, bukan cubaan.

Nak mudah, masukkan secubit garam dalam air teh yang kita bancuh.

Tapi kalau kat kedai mamak biasanya sudu yang digunakan untuk bancuh teh akan dicelup dalam bekas berisi air garam. Jadi apabila sudu ini digunakan untuk membancuh teh, sisa-sisa air garam yang terlekat pada sudu akan bercampur dengan air teh.

Rasa garam itulah yang menaikkan rasa lemak teh yang dibancuh. Rasa lemak dah sedia ada bila kita guna susu, cumanya rasanya akan lebih menyerlah apabila ditambah dengan garam.

Macam tu juga dalam apa jua jenis masakan yang kita masak. Kebanyakan masakan yang menggunakan susu atau santan (ada elemen lemak) di dalamnya memerlukan tambahan sedikit garam untuk menyedapkan lagi masakan tersebut. 

Boleh cuba bubuh garam dalam masakan seperti dadih dan bubur. Jangan letak banyak sangat. Sikit saja dah cukup. Rasa manis dan lemak akan saling melengkapi. Cubalah.





Wednesday 2 April 2014

Rezeki Kita Berbeza


Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google

Bismillah.



Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari RA bahawasanya seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah SAW, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga”. Jawab Rasulullah SAW, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturrahim”.

Kita dituntut agar memanjangkan hubungan silaturrahim. Dunia hari ini, segalanya di hujung jari. Banyak medium dan pilihan di depan mata. 

Namun, dalam kita bersilaturrahim ada adab dan seninya. Kadang-kadang niat kita betul, cuma pelaksanaannya silap. Tapis dan fikir apa yang mahu dibicarakan. Sesetengah perkara tidak perlu kita sentuh dan seboleh mungkin elakkanlah.

Cuba letakkan diri kita di tempat mereka. Kadang-kadang sehalus mana pun bahasa kita, masih tetap mencederakan emosi orang yang kita tanya. Puncanya ada pada soalan kita.

Bertanya khabar, bertukar cerita biarlah dalam keadaan kedua-dua belah pihak gembira. Masing-masing berasa selesa dan tidak ada hati yang terluka.

Tidak salah bertanya tapi tanyakanlah soalan yang lebih umum. Jangan sesekali menyentuh sisi peribadi. Konsep rezeki itu luas. Fahamilah bahawa rezeki yang Allah tabur untuk setiap hambaNya berbeza-beza. Lebih di sini, kurang di sana. 


Wallahu'alam.






Mereka Mendahului


Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google




Bismillah.

Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kepadaNyalah kami akan dikembalikan. Awal-awal pagi dikejutkan dengan berita kematian seorang saudara. 

Beliau meninggal dunia dalam pesawat ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia. Sedang perjalanan masih berbaki tujuh jam. Tentu sekali ahli keluarga yang turut berada di dalam pesawat terpaksa menahan hiba sepanjang tempoh tersebut.

Tidak terlewat walaupun sesaat, tatkala ajal tiba pada masa dan tempat yang sudah ditetapkan sejak sekian lama. 

Beberapa hari lepas, seorang kenalan mak meninggal tiba-tiba. Tidak sempat sampai ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Rupa-rupanya sakit perut yang dialaminya dalam tempoh dua hari hanyalah asbab untuk Allah menjemputnya pulang.

Pandang diri kita. Kita juga menanti giliran untuk berpindah, dari alam dunia ke alam barzakh. Kita ini juga bakal jenazah.

Bila? Di mana? Bagaimana? Itu bukanlah soalan yang perlu ditanya. Soalan yang lebih utama ditanya adalah adakah kita sudah bersedia? Ramai yang telah mendahului kita dan kita juga bakal menyusul mereka. Wallahu'alam.





Tuesday 1 April 2014

Cerita Faris dan Flash Card


Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori

Hari tu Faris tak pi sekolah. Kebetulan terjumpa flash card zaman dulu-dulu kat rumah. 

Perkataan-perkataan dalam flash card tu semua dalam Bahasa Inggeris (dah nama pun flash card kan J). Apple, Bear, Cat ok dah dia sebut tapi bila sampai huruf D, jadi lain la pulak.


“D”. “Door”


“Bukanlah. Pintu!”


“Door”


“Pintu”


“Pintu dalam Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris sebut door.”


Tengok muka dia macam dah paham dah, tapi sekali dia ambik tangan Mak Teh dia letak kat gambar pintu.


"Assalamualaikum!” Sambil ketuk gambar pintu.


Hahahahahaha.Memang tak boleh tahan gelak dengan budak sorang ni.






Copyright to NOR ADILAH
Designed by UMIESUEstudio 2015