Saturday 7 June 2014

Kuasa Doa, Kuasa Percaya

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori

Saya bawa duit cukup-cukup untuk beli barang dapur. Kebetulan hari tu banyak buah-buhan segar yang baru sampai. 

Rasa macam nak borong semua. Tapi nak buat macam mana, duit di tangan masa tu tak cukup.

Saya berdoa dalam hati. Saya teringin buah-buah tu tapi sekarang ni duit di tangan tak cukup. Saya percaya Allah akan bagi kat saya. Cuma saya tak tahu dengan cara yang bagaimana.

Beberapa hari lepas tu, ada tetamu singgah di rumah kerana ada sedikit urusan. Tak kenal rapat pun.

Terkedu saya bila nampak tiga plastik penuh buah diberikan kepada saya. Semua jenis buah yang saya tengok dan teringin nak beli tempoh hari ada dalam plastik tu.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu akbar.

Dalam berdoa nyatakan dengan jelas dan terperinci apa yang kita nak. Jangan fikir bagaimana Allah nak makbulkan kerana kadang-kadang Allah berikan dengan cara yang kita langsung tak mampu untuk difikirkan.

Wallahu'alam.


-------------------------- 

Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut untuk mereka yang mahu mula bisnes secara online :

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog fanpage, mula bisnes
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas borong telekung solat
6. Kelas akaun online dan offline
7. Pendaftaran Pengurus Online.
8. Projek duit raya
9. Kelas beriklan di mudah.my
10. Kelas bisnes makanan sunnah

Servis yang ditawarkan:
1) Beriklan di soho directory
2) Tempahan blog peribadi /bisnes
Bagi yang sedang mencari peluang untuk mula mencari pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Boleh pilih mana-mana kelas untuk sertai akademi. Kami beri bimbingan dan tunjuk ajar cara untuk mula.
Bagi yang belum ada produk kami sudah sediakan produk. Hanya perlu pilih yang mana mahu.
Hubungi saya untuk pendaftaran:
Facebook : Nor Adilah
Email       : noradilah.ahmadshokori@gmail.com
SMS        : 016 - 4614541


Friday 6 June 2014

Menulis Impian

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori

Catatkan semua yang ingin kita capai dalam sebuah buku. Dari sekecil-kecil impian sehinggalah sebesar-besar impian. Kalau boleh lukis, lukislah. Jika tidak pandai melukis, lekatkan gambar. Boleh cari gambar di mana-mana saja. Paling senang, cari di Google, cetak dan tampal.

Apa yang ingin ditulis? Tulislah apa saja yang kita inginkan dalam hidup ini. Di mana kita ingin bercuti, barang apa yang kita ingin miliki, tempat mana yang kita lawati, rumah apa yang kita mahu beli, bila kita ingin menunaikan umrah dan haji, berapa pendapatan yang kita inginkan, kereta apa yang kita ingin beli dan sebagainya.

Jangan bataskan impian kita walaupun secara logiknya adalah mustahil untuk kita mencapai impian tersebut buat masa sekarang. Biarkan impian kita terbang setinggi mungkin dan tambatnya dengan catatan. Suatu masa kelak, kita akan tersenyum tatkala menyelak halaman buku yang menyimpan catatan impian kita suatu masa dahulu.

Tidak perlu percaya apa yang saya katakan. Buat segera, lakukan sekarang. 

---------------------------------------------------

Sertai mana-mana kelas online berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog fanpage, mula bisnes
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas borong telekung solat
6. Kelas akaun online dan offline
7. Pendaftaran Pengurus Online.
8. Projek duit raya
9. Kelas beriklan di mudah.my
10. Kelas bisnes makanan sunnah

Pendaftaran mana-mana kelas pilihan boleh terus melalui saya.

Facebook : Nor Adilah
Email       : noradilah.ahmadshokori@gmail.com

SMS        : 016 - 4614541



Nor Adilah Ahmad Shokori
Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Thursday 5 June 2014

Rakyat Malaysia Dibuai Keselesaan

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori

Artikel bertajuk 'Malaysia Lubuk Rezeki' adalah cerita tentang warga asing yang berhijrah ke negara ini untuk mencari rezeki dan kini bergelar usahawan berjaya. Tiga kisah yang memberikan inspirasi kepada saya tetapi pada masa yang sama membuatkan saya sendiri rasa tercabar.

Saya tidak tahu perasaan orang lain, tetapi itulah perasaan saya. Serta merta saya teringat kata-kata yang sering diungkapkan oleh pengulas sukan Astro Arena, iaitu Tuan Hafizal Hamad, "Ini rumah kita. Tanah tumpah darah kita."

Saya tidak pernah menyalahkan kehadiran mereka. Sememangnya mereka layak atas apa yang mereka usahakan. Salahnya mungkin pada saya kerana membiarkan saja peluang yang terhidang di depan mata.

Saya kongsikan satu kisah yang memberikan inspirasi dan motivasi kepada saya, iaitu kisah Md Nasir Uddin yang kini adalah Pengarah Urusan Sun Moon Galaxy (M) Sdn. Bhd. Beliau meninggalkan kampung halamannya di Bangladesh untuk mencari rezeki di Malaysia menggunakan pas pelancong.

Hanya berserah kepada takdir, beliau sanggup melakukan apa saja pekerjaan untuk mendapatkan wang. Di samping itu, beliau turut memohon pas pelajar untuk melanjutkan pelajaran di sini.

Ketika tiba di Malaysia, beliau menumpang di rumah seorang rakannya yang bernama Imran. Rakannya inilah yang mengajak beliau untuk sama-sama bekerja dengannya sebagai pengelap perabot dan penjaga stor untuk menampung kehidupan dan kos pengajian.

Md Nasir bekerja secara sambilan selama tiga hari seminggu dan memperoleh RM800 sebulan. Meskipun gaji beliau tidak seberapa lantaran tinggal di ibu kota, tetapi beliau tetap mengirim wang untuk keluarganya di kampung dan bakinya beliau simpan.

Selain bekerja, kedai perabot itu menjadi tempat baginya belajar selok-belok perniagaan. Berkat kesungguhannya bekerja, lapan bulan kemudian beliau telah diberikan peluang untuk bekerja di bahagian jualan.

Dua tahun berlalu, beliau diberikan gaji sebanyak RM1800 dan komisen berdasarkan jumlah jualan perabot yang dibuat olehnya. Apabila beliau berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 2010, beliau dinaikkan pangkat sebagai pengurus kedai perabot di salah sebuah cawangan kedai milik majikannya.

Pada ketika inilah beliau mula membina impian untuk memiliki kedai perabot sendiri. Namun, hasrat itu terpaksa dipendam terlebih dahulu kerana menyedari kos yang diperlukan untuk membuka kedai perabot adalah besar iaitu RM200,000.

Sejak dari itu, beliau mula menyimpan untuk mencapai impian tersebut. Beliau konsisten menyimpan wang selama dua tahun setengah. Beliau kemudian meletak jawatan dan kembali ke negara asalnya. Tidak lama selepas itu, beliau kembali semula ke Malaysia.

Sejurus melangsungkan perkahwinannya dengan rakyat tempatan, beliau memulakan perniagaan komputer secara kecil-kecilan dengan modal sebanyak RM40,000. Dalam tempoh lapan bulan beliau menjalankan perniagaan komputer, hasil yang beliau peroleh telah merealisasikan hasratnya untuk membuka kedai perabot di Shah Alam.

Yang disusuli dengan pembukaan kedai perabot di Bangi. Menariknya, kedai perabot di Bangi dibeli daripada bekas majikannya dengan harga RM300,000. 

Terbaru, pada awal tahun ini beliau membuka dua cawangan baru kedai perabotnya iaitu kedai perabot ekslusif yang perabotnya diimport dari luar negara. Beliau juga turut merancang untuk membuka sebuah syarikat pelancongan yang mengendalikan jemaah umrah pada tahun hadapan.

Menurut Md Nasir, kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila beliau terpaksa mengikat perut ketika mula-mula sampai di Malaysia. Demi untuk menjimatkan wang untuk menampung kos pengajian, beliau hanya makan biskut yang dicecah dengan minuman ringan.

Sungguh pun terpaksa menempuh kepayahan di negara orang, beliau tetap dengan keyakinannnya bahawa Malaysia adalah tempat terbaik untuk mecari rezeki  dan berkeluarga. Beliau berpendapat rezeki di Malaysia melimpah ruah dan terdapat banyak peluang perniagaan untuk diisi di sini.

Warga asing menganggap Malasia sebagai bumi bertuah dan kekayaan bumi ini mengundang mereka mereka bersusah-payah masuk ke negara ini. Alangkah ruginya rakyat tempatan yang kurang berminat untuk meneroka potensi perniagaan yang ada.

Semalam, Astro Awani melaporkan tentang kebanjiran warga asing yang menjalankan perniagaan di Kuala Lumpur. Mereka mampu menyewa premis kedai pada kadar puluhan ribu. Malah, di kaki lima kedai juga ada penjaja warga asing. Sesak dengan rakyat asing dan langsung tidak kelihatan wajah-wajah rakyat tempatan di kawasan tersebut. 

Cerita-cerita di atas memberikan inspirasi tetapi saya juga terpaksa menelan pahitnya realiti. Saya ditampar dengan persoalan, cukupkah saya sekadar memerhati? Sampai bila saya hanya ingin duduk dan lihat. Adakah saya selesa menjadi pengguna dan biarkan saja orang lain yang menguasai ekonomi di Malaysia? 

Ada suara kecil yang sedang menyanyi-nyanyi di telinga saya berulang-ulang kali tanpa henti, "Bumi dipijak milik orang."

----------------------------------------------------------------

Bergabung bersama 750 blog di ABDR.
1. Kelas Asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar - Bengkel offline 14 Jun 2014
Pendaftaran akan ditutup pada 9 Jun 2014.
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat terhad untuk 30 orang sahaja.
8. Pendaftaran pengurus online
Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada.

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari.
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami 700 blog

PM saya untuk sertai ABDR apabila sudah sedia.

Facebook : Nor Adilah
Email      : noradilah.ahmadshokori@gmail.com
SMS       : 016 - 4614541



Nor Adilah Ahmad Shokori
Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Wednesday 4 June 2014

Tip Panjang Umur

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori

Umur yang panjang bukan dilihat dari sudut umur biologinya. Sebaliknya umur yang panjang merujuk kepada keberkatan dan rahmat yang Allah berikan kepada seseorang walaupun orang itu telah meninggal dunia.

Seperti yang kita sedia maklum, umat nabi Muhammad SAW mempunyai jangka hayat yang pendek berbanding dengan umat nabi-nabi terdahulu. Berikut adalah tip panjang umur yang disampaikan oleh Ustaz Zakaria Sungib :
  1. Sampaikan ilmu kepada orang lain dalam bentuk tulisan atau lisan.
  2. Banyakkan bersedekah yang memberikan manfaat jangka panjang contohnya sedekah untuk membina masjid, surau, sekolah, jalan raya, tandas awam dan seumpama dengannya.
  3. Didik anak-anak supaya menjadi zuriat yang soleh dan solehah dengan harapan apabila kita telah meninggal dunia, mereka akan mendoakan kesejahteraan kita dan menyedekahkan pahalan amalan baik kepada kita.

Wallahu'alam.



Tuesday 3 June 2014

Telekung Laris

Teks       : Nor Adilah Ahmad Shokori
Sumber  : Berita Harian

Betul ke telekung laris? Ada ke orang nak beli telekung? Kenapa orang nak beli kalau di rumah memang sudah ada telekung? Tidak ada siapa yang nak beli telekung ni. Orang sibuk jual kuih raya, baju raya, apa hal nak jual telekung pula? Semoga catatan wartawan Hidayah Mohammad memberi pencerahan kepada anda yang masih ragu-ragu.

Permintaan tinggi, dua bulan sebelum puasa hingga selepas Aidilfitri

Setiap kali menjelang Ramadan dan Syawal, bukan saja koleksi pakaian raya diletakkan dalam senarai pertama untuk dibeli, pakaian ibadat khususnya telekung juga jadi keutamaan. 

Jika barangan kelengkapan hari raya termasuk pakaian dibeli pada saat terakhir atau ketika bulan puasa, telekung pula dibeli kira-kira dua bulan sebelum itu. Ia sebagai persediaan menyambut Ramadan dan juga Syawal, malah jualannya laris serta berterusan sebelum menjelang musim haji.

Ramadan bulan terbaik dalam kalendar Islam untuk melakukan pelbagai ibadat, sekali gus menggalakkan wanita membeli telekung baru. 

Apa yang menarik, memahami senario dan aliran perubahan mana kini, pengeluar telekung hari ini menawarkan pelbagai ragam rekaan koleksi telekung yang lebih kontemporari serta selesa untuk dipakai.

Pengasas Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Padzilah Enda, berkata kebanyakan wanita akan sibuk mencari dan membeli koleksi telekung terbaru untuk kegunaan menunaikan solat terawih dan menyambut hari raya. 

“Permintaan agak mendadak sebelum Ramadan, sepanjang bulan puasa dan selepas Aidilfitri sehinggalah menjelang musim haji,” katanya ketika ditemui di butik telekung Siti Khadijah, di Bangi, baru-baru ini.

Lebih satu koleksi

Jika dulu, masyarakat mengamalkan konsep satu rumah, satu telekung tetapi kini tidak lagi. Wanita mula prihatin terhadap penggunaan telekung dan memerlukannya lebih daripada satu untuk kegunaan seharian. 

Padzilah yang membangunkan jenama telekung Siti Khadijah sejak 2009, berkata sesetengah wanita akan mendapatkan koleksi telekung terbaru hanya kerana mahu menunaikan solat tarawih selain mengerjakan solat sunat Aidilfitri. 

“Bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi mahukan keselesaan dan memastikan pakaian ibadat itu dipakai bersih,” katanya.

Tambahnya, gaya dan warna telekung hari ini juga beraneka. Berbanding sebelum ini, hanya ada telekung putih polos dan terdapat juga yang diperindahkan dengan hiasan seperti sulaman bercorak pada bahagian hujung kain telekung. 

Hakikatnya, bagaikan fesyen Muslimah, gaya dan rekaan telekung juga mengikut perubahan aliran. Justeru, pada masa kini tidak hairanlah telekung berwarna mula menakluk pasaran, dari rona lembut hinggalah gelap seperti hijau, biru, kelabu dan sebagainya. Pun begitu, telekung warna putih masih terus mendominasi permintaan. 

Padzilah berkata, telekung dengan rona ceria dan cerah asalnya dari Indonesia, tetapi kini semakin mendapat pasaran tempatan. Bagaimanapun, ia berjaya menarik perhatian terutama kanak-kanak untuk bersembahyang. 

“Permintaan telekung kanak-kanak juga makin banyak. Koleksi telekung pelbagai warna menarik dan ceria boleh mendorong kanak-kanak seronok untuk bersembahyang,” katanya yang menawarkan telekung fabrik daripada jenis fabrik memeri seperti lycra, kain kapas dan polister.

Beli untuk kebajikan

Sementara itu, pengusaha pakaian Muslimah dan peniaga telekung jenama EZ Shop Ladies, Wan Nor Ashkiah Meor Aris, berkata lazimnya pembelian telekung pada Rejab dan Syaaban adalah di kalangan pelanggan wanita berusia 50 tahun ke atas yang kebanyakannya tidak lagi bekerja dan mempunyai masa lebih untuk melakukan pelbagai ibadat sunat.

“Kebanyakan mereka akan mula berpuasa dua bulan sebelum menjelang Ramadan dan pada masa sama, kerap melakukan pelbagai aktiviti ibadat. Lantas, ia menuntut mereka memakai telekung dengan lebih kerap dan sebab itulah ada yang beli lebih dari satu, sebagai kegunaan harian.

“Walaupun telekung dipakai lima kali sehari dan tidak terdedah dengan pencemaran seperti kotor, berdebu habuk dan tanah, malah kebanyakan wanita rajin mencucinya tetapi untuk suasana yang baru, mereka juga sukakan telekung yang berlainan untuk sesuatu acara,” katanya yang memasarkan telekung di laman facebook dan sekitar butik di Giant Kelana Jaya, Giant Kota Damansara dan AEON Kota Damansara. 

Wan Nor memberitahu, selain ada yang membeli untuk koleksi sendiri, ada juga pelanggan bermurah hati datang membeli dalam kuantiti banyak untuk tujuan kebajikan seperti mahu mendermakan telekung kepada rumah kebajikan anak yatim, warga emas dan sebagainya.

Transformasi rekaan dan cara jualan

Telekung menggunakan pelbagai jenis fabrik dan rekaan dengan beberapa elemen yang memberikan daya tarikan tersendiri. 

Semua itu penting kerana seperti membeli pakaian, pelanggan juga mempunyai cita rasa dan pelbagai ragam dalam memilih telekung. 

Wan Nor Ashkiah Meor Aris, berkata walaupun telekung lebih dikenali sebagai pakaian ibadat, ada yang mahu sentuhan berbeza, berkualiti tinggi, menyerlahkan keunikan dan paling penting, tampak cantik. Justeru, permintaan lazimnya berdasarkan saiz, jenis fabrik, warna dan rekaan eksklusif telekung berkenaan. 

Katanya, pilihan fabrik amat penting kerana selain menunaikan solat wajib, solat tarawih lebih panjang daripada biasa menjadikan sesetengah individu tidak selesa dan panas dan boleh menjejaskan tumpuan beribadat.

“Kita perlukan telekung berciri lembut dan tidak panas. Fabrik jenis kapas lembut, lycra yang ringan dan satin adalah pilihan yang baik. 

“Telekung daripada sutera pernah menjadi kegemaran wanita suatu ketika dulu tetapi selepas mendapati penjagaan perlu rapi dan penyelenggaraan yang mahal, seperti cuci kering dan sebagainya, kini telekung sutera kurang mendapat sambutan. Bagaimanapun, ia masih menjadi pilihan tetapi hanya sesetengah peringkat golongan saja yang mungkin miliki banyak telekung daripada fabrik satin,” katanya. 

Wan Nor turut memberitahu, cara pemasaran telekung pada masa kini juga ada perbezaan dengan dulu. Jika sebelum ini, telekung mudah diperoleh di kedai pakaian biasa, pasar malam dan juga kedai khusus yang menjual pakaian dan peralatan melakukan ibadat tetapi kini terdapat banyak butik yang menawarkannya.

“Bagi saya, lebih senang untuk menjualnya dengan cara bertemu sendiri dengan pelanggan. Ini kerana pada masa kini wanita sukakan sentuhan peribadi. Cara ini juga membolehkan saya bukan saja memahami dan masak dengan ragam pelanggan tetapi dapat lebih memuaskan hati mereka,” katanya. 

Ada yang menjualnya secara terus kepada pelanggan dan melalui jualan secara dalam talian. Malah, ada yang menggunakan laman sosial media seperti facebook dan blog untuk mempromosi dan menjual telekung dipasarkan.
 ********************************************


Peluang khas untuk mereka yang mahu mula bisnes musim perayaan. 2 bulan menjelang Ramadhan dan syawal. Akademi Bekerja Di Rumah buka kelas borong khusus untuk kalian yang mahu belajar menjual borong. Terhad hanya untuk 30 pendaftaran sahaja!!!
 
Kelas Borong Telekung Solat (Yuran Kelas RM250 Kelas premium)
-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telkung Solat Kanak-Kanak.
- Bonus 4 ebook rujukan

Kelas ini dikendalikan oleh salah seorang guru online akademi, yang merupakan pakar jualan borong bulan Ramadhan. Pendaftaran dibuka, dan mendaftar terus melalui saya ya

Apa yang kalian bakal dapat? InsyaAllah,
Ilmu membina blog & fanpage niaga Blog yang menepati minat pembeli
Bersama dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online Akademi Bekerja Di Rumah - yang berpengalaman dalam bisnes online.
Produk telekung pelbagai jenis yang sedia ada stoknya.

Pendaftaran masih dibuka untuk kelas-kelas yang lain. 

Bergabung bersama 750 blog di ABDR.
1. Kelas Asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar - Bengkel offline 14 Jun 2014
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat terhad untuk 30 orang sahaja.
8. Pendaftaran pengurus online
  •     Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada.


Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari.
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami 700 blog

PM saya untuk sertai ABDR apabila sudah sedia.
Kami bersedia bertugas bila-bila masa, walau di mana sahaja.
Tidak dijadikan kami orang yang berusaha, satukan kami dalam jemaah luar biasa.

Hubungi saya untuk sebarang pentanyaan dan pendaftaran kelas :
Facebook : Nor Adilah
Email       : noradilah.ahmadshokori@gmail.com
Telefon    : 016 - 461 4541

Kesan Pemasaran Melalui Blog Terhadap Bisnes Online

Saya mula melibatkan diri dalam bisnes secara online pada tahun 2011. Sebelum itu pada tahun 2008-2009 saya ada membuka kedai menjual pakaian dan mengambil tempahan jahitan serta membuat kursus belajar menjahit. Kedai ini diusahakan bersama sahabat saya tetapi terpaksa ditutup kerana masalah pekerja dan kami masing-masing ada komitmen baru. Jadi selepas bersalin suami meminta saya menjaga sendiri anak di rumah. Bermula dari situ saya mula mencari peluang bisnes dari rumah.

Saya menyertai bisnes secara dropship tanpa modal di internet. Produk dropship agak bagus malangnya saya tidak pandai bahagian pemasaran. Kemudian saya pergi ke kursus belajar FB ads untuk beriklan di facebook. Setelah faham cara beriklan di facebook, saya ditemukan dengan sahabat saya yang belajar di USM dahulu yang telah menjadi pemborong barangan kanak-kanak. Apalagi saya terus menjadi agennya dan berbekal ilmu FB ads saya berjaya mendapat untung bersih mencecah 4 angka, dan kini saya menjadi pemborong pula. Tetapi sejak akhir-akhir ini FB semakin mengetatkan polisi iklan dan kos iklan di facebook semakin mahal.

Kemudian saya ditemukan dengan kak Masayu Ahmad yang sering bercerita tentang Akademi Belajar Dari Rumah di facebooknya. Saya berasa begitu tertarik dengan konsep ini lantas terus berdaftar kursus asas blog dan penulisan dengan beliau. Saya diwajibkan melengkapkan 44 entri sebagai tugasan utama tetapi selepas beberapa entri saya hilang fokus dan blog ini terbiar.

Tetapi apa yang mengejutkan saya apabila saya dihubungi ramai ibubapa yang menemukan blog saya dan ingin membeli set membaca daripada saya selepas saya bercerita di blog tentang ajar anak membaca. Ini benar-benar membuka dimensi baru buat saya. Rupanya pemasaran melalui blog sangat besar kesannya dan lebih diyakini. Tetapi jika buat blog sendiri secara individu tentu kesannya tidak sebaik berblog melalui Akademi Bekerja Dari Rumah ini. Sebabnya sebelum ini juga saya ada blog sendiri untuk jualan tetapi tiada pengunjung.

Namun dengan menyertai Akademi ini, saya mendapat jaringan bines yang luas dan capaian blog saya lebih tinggi kerana ada lebih 600 blog yang bergabung dan saling membantu sesama ahli akademi untuk menaikkan blog kita di google. Dengan ini kita akan mendapat lebih ramai pelawat dan tentu sekali lebih ramai pelanggan! Nasihat saya, jika ingin berbisnes online jom bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Dari Rumah.


Bergabung bersama 750 blog di ABDR.
1. Kelas Asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar - Bengkel offline 14 Jun 2014
Pendaftaran akan ditutup pada 9 Jun 2014.
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat terhad untuk 30 orang sahaja.
8. Pendaftaran pengurus online
Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada.
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari.
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami 700 blog

 PM saya untuk sertai ABDR apabila sudah sedia.

Facebook : Nor Adilah
Email      : noradilah.ahmadshokori@gmail.com
SMS       : 016 - 4614541

Monday 2 June 2014

Kenapa Hanya 9/10 Punca Rezeki Daripada Perniagaan?

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori

"Lambat datang kelas hari ni Din? Kelas dah start setengah jam, baru kamu sampai."

"Boleh saya duduk dulu ustaz? Penat la ustaz. Hari ni banyak sangat order. Saya bawa motor habis laju dah tu."

"Kamu berniaga ayam kan? Hebat kamu ni, bisnes ayam sambil sambung master. Kamu semester berapa?"

"Ya, ustaz. Saya bisnes ayam segar. Siapa nak beli ayam, boleh order dengan saya. Promote sikit ye ustaz? Siap delivery lagi. Ni semester akhir ustaz. Ustaz tolong doa saya lulus. Ustaz pun tolong la bagi saya lulus paper ustaz."

Gelak.

"Bagus Din. Saya suka kamu berniaga. Sembilan per sepuluh rezeki daripada bidang perniagaan. Tapi kamu tahu tak kenapa tak disebut sepuluh per sepuluh rezeki ada dalam bisnes? Kalau banyak sangat rezeki tu, lebih baik sebut sepuluh per sepuluh saja kan?"

"Satu per sepuluh lagi dalam kerja makan gaji ustaz. Kalau sepuluh per sepuluh, maknanya orang makan gaji tiada rezeki pula," balas Din berseloroh.

"Itu satu sisi, masih ada sisi yang lain untuk kita kutip sebagai peringatan. Satu per sepuluh ini ingatan dan amaran untuk para peniaga supaya jujur dalam bisnes. Rezeki yang banyak memang Allah tetapkan melalui jalan bisnes. Disebabkan mengejar rezeki yang banyak inilah yang menyebabkan ramai menyeleweng. Jangan menipu dan ambil kesempatan atas pelanggan. Ingat amaran Allah kepada peniaga yang tidak amanah. Di mana tempat untuk mereka ini?" tegas ustaz dengan wajah yang cukup serius.

"Saya tak menipu pelanggan, ustaz. Kadang saya lebihkan timbangan untuk mereka."

"Alhamdulillah. Senang hati saya. Ada satu lagi perkara yang saya nak tanya kepada kamu? Kamu tahu tak ayam kalau sembelih pun boleh jadi bangkai? Jaga-jaga bab ni. Saya selalu tengok dekat pasar, ramai yang berniaga ayam ambil mudah hal ni."

"Cuba ustaz huraikan, saya kurang jelas," Din nampak keliru.

"Kamu sembelih sendiri ayam atau siapa yang buat?"

"Saya ada pekerja. Kalau tak menang tangan, baru saya tolong," Din menjelaskan.

"Ok, kamu sembelih ayam lepas tu ayam (yang telah disembelih) kamu lempar ke dalam bakul. Kamu sembelih lagi, lempar lagi masuk bakul. Macam tu prosesnya kan, berulang-ulang kali? Sampai penuh bakul. Betul tak?"

"Kamu pasti ayam yang kamu sembelih mati kerana disembelih? Atau sebenarnya ayam yang kamu sembelih itu belum sempat mati kerana disembelih tapi mati kerana dihempap oleh ayam-ayam lain di atasnya. Pendek kata mati kerana sesak nafas."

"Tak pastilah ustaz. Saya tak check pun."

"Din, kamu kena ambil tahu tentang ni. Balik nanti tolong check. Cari jalan dan cara untuk pastikan betul-betul. Kita nak cari rezeki yang halal. Buat apa kalau kita senang dunia, akhirat esok kita merana. Saya nak pesan kepada kamu, kamu kena mengaji ilmu agama juga, jangan mengaji bab dunia saja ye."

--------------------------------------------------------------------
 
Selamat datang pelajar Jun 2014, Alhamdulillah menghala 1000 pendaftaran. 11 guru online dedikasi bertugas. Boleh sertai mana-mana kelas berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog mula bisnes
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas borong telekung solat.
5. Kelas akaun online offline
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran agen makanan sunnah (kurma, tin, zaitun,etc) projek duit raya 
http://projekduithariraya.blogspot.com/
8. Tempahan blog bisnes
9. Pendaftaran pengurus online
10. Boleh beriklan dengan kami puatan 700 blog.
Keterangan ada di sini ww.akademibekerjadirumah.com juga baca di sini, 
Pendaftaran dan pertanyaan boleh terus melalui saya.
Facebook : Nor Adilah
Email       : noradilah.ahmadshokori@gmail.com
SMS         : 016 - 461 4541
 




Copyright to NOR ADILAH
Designed by UMIESUEstudio 2015