Friday, 9 May 2014

Menerima Nikmat

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori

Bismillah.

Nikmat adalah sesuatu kurniaan Allah yang menggembirakan hati kita. Nikmat hadir dalam bermacam-macam bentuk dan rupa. 

Fitrah manusia tatkala mendapat nikmat pastinya kita akan berasa gembira. Apatah lagi jika nikmat itu sememangnya telah lama dinantikan oleh kita.

Antara nikmat yang disebut-sebut oleh sebahagian besar daripada kita adalah nikmat jodoh, anak, naik pangkat, duit (bonus, pusaka dan lain-lain) dan banyak lagi sebenarnya.

Bagaimana reaksi kita apabila mendapat nikmat tersebut? Pastinya gembira dan bahagia bukan kepalang. Mulut pula tidak jemu-jemu mengungkapkan syukur ke hadrat Allah atas segala limpahan rahmat dan nikmatNya kepada kita.

Itulah sepatutnya yang kita sebagai hambaNya lakukan. Rendah diri dan memuji Allah kerana tidak mungkin nikmat itu kita miliki jika Dia tidak mengizinkannya.

Namun, ramai yang terlupa bahawa bersama-sama nikmat itu ada ujian yang menanti. Ada musibah yang bakal menguji.

Inilah pesanan yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Mahmud agar kita sentiasa berwaspada. Di sebalik nikmat yang kita dapat, besertanya adalah musibah yang tersirat.

Jangan hanya dibuai keseronokan mendapat nikmat, tetapi berdoa dan pohonlah kepada Allah agar dipelihara daripada musibah yang hadir bersama nikmat itu.

Kita bersyukur kerana Allah memberi kita nikmat tersebut. Cuma kita minta jika ada musibah yang terlindung di sebalik nikmat itu, kita kembalikan semula musibah itu kepada Allah.

Misalnya kita dapat naik pangkat. Kita seronok dan bersyukur kerana Allah berikan rezeki  kepada kita. Tetapi jangan pula kita lupa untuk berdoa.

"Ya Allah, aku bersyukur atas nikmat naik pangkat yang Engkau berikan kepada aku. Aku sedar Ya Allah, bersama-sama nikmat ini ada musibahnya (ujian) untuk aku. 

Lindungilah aku daripada apa jua musibah yang Kau tetapkan bersama pangkat ini. Peliharalah aku daripada hasad dengki dan fitnah daripada orang lain.

Aku mahu nikmat ini, ya Allah. Aku tidak mahu musibah ini, ya Allah. Maka aku kembalikan musibah ini kepadaMu, ya Allah."

Orang tua dulu selalu berpesan, jangan seronok sangat nanti kita menangis. Inilah yang mereka cuba sampaikan kepada kita. Bukan menghalang kita berseronok tetapi sebagai peringatan untuk kita kerana dalam bekas gula selalunya ada semut yang menghurung.

Wallahu'alam.





Thursday, 8 May 2014

Bagaimana Membuat Keputusan Bekerja Dari Rumah?

Sumber : Pn. Masayu Ahmad, pengasas akademi)

Soalan ini diajukan oleh Puan Alia Zahrah (bukan nama sebenar).

Boleh buat ulasan bagi seseorang yang sakit, terpaksa berhenti kerja kerana keadaan kesihatan yang sangat-sangat merosot, tetapi keadaan kewangan adalah tidak stabil, tetapi tidak ada pilihan lain. Macam mana ya?


Dalam kes di atas saya melihatkan keputusan yang diambil adalah berdasarkan situasi semasa. Ini juga sama dengan keputusan yang telah saya ambil dahulu. Situasinya berbeza, anak yang selalu tidak sihat.

Cumanya selepas itu barulah saya mengali info-info bekerja dari rumah. Dua tahun sebelum berhenti, saya sudah mula membuat persediaan awal, iaitu masih lagi dan akan meneruskan aktiviti menulis.

Situasi Puan Alia Zahrah:

1. Terpaksa berhenti kerja kerana kesihatan merosot- Puan perlu mencari peluang menjana pendapatan yang baru dan pada masa yang saya perlu mengambil kira faktor kesihatan. Wang penting dan kesihatan juga sangat-sangat penting. Jadi usahakan sekarang fokus kepada jenis pendapatan yang tidak memberi kesan kepada kesihatan.

2. Kewangan tidak stabil- Umum mengetahui kerja dua orang lebih baik dari hasil seorang. Tetapi, Puan Alia masih ada suami untuk sumber yang pertama.

3.Tidak ada pilihan lain- Sekarang tidak ada pilihan lain, memang secara rasminya Alia bekerja dari rumah. Cari peluang yang boleh membantu jana pendapatan. Ini tidak mudah dan ia memang memberi cabaran besar kerana faktor kesihatan. Pun, begitu, kembali kepada Allah, diberikan sesuatu ujian dan hikmah yang mungkin kita tidak ketahui. Ujian kesakitan kerana Allah mahu Puan berehat di rumah dan ada lebih masa bersama keluarga.
Punca rezeki juga dari Allah, insya-allah tetapkan hati, rezeki ada di mana-mana. Gali semangat baru dan peluang baru. Mana tahukan rezeki yang akan datang lebih lumayan.

Dalam kes tertentu, persediaan 3 tahun awal untuk 3 tahun pertama berhenti kerja sangat penting. berikut senarai sebab, kalian sudah bersedia.


10 sebab sudah boleh buat keputusan bekerja dari rumah.

1. Anda sudah ada sumber pendapatan pasif dan aktif secara tetap.

2. Boleh bekerja di bawah tekanan dan bersedia menghadapi apa sahaja risiko.

3. Mendapat sokongan sepenuhnya dari suami atau isteri untuk menghadapi masa di atas di bawah.

4. Mudah dan tajam tindakan apabila mendapat peluang baru.=

5. Bijak mengatur strategi untuk kelangsungan bertahan.

6. Boleh dan pandai meletakkan diri pada masa sibuk, tidak sibuk dan super sibuk.

7. Kemahiran, rancang dan rancang semula jenis kerja atau bisnes.

8. Sudah sebati dengan cara kerja sendiri dan tidak perlu bergantung harap kepada orang lain.

9. Tidak ada istilah putus asa.

10. Seronok, apabila berada dalam keadaan sukar mendaki dan terus berusaha, apabila sudah sukses suka berkongsi kejayaan dan pengalaman dengan orang lain.


Apa beza suri rumah dan suri bekerja dari rumah?

Suri rumah sepenuh masa

Suri rumah sepenuh masa memberi tumpuan utama kepada keluarga semata-mata. Anak-anak, suami dan urusan rumah tangga. Jadi tiga keutamaan ini adalah tugasan yang menjadi keutamaan. Tidak melakukan apa-apa atau sebarang sumbangan kewangan kepada keluarga.



Suri bekerja dari rumah

Suri yang bekerja dari rumah adalah mereka yang menghasilkan pendapatan sama ada bekerja, mengusahakan bisnes, secara sambilan atau sepenuh masa. Peranan suri ini sama sama sibuknya dengan suri yang bekerja di luar rumah. Tugas yang dipikul adalah berganda dan memerlukan pengurusan masa yang baik.

Tanggapan masyarakat terhadap suri rumah

Bagi sesetengah pandangan, merasakan suri rumah adalah mereka yang tidak berpendidikan, terkongkong dan tidak memberi apa-apa sumbangan kepada masyarakat. Dunia hanyalah persekitaran keluarga dan anak-anak sahaja.

Tepis pandangan ini secara positif

Saya sudah mengenali dan menemui ramai suri rumah yang berpendidikan dan meletakkan jawatan sema-mata menumpukan kepada keluarga. Suri rumah kini semakin bijak, terbuka dan mempunyai pandangan yang lebih baik dalam menentukan hala tuju keluarga.

Baca naskah wajib ini dahulu www.janawangdirumah.com jika sudah tekad mahu bekerja dari rumah.

Sertai mana-mana kelas online berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage, mula bisnes
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas borong telekung solat
6. Kelas akaun online dan offline
7. Pendaftaran Pengurus Online.
8. kelas blog borong telekung solat 
9. Kelas penulisan ebook

Servis yang ditawarkan
9.   Tempahan blog bisnes/penulisan - siap 3 hari
10. Beriklan di soho directory

Hubungi saya untuk sertai mana-mana kelas pilihan di ABDR.



Ingin mendapatkan ebook yang sesuai untuk menambah ilmu anda ?
Ingin belajar cara asas menulis blog, fanpage & beriklan di mudah.my ?
Ingin menjana pendapatan dengan hanya duduk di rumah ?
Hubungi Adilah untuk:-
KHIDMAT NASIHAT PERCUMA
dan
PELUANG BISNES BERSAMA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH!!!


Facebook (pm) : Nor Adilah
Email : noradilah.ahmadshokori@gmail.com
016- 461 4541






DIY Botol Kosong

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori

Botol-botol kaca dan plastik yang kosong memang banyak di rumah. Mana tidaknya, sos tomato, cili, kicap, cuka dan banyak lagi semuanya dibotolkan.

Selain boleh jual semula botol-botol ini untuk dapatkan duit dan kitar semula, kita boleh dipelbagaikan fungsinya di rumah kita.

1. Pasu bunga. Paling mudah, basuh botol bersih-bersih. Kemudian, masukkan air ke dalam botol dan masukkan bunga-bunga segar. Dulu-dulu tok saya suka letak bunga orkid sebab orkid adalah bunga kesayangannya.


2. Penyembur air (water spray). Hanya menggunakan botol yang telah dibersihkan. Kemudian letakkan plastik penyembur pada mulut botol. Dalam botol tersebut, boleh masukkan air, sabun cuci tangan, gel mandian dan lain-lain lagi.


3. Pemegang lilin. Satu cara yang kreatif sebagai hiasan meja makan atau pun boleh diaplikasikan ketika ketiadaan bekalan elektrik. Cuma perlu lebih berhati-hati kerana kemungkinan lilin terjatuh (kedudukannya yang terlalu tinggi di mulut botol menyebabkannya tidak stabil).



4. Rolling pin atau pencanai. Sebagai wanita yang banyak menghabiskan masa di dapur, memanglah seronok kalau ada set atau gajet memasak yang lengkap serba-serbi. Tetapi itu bukan alasan dan halangan untuk kita memasak. Boleh gunakan botol sebagai rolling pin untuk mencanai karipap atau kuih-muih sempena hari raya nanti. Bersihkan botol, buang segala pelekat label dan sisa-sisa gam yang ada. Keringkan dan bolehlah digunakan.


Mengapa Saya Menulis?

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori

Bismillah.

Bakat saya dalam penulisan tidaklah seberapa. Tetapi itulah satu-satunya bakat yang saya ada. Melihat orang lain mampu melukis dengan cantik, ada juga keinginan yang sama terbit di hati saya. Cuma bakat saya setakat tekap dan tiru.

Saya lebih banyak memaksa diri saya untuk menulis. Hampir kebanyakan waktu taktik ini berkesan untuk saya. Ada masanya saya juga buntu, tidak ada apa yang hendak ditulis di sini.

Saya mengharapkan agar catatan saya di sini tidak kekal hanya sebagai catatan. Betul, blog ini tempat saya mencari makan dalam lapangan bisnes. 

Bagi saya, saya tidak mahu sekadar berakhir di situ. Matlamat saya jelas, saya mahukan jika ada sebarang kebaikan pada catatan saya ini mudah-mudahan inilah bekalan dan saham yang berterusan apabila saya sudah tiada kelak.

Hidup bukan sekadar hidup kerana jika hidup sekadar untuk hidup, maka kita adalah hidup-hidupan. Sementara kata-kata Pak Hamka jauh lebih keras dan tajam. Katanya, kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera di hutan juga bekerja.

Photo


Wallahu'alam.

Tuesday, 6 May 2014

Ulasan Kelas Asas Blog, Fanpage dan Beriklan di Mudah.my

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori

Mudah.my antara merupakan medium pengiklanan yang menjadi pilihan peniaga. Saya juga tidak terkecuali menggunakan perkhidmatan ini secara percuma. Namun, tidak semua iklan diluluskan oleh pihak Mudah.my kerana terdapat peraturan yang perlu dipatuhi semasa beriklan.

Disebabkan oleh syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Mudah.my, maka tidak semua iklan berjaya dipaparkan di situ. Banyak masa yang terbuang kerana terpaksa cuba-cuba. 

Oleh itu, tujuan kelas belajar iklan di Mudah.my diwujudkan khusus untuk membantu para peserta cara beriklan dengan betul dengan bimbingan Puan Zaila yang berpengalaman dan berpengetahuan tentang selok-belok beriklan di Mudah.my.

Baca ulasan protege ini, jika berminat hubungi saya untuk daftar.

Sumber: http://mayahscollection.blogspot.com/2014/05/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage-iklan.html

Ulasan Kelas Asas blog, fanpage & beriklan di Mudah.my dari Mayahs Collection
Saya seorang suri rumah tangga sepenuh masa, mempunyai seorang anak gadis yang comel berumur 12tahun dan dua orang anak bujang yang macam-macam kerenah, masing-masing berumur 11tahun dan 5tahun.
Ibu saya tinggal serumah dengan saya jadi sementara saya bekerja anak-anak di jaga oleh ibu.

Dulu saya bekerja dalam bidang makanan, oleh kerana anak yang berumur 5tahun saya itu telah mula memasuki alam persekolahan dan merasa segala tanggung jawab di rumah terabai, saya memutuskan untuk berhenti bekerja. Pada mula saya berhenti kerja, saya membantu suami menguruskan perniagaan makanan beliau.Pelbagai dugaan dihadapi namun akhirnya perniagaan kami bermasaalah. Saya menyuarakan keinginan saya pada suami untuk tidak mahu mengurus lagi perniagaan.

Kehidupan yang sentiasa bekerja dulu membuatkan saya bosan untuk duduk diam sahaja. Saya berfikir apa yang perlu saya lakukan selain dari menjadi surirumah sepenuh masa. Akhirnya saya terpikat dengan bisnes perniagaan telekung online kepunyaan adik suami saya. Saya memulakan perniagaan telekung dengan menjadi ejen dropship,tetapi saya hanya berniaga secara offline sahaja. Akhirnya dari main-main untuk menghilangkan bosan saya mula seronok tetapi dugaan datang sekali lagi apabila adik ipar saya telah berpindah ke Qatar atas urusan kerja.

Saya mula buntu untuk berniaga apa lagi. Suami menyarankan agar saya cuba berniaga sendiri dengan modal sendiri. Saya mula berniaga online dan juga offline, kali ini bukan satu produk sahaja yang saya jual, tetapi apa saja yang boleh di jual saya akan jual. Namun bukan mudah untuk mempelajari dunia perniagaan online,saya pula tidak ramai sahabat di facebook, dan ini membuatkan saya mula risau.

Saya selalu terbaca status-status puan Zaila Mohamad, saya tertarik dan mula melihat ke wall beliau. Kebanyakan status beliau bercerita tetang perniagaan online dan bagaimana mahu berniaga online.Jadi suami menyarankan agar saya bertanya terus kepada beliau. Saya menceritakan masalah saya pada puan Zaila dan beliau meyarankan saya agar mengambil pakej "belajar kelas asas blog, fanpage & iklan mudah.my .

Kelas ini merupakan kelas 100% menggunakan Bahasa Melayu, agak mudah difahami kerana saya bukanlah orang yang hebat dalam Bahasa Inggeris dan dalam pengetahuan computer. Saya juga pernah ke kelas offline puan Zaila iaitu di rumahnya. Banyak tips dan cara-cara membina perniagaan di internet, cara asas menulis di blog dengan betul, cara berniaga di fanpage dan cara letak iklan di mudah.my telah diberikan kepada saya. Barulah saya tahu berniaga online bukan hanya di facebook sahaja dan bukannya perlu 24 jam menghadap komputer sahaja untuk mengepos gambar peniagaan kita. Dulu, walaupun saya telah mempunyai fanpage,blog dan akaun Mudah.my tetapi saya tidak tahu cara bagaimana menggunakannya, inilah kelemahan diri saya. Saya tahu membuat kesemua akaun tetapi tidak tahu cara untuk memainkan perniagaan di situ.

Puan Zaila juga mengajar online sesuai bagi saya yang tiada masa untuk pergi ke mana-mana ini. Sambil berniaga pun saya boleh belajar di kelas online beliau sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya apa bila saya buntu. Walau pun pelajaran kelas saya telah berakhir tetapi puan Zaila sentiasa memberi kata-kata semangat dan nasihat-nasihat yang positif, nasihat yang boleh diguna pakai di dalam perniagaan.

Dengan mengikuti kelas asas ini kini saya tidak lagi perlu 24 jam menghadap komputer, kehidupan saya teratur,kerja-kerja rumah selesai,saya mempunyai masa untuk keluarga dan untuk pergi ke kelas pengajian al-quran & tajwid yang saya ikuti dan yang paling penting peniagaan saya berjalan lancar.

Apa pun yang kita lalukan harus ada mentor dan mentor itu penting.

kata-kata nasihat oleh Dr Azizan Osman saat saya dan suami mengikuti seminar beliau di Kuala Lumpur masih terngiang-ngiang di telinga saya, benar sekali...Wang bukan ukuran untuk kita menimba ilmu. Jadi kepada anda yang mempunyai masalah sama seperti yang saya alami, jom sertai AKADEMI BEKERJA DI RUMAH dengan mengikuti kelas-kelas asas berniaga yang mereka anjurkan.



Pilihan kelas yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah:

1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar- Bengkel offline 10 Mei 2014
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat
8. Pendaftaran pengurus online

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 3 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory
PM saya untuk sertai ABDR apabila sudah sedia.


Ingin mendapatkan ebook yang sesuai untuk bacaan anda ?
Ingin belajar cara asas menulis blog, fanpage & beriklan di mudah.my ?
Ingin menjana pendapatan dengan hanya duduk di rumah ?
Hubungi Adilah untuk:-
KHIDMAT NASIHAT PERCUMA
dan
PELUANG BISNES BERSAMA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH!!!

Facebook (pm) : Nor Adilah
Email : noradilah.ahmadshokori@gmail.com
016- 461 4541


Ibu Tunggal Berjiwa Kental

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori

Besar jiwanya menadah setiap ujian yang tiba. Ketika ditebak rasa hatinya, ini jawapan yang beliau berikan, "Alhamdulillah, dulu Allah tentukan saya menjadi ibu tunggal. Alhamdulillah, sekarang Allah pilih saya menjadi usahawan."

Pemilik H'aNNisa Bakes, Puan Roshannisa Che Kassim melepaskan jawatannya di sebuah firma perkapalan terkemuka setelah hampir 20 tahun berkhidmat untuk terjun dalam dunia bakeri. 

Selepas beliau berpisah dengan suami, beliau nekad untuk menceburkan diri dalam dunia keusahawanan demi masa depan anak-anaknya. Tambahan pula, anak sulung beliau adalah orang kelainan upaya (OKU).

Faktor utama yang mendorong ibu kepada tiga orang cahaya mata ini berniaga adalah rentetan kerjayanya sebelum ini yang membataskan masanya bersama anak-anak. Melalui perniagaan, beliau dapat memberikan lebih tumpuan dalam menguruskan mereka.

Permohonan Ditolak

Tiga kali permohonannya untuk mendapatkan bantuan sebagai ibu tunggal daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JIKM) ditolak. Namun, tidak sedikit pun mencarikkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan.

Bagi beliau, kegagalan itu membuka pintu rezeki yang lebih besar yang Allah kurniakan buat mereka sekeluarga melalui jalan perniagaan. 

Benarlah seperti mana kata Dato' Roslan. Apabila Allah pandang kita, dia berikan ujiian. Apabila kita REDHA pada pukulan pertama, itulah lapisan terbaik sebagai pelapik jiwa.

Ilmu

Tidak hanya bersandarkan kepada takdir, beliau berusaha menimba ilmu dengan menghadiri kursus berkaitan bakeri untuk menambah ilmu pengetahuan. Di samping menggilap bakat dan kemahiran yang tersimpan.


Modal Kecil 


Dua tahun yang lalu, beliau memulakan bisnes dengan hanya bermodalkan RM 20 di tangan. Kini beliau memiliki mesin pengadun dan pembakar roti yang lebih besar.  Pendapatan bersih yang diperoleh setiap bulan juga semakin meningkat.

Beliau juga bertindak menjadi pembekal bihun jenama Sufi untuk menambahkan lagi sumber pendapatan mereka sekeluarga.

Pasaran

Produk keluarannya telah pun mendapat tempat di beberapa buah sekolah di kawasan sekitar Seberang Perai, Pulau Pinang. Jangan terkejut kerana produk berasaskan roti keluarannya telah pun sampai ke Johor sekarang.

Selain menjual produk roti, beliau turut menerima tempahan lasagna berintikan ayam atau daging daripada masyarakat setempat. Harga lasagna ini bergantung kepada saiz bekas dan dijual pada harga RM 15 dan RM 35.

Sumbangan Kepada Masyarakat

Kesibukan dengan tugas dan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan perniagaan, sedikit pun tidak menghalang beliau untuk berbakti kepada komuniti setempat.

Impian beliau agar suatu hari nanti beliau dapat membina dunia keusahawan khusus untuk golongan ibu tunggal. 

Di samping melibatkan diri dengan kerja-kerja sosial, beliau juga diamanahkan untuk mengetahui bahagian pembangunan wanita di tempat tinggalnya.

Beliau turut mengambil inisiatif sendiri dengan menganjurkan Bengkel Demonstrasi Baking Roti pada bulan Februari yang lalu.

Harapan

Beliau mengharapkan agar lasagna keluaran H'aNNiSa Bakes dapat merebut tempat dalam pasaran halal melalui penyertaan kali pertama syarikatnya dalam Persidangan dan Pameran Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEC) yang lalu.


Kesimpulan

Semoga bisnes Puan Roshannisa akan terus berkembang maju dan akan dapat membantu lebih ramai ibu tunggal untuk berjaya seperti beliau.

Saya juga berharap agar kita semua dapat belajar  dan mengambil manfaat daripada kisah ini.



Monday, 5 May 2014

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google

Selalu sangat kita dengar pepatah sediakan payung sebelum hujan. Kalau hujan turun baru kita cari payung, alamatnya basah kuyuplah kita.

Samalah juga halnya dengan keadaan kewangan kita. Ramai orang tidak bersedia berdepan dengan segala macam kemungkinan pada masa hadapan. Contoh terdekat, GST.

Tanya diri kita, sejauh mana kita bersedia? Dengan GST yang hampir pasti akan dilaksanakan dan kita terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin menjerut kewangan kita.

Dalam situasi sekarang pun, kos sara hidup sudah cukup tinggi dan makin meningkat setiap hari. Ramai yang rasa selesa dengan satu sumber pendapatan yang mereka ada.

Agensi Kewangan dan Pengurusan Kredit (AKPK) mencadangkan agar rakyat Malaysia membuat kerja sampingan untuk menambah pendapatan. Ini susulan jumlah rakyat negara ini yang mempunyai masalah kewangan agak ramai.

Baru-baru ini saya ada terbaca dalam sebuah akhbar seorang bapa kepada mangsa tragedi MH370 yang terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menampung kehidupan. Kesian kan?


Dengan usianya yang sebaya ayah kita, masih lagi perlu bekerja. Bukan kerja tetap pula, kerja sambilan yang upahnya dibayar mengikut jam bekerja. Ada kerja, ada duit. 



Tidak ada sesiapa pun yang meminta tragedi ini berlaku. Beliau sendiri tidak menduga bahawa anak yang selama ini tempat mereka sekeluaga bergantung harap hilang tanpa khabar berita, tidak tahu entah di mana.

Kita pula bagaimana? Sampai bila kita ingin bersikap tunggu dan lihat? Masa tidak pernah menunggu kita. Jangan tunggu sampai tahap kewangan kita parah, baru kita ingin bertindak. 

Orang berjaya, mereka bertindak luar biasa. Mereka tidak bertangguh. Orang gagal, mereka bertindak biasa-biasa. Mereka luar biasa bertangguh. 

Jangan hanya bergantung harap kepada satu punca pendapatan saja. Keadaan hari ini memerlukan kita mempunyai dua sumber pendapatan sebagai sokongan (back up).

Jom jadi orang luar biasa. Apa yang membezakan kita adalah tindakan. Ambil peluang untuk menjana pendapatan tambahan supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.




Copyright to NOR ADILAH
Designed by UMIESUEstudio 2015