Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar : Google
“Ada
mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam. Masa arwah pakcik ada dulu,
dia pesan macam tu la. Hidup ni bukan lama mana dah pun. Jangan duk berkelahi
dengan anak menantu. Duk elok-elok.”
Dia
merenung jauh. Bagai ada sesuatu yang tersimpan jauh di sudut hati.
“Makcik
pun tak kisah. Allah bagi masa lapang banyak, bukan duk kena buat kerja apa
lagi dah. Anak-anak pun dah lepas semua. Kita pun umur pun dah hujung-hujung
ni. Buat amal ibadat la. Dulu-dulu nak pulun, kalut dengan anak-anak kecik.
Kita doa yang baik-baik sudahlah untuk depa.”
Muka
itu tak beriak.
“Pada
makcik, jadi la pagi-pagi anak mai jenguk. Petang balik kerja dia singgah. Makcik
selesa duk rumah sendiri. Lagi pun senang nak pi mengaji ka, dengar orang baca
kitab ka. Seronok boleh duk keluar tengok pokok-pokok, ayam, itik. Boleh duk
keluar peluh, badan pun sihat. Kalau duk saja tak buat apa pun, rasa macam nak
demam jugak.”
Saya
biarkan saja makcik itu berkata-kata.
“Mintak
maaf nak. Makcik cakap banyak.”
“Eh,
tak pa makcik. Tak ganggu pun. Saya pun tak buat apa.” Saya senyum.
Sebelum
pulang, saya katakan kepadanya.
“Makcik
untung sebab ada anak yang soleh dan menantu yang solehah.” Saya hulurkan
tangan bersalam dengan dia sebelum saya meminta diri untuk pulang.
Saya
lihat matanya berkaca. Adakah saya tersalah kata? Ya Allah ampunkanlah saya
andai kata-kata saya tadi menghiris hatinya.
Sebelum
saya melangkah saya sempat menjeling menantunya yang duduk di hujung kerusi
panjang itu. Sejak dari tadi dia di situ. Sibuk dengan telefon di tangan. Alangkah
beruntungnya dia kerana mendapat ibu mertua yang baik hati.
Kepala
saya sarat dengan persoalan. Niat saya cuma sekadar menyapa apabila makcik itu
duduk di sebelah saya. Seingat saya, saya cuma bertanya dua perkara. Pertama,
makcik tinggal di mana? Kedua, adakah makcik datang dengan anak? Tidak saya
sangka, pertanyaan yang hanya sekadar untuk berbahasa basi bertukar menjadi
sesi luahan hati. Barangkali perkataan ‘anak’ itu menjentik hati tuanya.
Terima
kasih ya Allah kerana mendidik aku melalui makcik tua itu. Sungguh halus
teguranmu ya Allah.
Astaghfirullah.
No comments:
Post a Comment