Monday 19 May 2014

Amalan Kawal Kemarahan

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori

Amalan-amalan dalam mengawal kemarahan.

1. Ambil wuduk

2. Tukar posisi
    Kalau berdiri, duduk. Kalau berada dalam bilik, keluar ke ruang tamu.

3. Solat
    Niat untuk solat mutlak 2 rakaat.

4. Selawat
    Selawat banyak-banyak kerana selawat adalah penyejuk.

5. Zikir
    Banyakkan berzikir Ya Latif.

6. Bernafas
   Tarik nafas panjang-panjang. Baca surah At-Takwir ayat 18 dan tarik nafas. Kemudian hembus.


Sumber : Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin

Sunday 18 May 2014

Ulasan Kelas Asas Blog Bisnes

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori

Assalamualaikum.

Teruja dengan pencapaian seorang  rakan saya dalam Akademi Bekerja Di Rumah yang mengikuti kelas asas blog bisnes. Beliau bukan hanya menggunakan blog sebagai medium pemasaran untuk mendapatkan tempahan jahitan, malah beliau juga berjaya menghasilkan Nota Panduan Asas Jahitan yang turut ditempah oleh pelanggan yang berada di luar negara. Hebat bukan? Rezeki Allah ada di mana-mana.
Sumber : http://angiefarhana.blogspot.com/

Bissmillahirohmanirohim
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali syukur kehadrat Allah SWT kerana masih lagi meminjamkan segala kegembiraan yang tidak terhitung buat saya. Selawat serta salam ke atas Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, saya masih lagi dalam proses menyiapkan entri yang entah bila akan siap ini. Jiwa sebenarnya nak sangat menyiapkan entri ini dengan cepat seperti rakan yang lain, tetapi seperti orang lain ada sahaja halangan. Namun sebenarnya jangan kita jadikan halangan itu satu alasan untuk melakukan sesuatu.



Alhamdulillah hari ini juga saya sangat-sangat gembira dan teruja untuk meneruskan usaha untuk menjadi salah seorang yang berjaya seperti mereka. Hari ini saya telah mendapat bayaran tempahan Nota Panduan Jahitan Asas saya yang pertama. Apatah lagi, saya sangat-sangat terkejut mendapat tahu yang dia bukannya di Malaysia tetapi di US. Menurut katanya, di sana kalau hendak belajar satu jenis baju, kena bayar dalam 200 dollar bersamaan rm500. Masyallah!.. Inilah yang dikatakan kalau memang Allah dah tetapkan rezeki untuk kita, sejauh langit dan bumi pasti akan tiba.




Mungkin juga kerana selama ini saya yakin dengan kita solat dhuha, insyaallah rezeki kita akan terbuka luas untuk kita. Sepertimana setiap kali kita berdoa ketika lepas melakukan solat dhuha, Ya Allah perluaskanlah rezekiku, jika reziki ku ada di langit turunkanlah untukku, jika ada di bumi keluarkanlah untukku, jika jauh dekatkanlah untukku, jika susah permudahkanlah untukku, jika sedikit perbanyakkanlah untukku dan jika haram maka halalkanlah untukku. Ya Allah, jika aku lalai peringatkanlah aku dan permudahkanlah aku membuat kebaikan dunia dan akhrat. Aamiiin..



Saya rasa ramai yang berdoa seperti itu kan. Apa pun dunia hanya persinggahan sementara. Sebagai manusia biasa kita banyak menghadapi pelbagai masalah yang berbeza. Tapi yakinlah setiap yang kita lakukan dan apa sehaja yang berlaku sama ada yang gembira atau yang tidak menggembirakan itu semuanya ujian untuk kita. Berbalik pada Ulasan ini.


Jika diungkapkan dengan kata-kata sukar untuk saya nyatakan, betapa saya sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kerana dapat menjadi salah seorang rakan Akademi Berkerja Di Rumah. Syukur sangat-sangat Allah permudahkan saya memahami penerangan yang diberikan oleh guru online saya Pn Normi M. yusof. Dengan kesabaran guru yang mengajar saya kerana bukan sekali dua bertanya itu ini. Guru pening anak murid pun pening. Tetapi akhirnya dapat juga diselesaikan tugasan yang diberikan dengan penuh kesabaran. Lagipun menuntut sesuatu ilmu mana ada yang senang kan. Kini melihat hasil dalam blog saya wow!! bestnya...cantiknya...macam-macam lagilah keluar di mulut. Suami pun kata o..gitu caranya baru tau. Apatah lagi dengan terhasilnya Panduan menjahit secara online ini, dapat pula pelanggan pertama dari US. Yang lucunya panduan belum siap sepenuhnya tetapi pelanggan dah bayar. Apa lagi bertambahlah semangat.

Sejujurnya saya sangat-sangat berterima kasih tidak terhingga kepada usaha guru online saya Normi M Yusof yang sentiasa bersemangat memberi tunjuk ajar dan begitu juga atas sokongan guru-guru online seperti Masayu Ahmad, Aishah Hussien dan lain-lain. Terima kasih Guru.

Jika saya yang ilmu cetek ini boleh melakukan sesuatu, saya pasti anda diluar sana yang mempunyai ilmu yang lagi hebat dari saya mesti mampu buat yang lebih baik dari saya. Apa yang anda perlukan jadilah salah seorang rakan Akademi kami. Insyaallah manalah tahu dah tertulis anda mampu merubah hidup. Malu rasanya meluahkan kata-kata seperti ini, kerana kita belum tahu kesudahan benda yang kita lakukan tetapi rezeki masing-masing kita tak tahu. Mungkin rezeki anda lagi lebih dari saya.
Aamiiin..

Jadi mereka yang berminat, boleh mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Berikut adalah pilihan kelas yang ditawarkan.
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar- Bengkel offline 10 Mei 2014
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat
8. Pendaftaran pengurus online

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 3 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory
PM saya untuk sertai ABDR apabila sudah sedia.

Untuk pendaftaran, hubungi saya.
Facebook (pm) : Nor Adilah
Email : noradilah.ahmadshokori@gmail.com
SMS : 016- 461 4541


Friday 16 May 2014

Terima Kasih Cikgu

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori

Cita-cita dan impian saya untuk menjadi guru adalah salah satu impian saya yang tidak kesampaian. Pastinya perancangan Allah lebih baik.

Perjalanan saya bergelar pelajar penuh warna. Warna ceria berselang seli tompokan duka merata-rata. Biarlah tersisip kemas dalam lipatan hidup saya.

Saya tidak pandai menyatakan rasa hati saya. Cuma sekadar ucapan terima kasih atas segala budi dan jasa pada semua guru saya. Termasuk guru pengalaman di sekolah kehidupan.

Saya doakan kalian diberikan kebaikan dunia dan akhirat. Dihapuskan segala dosa dan diberikan sebaik-baik tempat di dalam syurga.

Terima kasih cikgu! Selamat hari guru.



Thursday 15 May 2014

Jualan Laku Untung Lesap?

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar : Google




Ramai orang yang buat bisnes dan bisnes mereka laku macam goreng pisang panas. Tapi malangnya ramai orang melakukan 9 kesilapan besar yang menyebabkan untung mereka lesap.

9 Kesilapan Utama Usahawan Bisnes Kecil

1. Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes.

2. Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan                 keuntungan (dilakukan dari awal mula bisnes).

3. Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri.


4. Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah.


5. Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan.

6. Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang     tepat, menyebabkan tidak ada wang keuntungan.

7. Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian         wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung.

8. Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan     tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat.

9. Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak     di dalam tangan.


Kisah Seorang Peniaga 

Pernah seorang pengusaha sos cili kecil-kecilan memberitahu saya, untung yang beliau peroleh tidak seberapa walaupun jualan produk beliau laku. Apabila disoal dengan lebih mendalam, saya dapati bahawa beliau sebenarnya bukan untung kecil tetapi tidak ada untung langsung. Bahkan rugi.

Sungguh menyedihkan kerana beliau berniaga kerana ingin membantu suaminya, menambah pendapatan keluarga. Sebaliknya pula yang berlaku. Suaminya terpaksa menggunakan wang gajinya untuk menampung kos-kos tersembunyi dalam bisnes beliau.

Kos-kos tersembunyi yang beliau tidak ambil kira semasa meletakkan harga adalah kos pengangkutan (caj penghantaran produk ke rumah pelanggan) serta kos air dan elektrik yang digunakan.

Apabila saya membuat kiraan semula, saya dapati harga jualan sos cili beliau adalah lebih rendah daripada harga kos. Kenapa ini berlaku? Kerana sikap peniaga yang suka main agak-agak.

Justeru, perlunya kita memiliki ilmu dalam tentang cara mengira kos yang sebenar. Ini bukan kes terpecil. Banyak lagi kes-kes yang hampir serupa sebenarnya berlaku.

Tuntut Ilmu

Nadi sesebuah perniagaan adalah aliran tunai. Catat, catat dan catatlah. Catat wang keluar masuk dalam perniagaan kita. Simpan segala resit yang kita ada.

Tetapi semua itu memerlukan ilmu. Tanpa ilmu yang betul, segala catatan dan simpanan dokumen kita tidak dapat membantu bisnes kita.

Sesebuah perniagaan yang berjaya bergantung kepada angka-angka kewangan sebab angka-angka tersebut mempunyai maknanya tersendiri dalam menilai prestasi bisnes dan membantu kita dalam membuat keputusan perniagaan.

Kami Tunjukkan Cara Urus Kewangan Dengan Tepat

Dalam Bengkel Asas Akaun, para peserta ditunjukkan cara praktikal untuk mengurus akaun dengan tepat dan menjejak semula keuntungan berganda.

Oleh itu, pihak kami (Akademi Bekerja Di Rumah) sangat berbesar hati untuk mengajak tuan/puan bersama-sama mendalami ilmu ini dalam Bengkel Asas Akaun yang akan diadakan pada bulan depan.


[Bengkel Offline Asas Akaun]

Pendaftaran untuk bulan Jun kini dibuka.

Tarikh: 14.06.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9 pagi -5 petang
Yuran : RM 220
Makan tengahari dan air mineral disediakan.

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
    case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Daftar sekarang. Tempat terhad untuk 50 orang sahaja.
Pendaftaran boleh dibuat melalui saya.
Facebook (pm) : Nor Adilah
Email : noradilah.ahmadshokori@gmail.com
SMS : 016- 461 4541



Wednesday 14 May 2014

Ulasan Bengkel Asas Akaun

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori

Alhamdulillah, Bengkel Asas Akaun pada 10 Mei yang lalu telah pun berlangsung dengan jayanya. Khabarnya, walaupun peserta kelihatan penat, namun nampaknya mereka sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari.

Cik Puan Zunairah Abdul Ghani berkongsi pengalaman beliau mengikuti bengkel ini.

Pada 10 Mei baru-baru ini, saya memandu seorang diri ke Shah Alam dari Sabak Bernam untuk menghadiri kelas asas akaun anjuran akademi bekerja dari rumah.

Pada tanggapan saya ia hanya kelas asas simpan kira yang biasa.  Saya daftarkan diri untuk memenuhi keperluan perkhidmatan dan juga keperluan perniagaan saya. Saya tiba di Shah Alam setengah jam sebelum kelas bermula. Permulaan kelas, saya sudah merasakan kelas kali INI berbeza.

Ada aktiviti regangan yang menarik.  Penceramahnya juga bijak mengendalikan audien. Penceramah merupakan akauntan yang berpengalaman menguruskan akaun - akaun syarikat. Jadi mudahlah dia memberikan contoh - contoh dan masalah yang sering dihadapi peniaga.Pn.Khadijah merupakan penceramah yang berpengalaman mengendalikan kelas - kelas akaun seperti yang saya hadiri ini. Rupanya, nak tetapkan harga pun ada caranya.

Saya juga aktif mengambil bahagian di dalam kelas. Rupanya, mudah je urus akaun ini.  Terima kasih kepada penceramah yang memberikan kefahaman kepada saya betapa mudahnya mengurus dan mengendalikan asas simpan kira. Baru saya tau apa gunanya buku 555. Kalau nak tahu, jemput daftar kursus ini.  Berbaloi saya memandu jauh - jauh.  Insya allah dah boleh ajar pelajar buat Rancangan Kewangan dalam subjek Perusahaan Makanan, Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan.



Bagi mereka yang terlepas peluang untuk mengikuti Bengkel Asas Akaun ini, Akademi Bekerja Di Rumah akan mengadakan bengkel yang sama pada bulan Jun. 

[Bengkel Offline Asas Akaun]

Pendaftaran untuk bulan Jun kini dibuka
Tarikh: 14.06.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9 pagi -5 petang
Yuran : RM 220
Makan tengahari dan air mineral disediakan.

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.
Daftar sekarang. Tempat terhad untuk 50 orang sahaja.


Oleh itu, kami menjemput mereka yang berminat untuk menyertai bengkel ini untuk menempah tempah anda dengan segera. Pendaftaran boleh dibuat melalui saya.

Ingin mendapatkan ebook yang sesuai untuk bacaan anda ?
Ingin belajar cara asas menulis blog, fanpage & beriklan di mudah.my ?
Ingin menjana pendapatan dengan hanya duduk di rumah ?

Hubungi Adilah untuk:-
KHIDMAT NASIHAT PERCUMA
dan
PELUANG BISNES BERSAMA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH!!!

Facebook (pm) : Nor Adilah
Email : noradilah.ahmadshokori@gmail.com
016- 461 4541


Kisah Burung, Cacing dan Cicak

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar : Google

Kita hairan melihat gelagat manusia. Baru diuji sedikit, mereka sudah mula menyalahkan Allah. Mari kita belajar daripada binatang di sekeliling kita.

Cuba kita lihat burung. Burung tidak pernah salahkah Allah atas kekurangan rezekinya. Setiap pagi burung keluar mencari rezeki. Pulangnya ke sarang pada waktu petang belum tentu membawa makanan. Kadang-kadang makanan itu hanya cukup untuk anak-anak dan tidak ada bahagian untuknya.



Tetapi seekor burung tidak pernah kecewa dalam hidup. Tidak pernah kita lihat seekor burung membunuh diri. Bahkan saban hari burung tetap berkicau seolah-olah tidak ada masalah dalam hidupnya. Padahal rezekinya belum terjamin. Tidak seperti sesetengah manusia yang ada pencen dan simpanan untuk masa depan.

Perhatikan pula cacing yang hidupnya dalam tanah. Cacing ini tidak mempunyai kaki, tangan dan buta matanya. Dengan status cacing ibarat OKU (orang kurang upaya) total, cacing tidak pernah bunuh diri. Malah cacing yang hidup dalam tanah, gemuk-gemuk belaka.

Bagaimana pula dengan cicak? Kalau nak ikut marah, cicak berhak untuk marah kerana cicak tidak boleh terbang, hanya boleh boleh merayap. Tetapi Allah jadikan lidah cicak fleksibel, lidahnya boleh mencapai apa yang sedang terbang. Cicak bersyukur dan tidak pernah marah pada Tuhan.

Patutkah kita marah? Patutkah kita menyalahkan Allah bila kita diuji? Jawapannya tidak! Kerana hidup adalah ujian dan kita hamba memang layak untuk diuji.




Tuesday 13 May 2014

Orang Tenang

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori

Sekiranya kita diberikan 2 pilihan dalam hidup, yang mana satukah yang kita akan pilih?

Pilihan 1 : Kita memiliki segalanya.
Pilihan 2 : Kita berasa tenang tidak kira apa jua yang kita ada.

Majoriti akan memilih pilihan yang kedua. Kenapa kita memilih untuk tenang? Ini kerana tujuan sebenar kita ingin memiliki rumah yang cantik, pasangan yang baik, kenderaan yang elok, anak-anak yang baik bertitik tolak daripada keinginan kita untuk beroleh ketenangan.

Orang yang paling bebas ialah orang yang paling tenang dalam apa jua situasi. Dalam dunia ini ada 3K yang kita inginkan iaitu kebebasan, ketenangan dan kebahagiaan.

Bagaimanakah caranya untuk kita mendapat 3K ini? Cara yang sangat mudah iaitu dengan memberi kepada orang lain. Kalau kita inginkan ketenangan maka kita kena tenangkan orang. Inilah teorinya.

Tahap ketenangan kita boleh diukur dengan melihat emosi kita pada waktu pagi. Jika kita tidak tenang dan serabut maksudnya kita ada sesuatu yang tidak kena pada diri kita. Boleh jadi kerana kita banyak dosa, tidak memaafkan orang lain atau pun kita sangat ego.

Perlu kita ingat bahawa orang ego adalah orang yang sombong dan orang sombong tidak akan tenang. Mereka tidak tenang kerana orang yang sombong adalah orang yang tidak taat kepada Allah serta tidak mahu mengikut hukum Allah. Orang begini akan mengundang kemurkaan Allah.

Sedangkan hati dan jiwa kita berada di dalam genggaman Allah. Tidak ada benda yang berlaku di luar boleh menentukan dalaman kita. Allah yang Maha Berkuasa yang menggenggam langit dan bumi. Dia jugalah yang menggenggam hati kita.

Sesungguhnya orang tenang sentiasa akan menang. Tetapi orang takut tidak akan menang. Orang dengki tidak akan menang. Orang marah tidak akan menang. Orang dendam tidak akan menang. Orang dendam tidak akan menang. Orang tamak tidak akan menang.

Orang yang tidak tenang adalah orang yang mempunyai banyak emosi negatif. Takut adalah emosi negatif. Maka sepatutnya kita hanya takut kepada Allah. 

Ayuh kita audit diri kita, berapa kali kita menyebut perkataan-perkataan ini. Takut, risau, kalau, tapi, nanti macam mana, kenapa, boleh ke, 'ye ke' dan 'betul ke'.

Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku (QS al-Fajr [89]: 27-30).

Wallahu'alam.




Copyright to NOR ADILAH
Designed by UMIESUEstudio 2015