Tuesday, 3 June 2014

Kesan Pemasaran Melalui Blog Terhadap Bisnes Online

Saya mula melibatkan diri dalam bisnes secara online pada tahun 2011. Sebelum itu pada tahun 2008-2009 saya ada membuka kedai menjual pakaian dan mengambil tempahan jahitan serta membuat kursus belajar menjahit. Kedai ini diusahakan bersama sahabat saya tetapi terpaksa ditutup kerana masalah pekerja dan kami masing-masing ada komitmen baru. Jadi selepas bersalin suami meminta saya menjaga sendiri anak di rumah. Bermula dari situ saya mula mencari peluang bisnes dari rumah.

Saya menyertai bisnes secara dropship tanpa modal di internet. Produk dropship agak bagus malangnya saya tidak pandai bahagian pemasaran. Kemudian saya pergi ke kursus belajar FB ads untuk beriklan di facebook. Setelah faham cara beriklan di facebook, saya ditemukan dengan sahabat saya yang belajar di USM dahulu yang telah menjadi pemborong barangan kanak-kanak. Apalagi saya terus menjadi agennya dan berbekal ilmu FB ads saya berjaya mendapat untung bersih mencecah 4 angka, dan kini saya menjadi pemborong pula. Tetapi sejak akhir-akhir ini FB semakin mengetatkan polisi iklan dan kos iklan di facebook semakin mahal.

Kemudian saya ditemukan dengan kak Masayu Ahmad yang sering bercerita tentang Akademi Belajar Dari Rumah di facebooknya. Saya berasa begitu tertarik dengan konsep ini lantas terus berdaftar kursus asas blog dan penulisan dengan beliau. Saya diwajibkan melengkapkan 44 entri sebagai tugasan utama tetapi selepas beberapa entri saya hilang fokus dan blog ini terbiar.

Tetapi apa yang mengejutkan saya apabila saya dihubungi ramai ibubapa yang menemukan blog saya dan ingin membeli set membaca daripada saya selepas saya bercerita di blog tentang ajar anak membaca. Ini benar-benar membuka dimensi baru buat saya. Rupanya pemasaran melalui blog sangat besar kesannya dan lebih diyakini. Tetapi jika buat blog sendiri secara individu tentu kesannya tidak sebaik berblog melalui Akademi Bekerja Dari Rumah ini. Sebabnya sebelum ini juga saya ada blog sendiri untuk jualan tetapi tiada pengunjung.

Namun dengan menyertai Akademi ini, saya mendapat jaringan bines yang luas dan capaian blog saya lebih tinggi kerana ada lebih 600 blog yang bergabung dan saling membantu sesama ahli akademi untuk menaikkan blog kita di google. Dengan ini kita akan mendapat lebih ramai pelawat dan tentu sekali lebih ramai pelanggan! Nasihat saya, jika ingin berbisnes online jom bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Dari Rumah.


Bergabung bersama 750 blog di ABDR.
1. Kelas Asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar - Bengkel offline 14 Jun 2014
Pendaftaran akan ditutup pada 9 Jun 2014.
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat terhad untuk 30 orang sahaja.
8. Pendaftaran pengurus online
Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada.
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari.
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami 700 blog

 PM saya untuk sertai ABDR apabila sudah sedia.

Facebook : Nor Adilah
Email      : noradilah.ahmadshokori@gmail.com
SMS       : 016 - 4614541

Monday, 2 June 2014

Kenapa Hanya 9/10 Punca Rezeki Daripada Perniagaan?

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori

"Lambat datang kelas hari ni Din? Kelas dah start setengah jam, baru kamu sampai."

"Boleh saya duduk dulu ustaz? Penat la ustaz. Hari ni banyak sangat order. Saya bawa motor habis laju dah tu."

"Kamu berniaga ayam kan? Hebat kamu ni, bisnes ayam sambil sambung master. Kamu semester berapa?"

"Ya, ustaz. Saya bisnes ayam segar. Siapa nak beli ayam, boleh order dengan saya. Promote sikit ye ustaz? Siap delivery lagi. Ni semester akhir ustaz. Ustaz tolong doa saya lulus. Ustaz pun tolong la bagi saya lulus paper ustaz."

Gelak.

"Bagus Din. Saya suka kamu berniaga. Sembilan per sepuluh rezeki daripada bidang perniagaan. Tapi kamu tahu tak kenapa tak disebut sepuluh per sepuluh rezeki ada dalam bisnes? Kalau banyak sangat rezeki tu, lebih baik sebut sepuluh per sepuluh saja kan?"

"Satu per sepuluh lagi dalam kerja makan gaji ustaz. Kalau sepuluh per sepuluh, maknanya orang makan gaji tiada rezeki pula," balas Din berseloroh.

"Itu satu sisi, masih ada sisi yang lain untuk kita kutip sebagai peringatan. Satu per sepuluh ini ingatan dan amaran untuk para peniaga supaya jujur dalam bisnes. Rezeki yang banyak memang Allah tetapkan melalui jalan bisnes. Disebabkan mengejar rezeki yang banyak inilah yang menyebabkan ramai menyeleweng. Jangan menipu dan ambil kesempatan atas pelanggan. Ingat amaran Allah kepada peniaga yang tidak amanah. Di mana tempat untuk mereka ini?" tegas ustaz dengan wajah yang cukup serius.

"Saya tak menipu pelanggan, ustaz. Kadang saya lebihkan timbangan untuk mereka."

"Alhamdulillah. Senang hati saya. Ada satu lagi perkara yang saya nak tanya kepada kamu? Kamu tahu tak ayam kalau sembelih pun boleh jadi bangkai? Jaga-jaga bab ni. Saya selalu tengok dekat pasar, ramai yang berniaga ayam ambil mudah hal ni."

"Cuba ustaz huraikan, saya kurang jelas," Din nampak keliru.

"Kamu sembelih sendiri ayam atau siapa yang buat?"

"Saya ada pekerja. Kalau tak menang tangan, baru saya tolong," Din menjelaskan.

"Ok, kamu sembelih ayam lepas tu ayam (yang telah disembelih) kamu lempar ke dalam bakul. Kamu sembelih lagi, lempar lagi masuk bakul. Macam tu prosesnya kan, berulang-ulang kali? Sampai penuh bakul. Betul tak?"

"Kamu pasti ayam yang kamu sembelih mati kerana disembelih? Atau sebenarnya ayam yang kamu sembelih itu belum sempat mati kerana disembelih tapi mati kerana dihempap oleh ayam-ayam lain di atasnya. Pendek kata mati kerana sesak nafas."

"Tak pastilah ustaz. Saya tak check pun."

"Din, kamu kena ambil tahu tentang ni. Balik nanti tolong check. Cari jalan dan cara untuk pastikan betul-betul. Kita nak cari rezeki yang halal. Buat apa kalau kita senang dunia, akhirat esok kita merana. Saya nak pesan kepada kamu, kamu kena mengaji ilmu agama juga, jangan mengaji bab dunia saja ye."

--------------------------------------------------------------------
 
Selamat datang pelajar Jun 2014, Alhamdulillah menghala 1000 pendaftaran. 11 guru online dedikasi bertugas. Boleh sertai mana-mana kelas berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog mula bisnes
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas borong telekung solat.
5. Kelas akaun online offline
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran agen makanan sunnah (kurma, tin, zaitun,etc) projek duit raya 
http://projekduithariraya.blogspot.com/
8. Tempahan blog bisnes
9. Pendaftaran pengurus online
10. Boleh beriklan dengan kami puatan 700 blog.
Keterangan ada di sini ww.akademibekerjadirumah.com juga baca di sini, 
Pendaftaran dan pertanyaan boleh terus melalui saya.
Facebook : Nor Adilah
Email       : noradilah.ahmadshokori@gmail.com
SMS         : 016 - 461 4541
 



Saturday, 31 May 2014

Kerja Kosong I Pengurus Online/Rakan Niaga

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori

Assalamualaikum.

Berita gembira untuk anda yang masih mencari peluang pekerjaan. Kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) menjemput anda menyertai kami. Terbuka kepada semua termasuk suri rumah dan suri bekerjaya yang ingin menjana pendapatan tanpa perlu keluar dari rumah.

Peluang bekerja di seluruh Malaysia dan di mana saja. Syaratnya anda mempunyai kemudahan internet. Kelulusan akademik tidak diperlukan.

Tugas pengurus online adalah sangat mudah. Hanya perlu mempromosikan produk dan servis anjuran ABDR:

1. Produk digital (e-book)
2. Perkhidmatan kelas online
3. Bengkel
4. Upah membuat blog
5. Pakej iklan

Semua maklumat dan bahan promosi dibekalkan serta anda akan dibimbing oleh guru kelas yang berpengalaman. Anda akan menerima komisen melalui pendaftaran setiap perkhidmatan dan produk.
Apa yang menariknya, sebagai rakan niaga, kalian akan diberikan bimbingan dan latihan menggunakan blog dan facebook sebagai medan utama pasaran. Mempromosi produk-produk akademi di blog melalui latihan penulisan di blog masing-masing.  Blog yang dihasilkan juga bukanlah spesifik untuk mempromosi produk akademi sahaja. Rakan niaga akan dianalisa terlebih dahulu sebelum memulakan blog. Blog yang dihasilkan juga adalah melalui kemahiran, minat dan kepakaran masing-masing berdasarkan analisa jawapan yang diberikan.
 
Produk akademi pula ialah pakej ebook, kelas online dan sewaan tapak iklan (soho directory). Kesemua produk ini atas talian sahaja, tanpa perlu kita menguruskan, mengambil stok dan menghantar barangan melalui pos laju. Produk juga merupakan permintaan sepanjang tahun yang sangat-sangat diperlukan oleh semua orang.
 
Rakan niaga akademi akan dilatih melalui kelas asas blog bisnes. Kalian juga akan dimasukkan dalam kumpulan belajar khas, yang mana bimbingan dan latihan akan diberikan setiap masa. Juga bahan promosi yang akan diberikan. Yang tinggal, kalian hanya perlu buat sahaja. Dengan istilah mudah tiru dan ikut sahaja apa yang telah diajar.  Konsisten, fokus dan sungguh-sungguh.
 
Lagi kelebihan rakan niaga, yang lebih penting dan saya kira ini faktor utama bagi mereka yang memilih bisnes yang ingin dilakukan ialah, modal yang perlu dikeluarkan untuk menjadi rakan niaga hanyalah yuran sekali bayar sahaja. Yuran kelas sebagai rakan niaga akademi, dan secara automatik kalian terus akan menjadi alumni akademi bekerja di rumah. Sebagai rakan niaga, kalian layak untuk menjana pendapatan dengan mempromosi ketiga-tiga produk utama ABDR. Komisen akan diberikan kepada yang berjaya membuat jualan.
 
Rakan niaga akademi ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu memulakan bisnes dengan modal yang sangat minima tanpa pengulangan modal setiap bulan. Juga tanpa perlu bersusah payah meninggalkan anak-anak di rumah untuk menguruskan bisnes ini. Yang penting hanya perlu ada komputer/ laptop / telefon canggih dan talian internet. Kalian juga tidak perlu fikirkan produk apa yang sesuai untuk dijual lagi. Kerana ABDR telah pun menyediakan produk yang sememangnya khusus permintaan sepanjang tahun.
 

 
 
Satu panduan lengkap Rakan Niaga akan diberikan kepada mereka yang mendaftar. Inshaallah saya akan bimbing kalian bagi membina platform untuk mula.

Apa yang anda dapat dengan menjadi Rakan Niaga?
Anda akan belajar membina platform, iaitu satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja. Kalian juga akan belajar membina satu fanpage.

Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Blog Rakan Niaga akan tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook
5. Ruang Periklanan
6. Borang Tempahan

Anda tidak perlu keluar rumah, hanya bisnes di hujung jari. Samada secara sepenuh masa atau secara sambilan.


Hubungi saya :
Facebook : Nor Adilah
Email : noradilah.ahmadshokori@gmail.com

SMS <PENGURUS> dan hantar ke 016- 461 4541



Friday, 30 May 2014

3 Nasihat Bisnes Untuk Usahawan

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori

Seronok melihat rakan-rakan mula melibatkan diri dalam perniagaan. Setiap seorang daripada mereka mesti mempunyai impian untuk melihat perniagaan mereka berkembang maju. Malangnya, tidak semua usahawan berjaya dalam pernigaan.

Banyak juga cerita-cerita kegagalan yang melatari dunia keusahawanan. Tuan Ann Wan Seng, penulis buku Rahsia Bisnes Orang Cina memberikan nasihat untuk para usahawan sebagai bekalan.


Fokus Satu Perniagaan

Salah satu kesilapan yang dilakukan oleh usahawan yang baru mula berniaga ialah mereka tidak memberikan tumpuan kepada satu-satu perniagaan. Sikap terburu-buru untuk melakukan pelbagai bisne serentak menyebabkan mereka hilang fokus.

Justeru, usahawan-usahawan baru dinasihatkan untuk menceburi dan fokus hanya satu perniagaan dalam satu-satu masa sebelum beralih kepada cabang perniagaan yang lain. Dengan itu, mereka dapat menguasai dan membina sesuatu perniagaan dengan baik lagi kukuh.


Bagi Pelanggan Buat Pilihan

Pelanggan adalah raja. Oleh itu, berikan layanan yang mesra dan perkhidmatan terbaik dalam berurusan dengan mereka. Pelbagai kerenah pelanggan yang terpaksa kita hadapi, jadi tangani kerenah mereka dengan sebaik-baiknya.

Usahawan perlu mengawal emosi meskipun pelanggan mempamerkan emosi negatif dan mencetuskan provokasi. Jangan sesekali paksa pelanggan menurut kehendak kita. Sebagai peniaga, kita boleh memberikan cadangan tetapi biarlah mereka membuat keputusan sendiri.

Hargai dan raikan pelanggan kita. Kumpul dan simpan database pelanggan untuk kegunaan bisnes kita. Misalnya, hantarkan ucapan hari lahir dan berikan potongan harga sempena hari lahir mereka. Pelanggan tentu suka dan akan datang lagi untuk membeli daripada kita.


Sentiasa Belajar


Jangan mudah berpuas hati. Ramai usahawan yang mudah leka apabila berada di zon selesa. Kejayaan yang diperoleh sewajarnya melonjakkan lagi semangat dan usaha keras untuk lebih berjaya.

Sentiasa berusaha untuk menambah ilmu. Tidak cukup hanya sekadar membaca buku. Ilmu bisnes boleh didapati melalui pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Ilmu sebegini mahal harganya kerana tidak bergantung kepada teori tetapi dibuktikan melalui praktikal.

Pentingnya berguru dan mempunyai mentor yang telah berjaya supaya dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dalam dunia perniagaan. Ini akan mendorong dan memotivasikan usahawan untuk menetapkan impian dan matlamat yang lebih besar supaya tidak hanya dibuai dengan kejayaan pada masa sekarang.


***********************************************************

Bagi mereka yang mahu mula menggunakan blog, untuk mula berkongsi minat, hobi dan kepakaran boleh mula menulis berdasarkan analisa soalan yang akan diberikan dalam kelas online blog. Kenapa analisa penting? Untuk melihat apa sebenarnya yang perlu kita tulis, dan untuk kita lebih fokus menulis di blog supaya kita akan sentiasa konsisten, mudah mencari bahan penulisan dan seterusnya dapat menggunakan kemahiran dan minat kita untuk mula menghasilkan pendapatan.

Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
9. kelas blog borong telekung solat
10. kelas penulisan ebook premium
11. pendaftaran projek duit raya http://projekduithariraya.blogspot.com/

Pendaftaran Kelas Online/Offline Blog dibuka setiap hari. Hubungi saya.
Facebook : Nor Adilah
Email : noradilah.ahmadshokori@gmail.com
SMS : 016 - 461 4541
 AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH
Nor Adilah Ahmad Shokori
Pengurus Online
 Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) 



Thursday, 29 May 2014

Kesilapan Dalam Mengira Keuntungan Perniagaan

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori

Apakah perbezaan untung kasar dan untung bersih? Bagaimana caranya kita mengira untung? Adakah kita menggunakan cara yang BETUL dalam mengira dan menentukan UNTUNG? Perhatikan situasi di bawah.

Situasi :
---------
Siti Nurhaliza menjalankan perniagaan produk Jamu Kak Dara.

Harga jualan sebotol Jamu Kak Dara : RM100.00

Harga kos sebotol Jamu Kak Dara : RM 70.00

Untung kasar sebotol Jamu Kak Dara : RM30.00
 

---------
Kesilapan yang Siti Nurhaliza lakukan adalah dia menganggap RM30.00 itu adalah Untung Bersih lalu mengeluarkannya dari wang perniagaan dan menggunakan wang itu untuk keperluan peribadi. (Seperti yang biasa kita lakukan. Kan?)

Dia terlupa untuk mengambil kira kos tol/petrol menguruskan stok Jamu Kak Dara. Dia terlupa mengira kos pemasaran yang telah buat untuk memasarkan produknya. Dia lupa kos bil eletrik penggunaan laptop dan juga bil internet. Dia sangkakan dia untung, hakikatnya dia hanya kerugian masa dan tenaga. Wang apatah lagi. Rugi. Negatif.

Belajar baik pulih akaun bisnes :
Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 14/6/.2014
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9pg -5ptg
Yuran: RM220

Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Bagi yang berminat, boleh mendaftar melalui saya.
Caranya:

SMS <BENGKEL AKAUN> dan hantar ke 016- 461 4541

Wednesday, 28 May 2014

Anak Pensyarah Jual Kuih

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar : Google

Pensyarah saya bercerita, beliau paksa anaknya belajar dan buat kuih raya untuk dijual. Alasannya mudah, anaknya hidup terlalu selesa. Nak duit hanya minta saja. Tidak tahu susahnya ibu bapa mencari duit. Biar dia kenal erti susah, biar dia belajar erti hidup.

Saat kawan saya bertanya, "Prof tak segan orang mengata?" Beliau ketawa. "Orang mengata anak pensyarah jual kuih?" Soalan dijawab dengan soalan. "Biarlah orang nak kata. Berapa lama orang nak mengata? Esok-esok dah penat, mereka berhentilah. Saya lagi malu kalau anak saya tak tahu nak buat apa-apa dalam hidupnya."

Beliau dan suami bukanlah tidak mampu tapi mereka memandang jauh ke hadapan. Mereka punya misi dan visi sendiri dalam membentuk anak ini. Beliau tidak kisah apabila orang mula mengata dan mempertikaikan keputusannya yang dilihat seolah-olah tidak berduit.

Bagaimana beliau merencana perjalanan anaknya dalam bidang usahawan? Pada mulanya, beliau hantar anaknya untuk belajar cara membuat kuih tat nanas. Anaknya hanya perlu membuat dan menjual satu jenis kuih sahaja pada bulan Ramadan dan Syawal.


Berdepan dengan cakap-cakap orang sekeliling tidak sesukar memujuk si anak menurut saranan dan cadangannya. Jiwa anak muda yang sudah terbiasa hidup senang terlalu payah untuk ditundukkan. Malu dengan rakan-rakan, tidak class dan 1001 alasan diberikan si anak.


Hampir mati akal pensyarah saya ini dibuatnya. Sehinggalah beliau mencabar anaknya untuk menanggung sendiri yuran pengajian semester hadapan dan segala perbelanjaan berkaitan tanpa bantuan orang tua. 

Kelu lidah si anak apabila melihat ibu dan ayahnya memuktamadkan kata. Meski hati memberontak, si anak terpaksa menurut dalam keadaan terpaksa.

Sebagai persediaan, beliau mengeluarkan modal untuk membeli oven, peralatan membuat kuih dan bahan mentah. Soal promosi anaknya tidak perlu bimbang kerana kuih yang sedap akan menjadi buah mulut orang dengan cepat.

Kuih tat yang dibawa oleh beliau untuk dijamu kepada teman-teman pensyarah dalam satu majlis nyata mendapat sambutan yang cukup hebat. Malah, tempahan yang diterima bertali arus.

Anaknya juga tidak terkecuali dalam melakukan promosi. Sampel-sampel kuih dibawa kepada para pensyarah dan rakan-rakan sekuliah untuk dirasa. Tidak menang tangan anaknya membuat kuih sehingga terpaksa mengupah beberapa rakan untuk membantu.

Pada akhir Ramadan, hasil jualan yang terkumpul adalah sebanyak RM 30,000. Melonjak sakan si anak apabila menatap hasil titik peluhnya.

Rupa-rupanya kegembiraan itu tidak lama. Lucunya apabila pensyarah ini menuntut kembali modal yang telah didahulukan ketika anaknya memulakan bisnes. Bukanlah kerana ingin mengambil kesempatan ke atas anaknya, cuma sekadar mendidik anaknya untuk memahami konsep dan dunia bisnes sebenarnya.

Kini anaknya sudah mampu berdikari. Tiada lagi suara manja memujuk dan merayu meminta wang untuk membeli sesuatu. Lebih membanggakan apabila si anak menyatakan hasrat untuk terus berkecimpung dalam dunia perniagaan.



Tuesday, 27 May 2014

Pendaftaran Agen Projek Duit Raya 2014

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori

Tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan dan disusuli dengan kehadiran Syawal. Kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) tahu dan faham bahawa anda semua sangat memerlukan duit lebih, duit sampingan dan duit extra. 

Terutamanya dalam keadaan sekarang di mana semua barang naik harga dan mahal. Walau siapa pun anda, baik yang bekerja makan gaji mahu pun yang berniaga. Anda sebenarnya berkongsi tujuan yang sama iaitu anda ingin mendapatkan duit lebih untuk menampung perbelanjaan anda sekeluarga.

Kami ada satu berita baik untuk anda. Terkini, ABDR membuka pendaftaran kepada anda yang berminat menjadi mencari duit raya. Anda boleh lihat senarai produk di sini >>>> http://projekduithariraya.blogspot.com/

Caranya sangat mudah. Daftar dan boleh terus mula menjual produk-produk tersebut. Malah kami berikan bonus tambahan untuk anda. Selain dapat belajar cara membina blog bisnes, anda juga akan menerima 2 buah e-book tulisan Puan Masayu (pengasas ABDR).

Semuanya boleh dilakukan secara online melalui blog, facebook dan fan page. Anda juga boleh promosikan secara offline. Kumpul order daripada saudara mara, jiran tetangga dan rakan sepejabat untuk menjimatkan kos penghantaran.

Produk dipakejkan bagi membantu dan memudahkan urusan memasak suri rumah dan suri bekerjaya yang super sibuk. Pastinya kerja-kerja anda di dapur menjadi cepat, mudah dan menyeronokkan.

 


Yuran pendaftran projek duit raya
RM 150
dan boleh terus menjual.
SMS < DUIT RAYA> ke 016 - 461 4541 untuk mendaftar.
 


Copyright to NOR ADILAH
Designed by UMIESUEstudio 2015