Sunday, 4 May 2014

Sombongkah Kita?

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori

Imam Al-Ghazali menyenaraikan 7 kategori sombong.

1. Sombong kerana memiliki ilmu pengetahuan.

2. Sombong kerana memiliki amal dan ibadah yang banyak.

3. Sombong dengan kedudukan dirinya atau kerana keturunan bangsawannya.

4.  Sombong dengan kecantikannya.

5. Sombong dengan hartanya/kekayaannya.

6. Sombong dengan kekuatan yang ada pada dirinya.

7. Sombong dengan pengikut, pembantu dan handal taulannya.

Kita tidak akan bersikap sombong jika kita sedar bahawa apa saja yang kita ada adalah pinjaman daripada Allah semata-mata. Bagaimana mungkin kita menyombong diri bila mana kita langsung tidak punya apa-apa? 

Saturday, 3 May 2014

6 Cara Mudah Urus Emosi dan Tenaga Surirumah


Enam cara mudah urus masa dan tenaga surirumah boleh juga untuk suri bekerja luar rumah.

1. Apa cara sekalipun utamakan dalam urus emosi. Jaga emosi dan urus emosi. Walau apa pun keadaan, emosi yang baik membantu kita untuk fokus dan menguasai urusan seharian dengan baik.

2. Emosi kacau, kita mudah lapar, mudah marah, mudah sentap, mudah itu dan ini.

3. Tepati masa 'temujanji dengan Tuan empunya rezeki' fokus betul-betul, insya-allah emosi kita sangat baik untuk setiap permulaan hari. Jaga temujanji ini lima kali sehari, macam tak sabar nak jumpa buah hati. (ingatan untuk saya sendiri)

4. Belajar untuk buat senarai malam hari, tanam azam mahu selesaikan apa cara sekalipun. Lihat kesan penghujung hari apabila kita selesai semua yang kita senarai.

5. Jumpa anak peluk mereka erat-erat. Merekan ahli syurga, tak ada dosa, yang berdosa kita, suka dan cepat sangat mahu marah apabila anak-anak mula tunjuk skil agar ibu cepat jadi hulk'. Sebelum mentol hulk menyala merah bertukau hijau, cepat-cepat peluk dan sembang.

6. Jika ada bayi kecil, lagilah seronok, cium anak, sayang anak, ia terapi semulajadi Allah kirimkan, agar kita tenang-tenang sahaja


(Baca lagi dalam ebook superwahm supermom)


Ingin mendapatkan ebook yang berkaitan untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Adilah untuk:-
 
KHIDMAT NASIHAT PERCUMA
dan
PELUANG BISNES BERSAMA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH!!!

Email: noradilah.ahmadshokori@gmail.com
Facebook (pm) : Nor Adilah




Thursday, 1 May 2014

Kelas Blog Membantu Menulis Lebih Fokus

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori

Kagum dengan tekad dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh salah seorang peserta kelas asas blog yang telah berjaya merealisasikan impian dan cita-citanya kini untuk bergelar WAHM.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI….

Sebagaimana para pembaca sedia maklum, dahulu, blog cik azue ini bertajuk; "Ini Cerita Kami" . Dan latar belakang blog itu ada komputer riba, nota bergantungan serta buih-buih warna warni memenuhi ruang. Itu adalah gambaran pekerjaan dan kehidupan cik azue diketika itu. Untuk tambahan makluman, blog seperti dibawah adalah blog terakhir yang cik azue kemaskini susunaturnya dari tahun 2011 kalau tidak silap.

Tapi kenapa ya cik azue memberi nama blog itu dengan nama "Ini Cerita Kami" ya? Ya, kalau anda ingin tahu, pada asalnya cik azue menulis blog ini pada tahun 2009 dengan nama blog pada ketika itu adalah "The little craft cotage". Tujuan asal adalah kerana hendak pamerkan hasil kerja tangan setelah menduduki kelas atas talian bagi pelajaran Seni Sulaman Reben kelolaan Puan Suzana.

Cuma setelah cuba beberapa kali, jari jemari cik azue tidak dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna, berikutan kemalangan yang dialami pada tahun 2008. Sayang tetapi tidak mengapa, segala ilmu akan diguna pakai semula suatu hari nanti. Oh ya, Cik azue belajar untuk mak sebenarnya. Mak teringin nak menyulam guna reben, tapi mak tak boleh lagi menjahit sulam tangan kerana selepas melahirkan adik yang terakhir, mak mengalami kebas-kebas jari, dimana mak tidak dapat merasa benda-benda halus seperti jarum jahit itu. Dan kerana sering mendengar mak bercerita tentang ketaksuban mak melihat orang-orang yang pandai dengan seni sulaman reben itu, makanya cik azue mengambil peluang memuaskan hati mak. Dan memang mak sangat gembira bila cik azue dan adik bongsu tunjukkan hasil yang telah dipelajari dan itulah yang membuatkan mak tersenyum bahagia.


Selepas itu, cik azue menukar kembali nama blog menjadi seperti gambar diatas. "Ini Cerita Kami" adalah sebenarnya cerita yang cik azue dan keluarga di sini alami untuk tatapan mak di kampung. Mak akan lihat blog ini bila mana adik bongsu buka blog ini dan biarkan mak lihat dan baca sendiri. Semuanya adalah untuk tatapan mak.

Selepas cik azue berfikir untuk berubah haluan, banyak yang cik azue buat demi untuk berubah kerana ingin mengubah. Nanti kita kongsi bersama ya di entri akan datang, In shaa Allah.
Bertemu dengan blog Puan Masayu membawa cik azue mengenali GURU ONLINE ini. Setelah beberapa bulan mengkaji, cik azue mengambil keputusan untuk melabur bagi mencari sedikit ilmu dan selebihnya berhajat agar kumpulan sokongan ini dapat memberikan sokongan pada cik azue disaat-saat keperluaan emosi agak menjunam setelah bergelar WAHM. Siapa tahu akan ujian yang bakal kita hadapikan. Sekurang-kurangnya, kumpulan ini ada untuk saling sokong menyokong antara satu sama lain.

Baik, kenapa blog ini ditukar nama seperti hari ini. Ya, pada mulanya cik azue mahu kekalkan sahaj nama asal blog ini kerana mengenangkan memori bersama mak. Tetapi setelah berfikir secara rasional, cik azue tidak boleh selamanya hidup dalam kenangan itu. Ya, cik azue kena keluar demi kenangan itu. Dan atas kenangan itu, cik azue memilih nama blog ini seperti ini supaya cik azue lebih fokus dengan suatu benda yang asalnya kenangan yang mungkin boleh memberi dan menjana kewangan pada cik azue dan keluarga dikemudian hari. Dan semoga dengan lebih fokus cik azue lebih produktif dan punya hala tuju yang lebih menjaminkan.

Bercerita tentang Kelas Blog Penulisan, disini, cik azue diajar menjadi lebih fokus untuk menulis berdasarkan nama blog yang dipilih. Untuk cik azue, ianya nanti akan lebih menjurus kepada kecenderungan cik azue dengan kraft seni jahitan dan sulaman ini.
Hasil Seni Sulaman Benang tahun 1990/1991 (projek SRT- SRP)
Projek yang sama tapi bunga nya dilukis almarhum BONDA dan disulam benang atas tunjuk ajar beliau

In shaa Allah, selepas bergelah WAHM, dapatlah kiranya cik azue membuat beberapa tutorial berkaitan sebagai perkongsian kita bersama.

Tutorial sulaman mesin, sulaman applique.

Apa lagi yang diperolehi dari kelas ini adalah disiplin untuk selalu menulis berdasarkan format blog yang kita pilih sendiri. Selain berpeluang belajar bagaimana menghasilkan sesuatu blog yang in shaa Allah memberi manfaat buat ramai orang dan juga tentang bagaimana menarik lebih ramai pelawat ke blog kita. Dengan perkongsiaan capaian blog rakan-rakan sealiran, cik azue juga selain mendapat informasi, boleh juga menjadi salah satu sumber untuk menarik traffik ke blog rakan-rakan yang lain.

Secara ringkasan, Kelas Blog Penulisan kelolaan guru online yang di asaskan oleh Puan Masayu ini telah membantu cik azue menjadi seorang yang lebih fokus, in shaa Allah serta sebenarnya lebih banyak kita belajar, lebih banyak juga yang kita tidak tahu.

Semoga Akademi ini dapat membantu lebih rami suri diluar sana.

Akhir Kalam, tidak salah belajar sesuatu yang kita sedia tahu keran lain guru, lain pula pengalamannya. Lain pengalaman, lain pula ilmunya. Semakin ramai guru, semakin banyak ilmunya, cuma tapis-tapiskan setiap satu ilmu yang diperolehi. Pilih yang betul-betul dapat memberikan manfaat ya.

Hingga itu,
Wasalam
**********************************************************************
Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini;https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue
 
____________________________________________________________________
 
Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut : 

1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
Bagaimana kelas ini dijalankan?
Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian).  Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Protege akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.
Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan. 
Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka.  

Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.

Kelas ini di mana?

Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.

Saya bekerja tak ada masa? 
Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.

Saya tak ada produk. Produk kami sediakan. Jika sudah ada produk lagi ok.

Berapa lama boleh pandai? Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada protege sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.

Apa lagi yang kami dapat? Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. 
Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.
Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapaatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam

Bagi kalian yang berminat untuk memulakan bisnes secara online, perlukan tunjuk ajar bagaimana mahu bermula, boleh hubungi saya di sini:
Facebook: Nor Adilah
Email: noradilah.ahmadshokori@gmail.com


Belajar Menulis Blog Dengan Betul


APA KATA PROTEGE KELAS ONLINE BLOG DI ABDR :

Saya mula berblogging sejak tahun 2009.
Saya masuk kelas blog Encik Google.
PERCUMA je.

Tapi...
Dah ada 10 blog kot yang saya bina.
Lepas tulis entri 4-5 kerat saya delete blog.
Tulis lagi, delete lagi.

Geram.
Tulis penat-penat.
Siapa pun tak nak singgah.

Tulis pun merepek je.
Pasal marah bos.
Marah kawan.
Marah pakwe-pakwe.
Eh?
Hehe.

Akhirnya pada tahun 2014.
Saya nekad melabur untuk ilmu.
KELAS ASAS BLOG ONLINE.

Alhamdulillah.
Buat pertama kalinya saya merasa cinta kepada blog saya.
Setiap hari rasa rindu nak mengutuskan kata-kata cinta buatnya.
Rasa cinta semakin kuat bila ramai sahabat menghantar mesej di FB, Whatsapp, Wechat bahawa mereka mengikuti blog saya dan mereka sukakan pengisiannya.

Alhamdulillah.
Terima kasih ALLAH.
Tanpa izin-Nya diri saya, blog Aspirasi Suri dan pengisiannya tak mungkin wujud.

Terima kasih suami dan keluarga.
Tulang belakang yang paling kuat membantu saya tetap berdiri teguh walau badai negatif selalu sahaja menghempas di persisir pantai semangat ingin membuatkan saya terduduk.

Terima kasih Akademi Bekerja Di Rumah atas bimbingan dan panduan yang berterusan.

Terima kasih buat sahabat dan pembaca Aspirasi Suri yang setia dan selalu menyokong dan memberi teguran membina untuk diri ini perbaiki hasil kerja.

Tanpa semua siapalah diri ini.

Nurhidayah Bahari akan tetap terus melangkah.
InsyaAllah.
 ________________________________________________________________

Belajar menulis blog dengan konsisten, bina penjenamaan diri sendiri melalui blog sahaja, hubungi saya untuk pendaftaran kelas online blog

Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Sertai seminar terkini anjuran kami http://bengkelbranding.blogspot.com/

Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.

Boleh terus mendaftar mana-mana kelas pillihan melalui saya, Nor Adilah.


Nor Adilah Ahmad Shokori
Pengurus Online
Akademi Bekerja Di Rumah

Wednesday, 30 April 2014

Persediaan Sebelum Berhenti Kerja

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori

Saya faham isi hati para ibu yang bekerja di luar rumah. Naluri untuk duduk di rumah membesarkan anak-anak sering meronta-meronta. 

Meletak jawatan atau berhenti kerja memang mudah. Sekelip mata saja kita boleh buat. Bagi notis sebulan dua, tunggu sampai waktunya. Berakhirlah kerjaya kita di situ.

Jangan terburu-buru membuat keputusan supaya perkara ini tidak menjadi sesuatu yang kita sesalkan. Terutamanya apabila kita ingin mula bekerja dari rumah.

Kutip sebanyak mungkin ilmu. Sekarang ini banyak sumber ilmu yang di sekeliling kita. Hadirlah ke mana-mana bengkel dan seminar untuk tujuan ini. Ada juga kelas yang dijalankan secara online.

Kemudian, mulakan bisnes secara kecil-kecilan. Bila sudah mampu menjana pendapatan secara konsisten hasil bekerja dari rumah secara sambilan, barulah pertimbangkan untuk berhenti kerja. 

Jangan sesekali berhenti secara mendadak jika kita mempunyai pelbagai komitmen untuk dilunaskan setiap bulan (rumah, kereta, pinjaman pelajaran dan lain-lain). Kecualilah jika pasangan kita mampu menanggung semuanya.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Pendaftaran kelas-kelas dan servis dibuka setiap hari:

1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fanpage dan mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas beriklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho, boleh pilih mana-mana kategori berikut, 2 trainer kewangan/akaun bertugas
-bengkel akaun sehari 10.5.2014, di Shah Alam, Selangor.
-kelas akaun online
-personal coaching
6. Pendaftaran pengurus online akademi
7. Kelas belajar borong telekung solat
8. Beriklan dengan kami di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
9. Tempahan blog bisnes-3 hari siap
10.Kenali kami, baca lagi tentang akademi di sini ya http:/akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Hubungi saya.

Facebook: Nor Adilah
Email: noradilah.ahmadshokori@gmail.com


Nor Adilah Ahmad Shokori
Pengurus Online,
Akademi Bekerja Di Rumah.


3 Tips Pengurusan Masa Bagi WAHM

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google

Cabaran utama yang terpaksa dihadapi oleh para suri yang memilih untuk bekerja dari rumah adalah pengurusan masa. Tidak mudah untuk bekerja dari rumah apatah lagi dengan anak-anak yang masih kecil.

Kita boleh merancang namun ada masanya perancangan kita tidak berjalan seperti yang kita harapkan. Bayangkan, ketika kita baru mengadap laptop atau gajet untuk menulis atau memuat naik gambar di media sosial (facebook, instagram, twitter dan blog), anak-anak mula menangis.

Ada yang merengek inginkan perhatian, ada yang bergaduh kerana si abang memukul adik, ada pula yang berebut mainan, ada yang mengajak kita bermain bersama, ada yang ingin menyusu/makan, buang air dan pelbagai lagi. 

Semuanya menuntut perhatian kita. Belum lagi mengambil kira jika mereka tidak sihat, letih, mengantuk dan 1001 kerenah yang mahu atau tidak kita kena tanganinya dengan bijaksana. Lumrah anak-anak, begitulah. Bila mereka besar kelak, itulah yang akan kita rindukan.

Justeru, penting untuk kita cuba menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran. Apa saja boleh berlaku dan di luar kawalan kita. Bagi yang berpengalaman bekerja di pejabat, situasi ini sangat berbeza.

Jika di pejabat, masa dan tumpuan kita terhadap kerja-kerja yang diberikan. Anak-anak kita tinggalkan di rumah pengasuh atau pusat jagaan. Di rumah, setiap hari inilah yang akan kita lalui. Bergelut dengan tugasan di rumah dan anak-anak serta bisnes yang kita jalankan.

Oleh itu, penting untuk kita kembali kepada matlamat asal kita mengapa kita membuat keputusan untuk bekerja di rumah? 

Sebab utama kita memilih untuk bekerja di rumah supaya kita mempunyai banyak masa bersama keluarga dan melihat anak-anak membesar di depan mata.

Pada masa yang sama, kita ingin berjaya dalam bisnes (juga dengan kerjaya kita). Ini akan menguatkan tekad dan azam kita agar tidak mudah berputus asa. 

3 tips pengurusan masa yang boleh dipraktikkan oleh para suri yang bekerja dari rumah ketika anak-anak masih lagi kecil.

Buat jadual. Senaraikan tugasan yang perlu disempurnakan untuk hari tersebut. Ini dapat membantu kita mengatur masa dengan sebaik-baiknya.
Jadi para suri dapat membahagikan masa antara bisnes dan keluarga dengan betul dan tidak ada yang terabai. Contohnya, waktu anak tidur atau ke sekolah dapat digunakan untuk bisnes/kerja (yang dijalankan dari rumah).

Namun, perlu diingat bahawa masa ini sering berubah-ubah mengikut situasi dan keadaan pada hari tersebut (keperluan dan kemahuan anak-anak yang tidak menentu dan mengira masa).

Perancangan waktu sangat mustahak bagi yang bekerja dari rumah. Tanpa perancangan, waktu akan terbuang begitu saja dan menyebabkan kita gagal menyeimbangkan antara bisnes dan keluarga.

Kenal pasti waktu paling produktif. Bekerja dari rumah bukan bermaksud kita bekerja sama seperti kita bekerja makan gaji. Waktu bekerja adalah tidak tetap.

Oleh itu, dengan mengetahui waktu yang benar-benar kita dapat memberikan tumpuan terhadap kerja-kerja berkaitan bisnes dan sebagainya. Jadi, kita hanya perlu memperuntukan sejumlah masa (mungkin 15-20 minit) untuk menyelesaikan tugas tersebut.

Misalnya, kita suka bekerja pada jam 5 pagi kerana pada waktu itu sunyi, tenaga banyak dan badan segar. Maka, bangun lebih awal untuk solat malam, kemudian mulalah membaca untuk mencari idea dan menulis (blog, facebook dan lain-lain).

Segalanya sudah makin mudah sekarang ini. Kita hanya perlu siapkan tugasan seperti entri dan status di media sosial, selepas itu pilih masa itu paparan (post) itu muncul pada masa yang kita kehendaki.

Bolehlah kita buat kerja yang lain pula. Malah, kita boleh rancang segalanya untuk tempoh sebulan akan datang. Hebatkan?

Tetapi sekali lagi, masa ini juga tidak rigid kerana mungkin anak-anak terjaga dan sebagainya. Pandai-pandailah kita sesuaikan masa yang ada.

Beri ganjaran kepada diri sendiri. Tanggungjawab yang dipikul sebagai suri cukup berat. Menguruskan sendiri anak-anak tanpa, ditambah pula dengan kerja-kerja rumah yang tidak pernah berhenti sejak celik mata hingga kita tidur cukup memenatkan.

Rutin ini akan berlangsung setiap hari. Semakin bertambah apabila kita bekerja di rumah.

Berhenti sekejap dan renungkan semua yang telah berjaya kita capai dan sudahkan setiap hari. Pasti kita tidak menyangka bahawa kita telah berjaya melakukannya dengan segala macam cabaran yang telah kita harungi.

Kita layak mendapat ganjaran atas usaha keras kita itu. Rehat dan kumpul semula kekuatan kita walaupun dengan hanya bersantai-santai di rumah. Walau apa pun, jangan lupa untuk merehat dan memanjakan diri seketika.

Ingatan untuk kita semua, hampir mustahil untuk kita melakukan semua perkara tanpa sedikit pun perancangan, penyusunan kerja mengikut keutamaan. Ini akan menjadikan kerja-kerja kita lebih mudah diurus.





Tuesday, 29 April 2014

Bulan Rejab

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google

Assalamualaikum.
Sempena kedatangan 1 Rajab (Rejab) yang jatuh pada esok hari, saya coretkan amalan-amalan yang digalakkan untuk kita lakukan sepanjang bulan ini seperti yang disampaikan oleh Ustaz Muhadhir Joll.

Sayyidul Istighfar

Antara amalan yang disarankan untuk diamalkan ialah istighfar,tasbih dan doa taubat iaitu sebanyak 70 kali pada waktu pagi dan 70 kali pada waktu petang dengan mengangkat tangan (seperti mana kita berdoa). Kata ulama, sesiapa yang mengamalkannya akan diampunkan dosanya oleh Allah.

 Doa Taubat

Waktu terbaik adalah selepas waktu solat atau pun jika tidak berkesempatan, lakukanlah ketika menaiki kenderaan untuk ke tempat kerja dan sebagainya. Amalan ini dibuat oleh salafussoleh. Amalan ini turut diamalkan oleh Habib Zain ibni Ibrahim ketika datang ke Malaysia. (Habib Zain ini dikenali sebagai Imam Shafie kecil kerana seorang yang alim dan faqih)

Ustaz Shamsuri pula merumuskan bahawa tidak terdapat amalan-amalan lain yang dilakukan oleh Rasulullah SAW khusus pada bulan Rejab. Sebaliknya amalan-amalan sunat contohnya puasa adalah sama saja seperti yang dibuat oleh baginda pada bulan-bulan yang lain.

Walau bagaimanapun, tidak menjadi satu kesalahan bagi sesiapa saja yang ingin berpuasa pada bulan Rajab sebagai satu bentuk latihan sebelum tibanya bulan Ramadan. 

Wallahu'alam.




Copyright to NOR ADILAH
Designed by UMIESUEstudio 2015