Saturday, 26 April 2014

Kempen Hijau

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google

Assalamualaikum.

Simpan dahulu sebelum berbelanja bukan sebaliknya. Setiap kali menerima pendapatan, asingkan bahagian yang ingin disimpan. Selebihnya digunakan untuk perbelanjaan dan sebagainya.

Kadar yang disarankan untuk disimpan adalah sebanyak 10 peratus. Namun, jumlah yang ingin disimpan itu terpulang kepada individu tersebut. Tidak ada gunanya kita menyimpan sejumlah wang yang banyak setiap bulan, tetapi di akhirnya kita mengeluarkan wang tersebut untuk dibelanjakan.

Simpanan bukanlah untuk dibelanjakan sewenang-wenangnya. Malah simpanan juga harus dibahagikan kepada beberapa bahagian sesuai dengan keperluan dan matlamat sebenar. Contohnya simpanan untuk kecemasan, haji dan sebagainya.

Selain daripada keperluan, manusia juga mempunyai nafsu yang berkehendakkan terhadap sesuatu. Fitrah ini perlu diurus dengan sebaiknya. Ramai yang tewas dan dibelenggu masalah kewangan ekoran terlalu menurut kehendak.

Antara langkah bijak dalam memenuhi kemahuan dan kehendak ini adalah dengan menggunakan kaedah tabungan khusus. Kaedah ini dapat melatih diri berbelanja mengikut kemampuan dan mengelakkan berhutang.

Apabila timbul keinginan untuk membeli sesuatu, satu tabungan khusus perlu dibuat. Peruntukan daripada pendapatan yang diperoleh akan digunakan untuk tabungan khusus ini. Pada masa yang sama tidak menjejaskan tabungan tetap yang telah dibuat setiap bulan.


Dalam merealisasikan tabungan khususnya ini beberapa perkara kemahuan lain perlu dikurangkan atau dikorbankan untuk sementara waktu. Misalnya perbelanjaan untuk makan di luar atau perbelanjaan untuk hobi dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, bajet untuk memenuhi kehendak yang baru ini dapat diadakan. 


Kaedah tabungan yang lebih praktikal untuk dibuat adalah seperti yang dicadangkan oleh Tuan Shamsuddin Kadir kepada peserta kursus kewangannya iaitu menyimpan wang kertas RM 5 yang dimiliki. Setiap helai wang kertas hijau ini (RM 5) perlu disimpan dan dimasukkan ke dalam tabung khas.


Wang ini tidak boleh dibelanjakan sama sekali. Jika ingin berbelanja, gunalah wang kertas yang lain kerana si hijau ini dikhususkan untuk simpanan. Jika kaedah ini diamalkan secara konsisten dan disiplin yang tinggi, sudah tentu hasilnya tidak akan mengecewakan.


Kempen si hijau ini boleh dilanjutkan ke satu tahap lagi iaitu kempen si oren. Si oren merujuk kepada wang kertas RM 20. Sesuai dengan angkanya yang lebih besar, maka cabarannya agak hebat untuk menyimpan si oren ini. Tidak mudah untuk mengekang kehendak dan kemahuan berbelanja dengan nilai tersebut di tangan.


Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa si hijau dan si oren yang dipilih? Sebenarnya, kedua-dua wang kertas ini agak jarang diperoleh. Disebabkan jarang diperoleh, maka lebih mudah untuk disimpan jika dibandingkan dengan wang kertas RM 1 dan RM 10.


Saya sendiri pernah mempratikkan amalan menabung dengan cara ini. Ini berpunca daripada kesukaran untuk melatih diri saya menabung. Oleh kerana saya masih belajar dan wang tidak banyak, jadi saya memilih untuk menabung semua wang syiling yang saya miliki.


Apatah lagi, dompet saya ketika itu tidak ada tempat untuk meletakkan duit syiling. Kekurangan itu menyebabkan saya tidak selesa untuk membawa duit syiling. Hikmahnya, semua duit syiling yang saya dapat, terus saya masukkan ke dalam tabung.




Hasilnya memang sangat mengujakan. Setiap penghujung semester, jumlah yang terkumpul mencecah ratusan ringgit. Cabaran terbesar saya apabila duit-duit syiling itu ditukarkan kepada duit kertas, yang mendorong saya untuk berbelanja secara berlebihan.


Kebanyakan kawan-kawan di kolej yang tahu saya mengumpulkan duit syiling akan datang beramai-ramai ke bilik saya untuk menukar duit kertas mereka  dengan duit syiling saya. Mereka terpaksa menukar duit kertas dengan duit syiling kerana ingin menggunakan mesin basuh di kolej. Sedangkan helaian  wang kertas sering menggoda saya untuk berbelanja dan inilah kelemahan saya ketika itu. 

Bagi yang ingin memulakan kempen si hijau ini, saya doakan anda berjaya. Mudah-mudahan anda dapat hidup dengan tenang tanpa hutang.



ِ

Thursday, 24 April 2014

Buat Duit Dengan Blog

Sumber : Anys Idayu Zakaria

Bagi yang merancang untuk mula buat duit dengan blog, atau ada yang masih tak berapa yakin, betul ke ada blog boleh buat duit, betul ke boleh dapat income dengan blog, jom kita lihat video perkongsian dari inspirasibiz.com ini.



Ini saya petik sedikit perkongsian Dr Irfan Khairi, melalui video tersebut.

"Dalam perniagaan internet terutamanya, perlu ada minat, dan apabila ada minat, kita sampaikan sebagai maklumat di blog, tambahkan aset di blog kita dan in shaa Allah dari situ memudahkan kita jana pendapatan dari internet. kalau nak jana pendapatan melalui blog, kita kena ada momentum penulisan, iaitu penulisan harus konsisten, tulis apa sahaja yang kita minat kerana minat itu akan mendekatkan kita dengan pengunjung serta boleh membuat pengunjung bertukar jadi pengalaman. nak kopipes dari mana-mana pun boleh, cuma jangan kopipes bulat-bulat. sila ubah mengikut gaya penulisan sendiri bagi menghasilkan satu identiti diri sendiri di mata para pengunjung blog kita'', petikan kata Irfan Khairi
 
"Cipta, tarik pembaca
Tips, cipta dan tarik pembaca
update, update, update!
 
Kalau mahu orang selalu berkunjung ke rumah kita, selalulah dan sangat perlu setiap hari rai mereka dengan informasi baru. Sedikit atau banyak pastikan ada kesegaran baru dalam blog. Ini penting sebelum membuat keyakinan kepada pembaca agar membeli produk kita. Apabila mereka sudah cukup yakin barulah 'mereka' membeli. "

(Masayu Ahmad: Belajar Asas Blog)
Dari saya pula, kata kunci paling mudah, mesti dan cuba konsisten pasang azam sehari satu entri. Tulis walau pendek, latih sehingga 44 hari akan jadi kebiasaan. Belajar teknik yang betul menghasilkan blog yang dapat menjana pendapatan dalam kelas online blog bersama saya di ABDR.

Antara emel yang saya terima. Mesej lebih kurang sama dengan emel guru-guru online lain.
Saya pernah melalui situasinya, 
*Mahu berniaga modal yang ada sedikit sahaja.
*Mahu berbisnes online tapi seolah gelap gelita jalannya.

Maka sebab itulah Rakan Niaga & Pencarian 30 agen dropship borong telekung solat diwujudkan. 
>>Hanya yuran SEKALI SAHAJA dilaburkan.
>>Produk sedia ada.
>>Kami tunjukkan cara buat blog mesra carian google.
>>Kami masukkan dalam satu group untuk berkongsi tips bersama.

PALING PENTING :
Apa syarat yang perlu ada:
>> Laptop/komputer / tab / gadget phone
>> Talian internet

SYARAT UTAMA:
ADA MINAT, FOKUS, KOMITMEN & KESUNGGUHAN
Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Sertai seminar terkini anjuran kami http://bengkelbranding.blogspot.com/

Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.

Boleh terus mendaftar mana-mana kelas pillihan melalui saya Nor Adilah.
Facebook (pm) : Nor Adilah
Email : noradilah.ahmadshokori@gmail.com

Wednesday, 23 April 2014

Panduan Masak Sambal Tumis Sedap

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google




Perkongsian ini saya peroleh dari wall ayahanda Mamak Haji, hasil perbincangan beliau bersama rakan-rakannya di facebook. Saya telah meminta izin daripada beliau untuk memanjangkan catatan ini supaya dapat dijadikan bahan rujukan.

Segalanya bermula apabila seorang sahabat Mamak Haji ingin memulakan bisnes meminta pendapatnya tentang cara memasak sambal tumis yang sedap. Menurut Mamak Haji, sambal tumis yang terbaik adalah sambal yang tahan lama dan tidak mudah basi.

Sambal yang sedap tidak hanya bergantung kepada resepi, tetapi juga melibatkan proses penyediaan cili sehinggalah kepada teknik menumis.

1. Pemilihan cili kering.
Pilihlah cili kering yang berkerinting berbanding cili kering yang berkilat. Ini kerana cili yang berkerinting kurang pedas dan memiliki rasa yang lebih enak.

2. Buang biji cili kering.
Kaedah pertama: Kalau boleh buang dulu biji cili dengan menggunting cili itu secara menyerong 45 darjah. Biji cili yang banyak akan menyebabkan rasa yang kurang enak.

3. Rebus cili kering.
Basuh dan buang biji cili tersebut. Kemudian rebus supaya cili kembang dan lembut.

4. Kisar cili kering (dengan blender)
Air yang digunakan untuk merebus cili jangan dibuang. Sebaliknya gunakan air rebusan tadi untuk mengisar cili kering yang telah direbus. Masukkan sedikit minyak ke dalam blender supaya blender tidak hangus. Jika cili kering yang ingin dikisar itu banyak, masukkan lebih minyak ke dalam blender. Minyak juga berfungsi untuk mengelakkan daripada cili cepat basi.

5. Bahan lain (blend)
Ada macam-macam versi. Ada yang suka kisar cili kering bersama dengan bawang besar atau bawang merah, bawang putih dan belacan. Kalau saya sendiri, saya tidak suka menggunakan bawang putih dan belacan untuk masak sambal.
Selain menggunakan bawang dan belacan, bahan lain yang boleh dikisar dengan cili kering ialah ikan bilis, udang kering atau pun buah keras (rasa lemak).

* Biasanya peniaga nasi lemak menggunakan belacan yang lebih murah harganya dan serdak ikan bilis untuk menjimatkan kos.
* Ikan bilis yang dikisar bersama cili berfungsi sebagai stok.
* Ada yang suka blend semua bahan serentak, ada juga yang suka blend cili dan bawang berasingan.
* Guna bawang dalam kuantiti yang banyak (bawang memberikan rasa manis kepada sambal).

6. Sukatan air (untuk blend)
Bubuh cili dan bawang sehingga hampir penuh blender. Masukkan air kira-kira 1/3 blender. Kalau masa blend ada bunyi tersekat-sekat maknanya air tidak cukup. Cuma pastikan cili kisar tidak terlalu cair kerana air yang banyak melambatkan proses memasak sambal).

7. Cara masak (tumis)
Di bawah ini pelbagai cara yang dikongsikan oleh rakan-rakan facebook beliau:

✔ Blend bawang asing dengan cili. Sebiji bawang besar, 2 biji bawang putih, sedikit belacan, secubit ikan bilis dikisar. Kemudian, tumis sampai masak elok dengan minyak secukupnya.


✔ Segenggam cili kering yang telah dikisar dimasukkan ke dalam tumisan bawang. Masak perlahan-lahan sekurang-kurangnya selama 30 minit. Selepas itu, masukkan sebiji bawang yang dihiris, air asam jawa, garam dan gula.

✔ Cili kering yang telah direbus sehingga betul-betul kembang dikisar bersama bawang yang agak banyak. Jika suka, tambahkan ikan bilis semasa blend cili dan bawang. Tumis dengan minyak yang banyak dan api yang kecil. Bila cili sudah betul-betul garing dan pecah minyak, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Biar lagi, merenih lama sikit. Bila agak-agak sudah pekat, baru masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Jaga api supaya tidak hangit. Sambal ini tahan 4-5 hari di luar tanpa perlu dihangatkan.

✔ Tumis bawang hingga naik bau dan air bawang berkurangan. Lepas itu baru campurkan cili dan sambung menumis (Menumis akan memakan masa yang lama).

✔ Semasa menumis cili, gunakan api paling kecil sampai cili betul-betul masak dan naik minyak. Minyak kena banyak barulah cili betul-betul masak dan tidak hangus. Sambal yang sedap menggunakan bawang basar yang banyak (kisar sekali dengan cili dan ikan bilis). Bubuh air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng (kalau ikan bilis goreng sudah masin, kurangkan garam dalam sambal)

✔ Kisar bawang besar dengan sedikit air kerana bawang sudah mengandungi air yang banyak. Kemudian tapiskan. Air bawang digunakan untuk kisar cili kering, minyak dan ikan bilis. Jadi, apabila memasak cili nanti tidak perlu menunggu lama untuk keringkan airnya.

Bila sudah siap ksar, masukkan ke dalam periuk. Agak-agak telah kering airnya, baru masukkan minyak yang banyak. Terus masak dengan api yang kecil dan kacau selalu.

Sukatan yang biasa digunakan ialah 1 mangkuk cili kering rebus, 2 mangkuk bawang besar siap dihiris dan 2-3 genggam ikan bilis untuk dikisar.

✔ Sambal yang dimasak dengan betul akan berwarna merah berkilat. Kawal api supaya tidak hangus dan garing seperti yang dikehendaki. Kacau cili kisar hingga sampai pecah minyak.

✔ Masukkan pes tomyam untuk rasa yang lebih enak.

✔ Ada lagi satu cara buat sambal tumis tahan lama. Basuh cili kering jgn dipotong biar sebiji2. Toskan. Panaskan 1 cawan minyak goreng cili tadi dengan api kuat sehingga nampak nak garing tapi jangan hangus. Lepas itu kisar guna air. Baki minyak guna semula kalau tidak cukup tambah lagi. Ketika ini tumis sudah tidak lama sebab cili telah masak tadi. Kurangkan masa masak sambal untuk garingkan cili.

 Untuk mengelakkan minyak merecik di dapur, tutup periuk itu. Masa hendak kacau, matikan api dapur, tunggu sampai sambal sudah tidak lagi meletup. Kacau, tutup periuk dan hidupkan api. Ini dapat mengelakkan terkena tangan dan dapur kotor. Bila air telah kering, tidak perlu tutup periuk lagi.

 Gunakan api kecil masa memasak. Tutp dengan periuk kukus supaya minyak tidak terpercik. Bubuh garam, gula dan asam keping agar lebih tahan lama.

 Letak cili yang sudah dibuang biji. Rebus. Kisar cili kering, bawang besar, bawang kecil, bawang putih, belacan dan buah keras. Tumis sampai pecah minyak. Tambahkan air, asam jawa, gula, garam, sedikit bawang yang dihiris dan ikan bilis yang telah digoreng. Sambal tumis yang dibubuh buah keras akan menjadi lebih sedap dan berlemak.

 Selain menggunakan asam keping atau air asam jawa, boleh gantikan dengan cuka. Secukup rasa.

✔ Untuk mendapatkan warna yang lebih gelap, masukkan gula merah menggantikan gula.






Tuesday, 22 April 2014

Jangan Buat Bisnes Syok Sendiri

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google

Bismillah.

Ramai di antara kita yang berminat untuk berniaga tetapi tidak tahu bagaimana ingin memulakannya. Sesetengahnya tidak tahu apa yang ingin diniagakan kerana seumur hidup mereka langsung tidak pernah berjualan.

Ada pula yang mudah rambang mata. Apa sahaja peluang yang terhidang, ingin direbut. Saranan saya, sabar. Duduk dan fikirkan terlebih dahulu. 

Fokus satu persatu. Mulakan dengan yang kecil dan buat sehingga berjaya. Lepas itu barulah beralih kepada bisnes yang lain pula. Jangan terlalu tamak, semuanya ingin dibuat serentak. Nanti yang dikejar tidak dapat, yang dikejar pula berciciran.

Mari kita amati perkongsian Puan Ainon Abdullah ini.


Dari ABS: Perangai dan Tabiat Customer


Siapakah customer kita. Macam apakah perangai dan tabiat mereka? Sejauh manakah kita kenal customer kita? 



Ambil contoh ini: Seorang penulis mahu menulis buku bertajuk: "Menyelesaikan Masalah Rumah Tangga". 



Menurut penulis itu, buku itu ditujukan kepada isteri-isteri yang sedang mengalami masalah rumahtangga. Kata beliau lagi, dalam pasaran belum ada buku yang benar-benar dapat menolong isteri-isteri itu. Justeru, buku itu nanti akan laku keras!

Penulis itu tahu kepada siapa bukunya itu mahu ditujukan, yakni isteri-isteri yang mengalami masalah rumahtangga.

Sejauh manakah penulis itu mengenali perangai dan tabiat golongan sasarannya itu?

Apakah isteri-isteri yang mengalami masalah rumahtangga mempunyai tabiat berikut:

+ Mereka suka membaca buku?
+ Mereka suka membeli buku?
+ Mereka suka pergi ke kedai buku?

Justeru, penting untuk kita kenalpasti bisnes yang ingin kita ceburi. Jangan buat bisnes syok sendiri. Sehubungan itu, kami di Akademi Bekerja Di Rumah ingin membantu seramai mungkin yang ingin memulakan bisnes dari rumah dengan modal yang minimum.

Menjelang Ramadan, makanan dan pakaian antara yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Pasaran pakaian tidak terhad kepada baju dan tudung sahaja. Telekung juga merupakan produk yang laku apabila tiba bulan puasa.

-----------------------------------------------------------------------
KELAS BLOG & FANPAGE BORONG TELEKUNG SOLAT






Telekung merupakan produk permintaan sangat tinggi menjelang Ramadhan. Bagi yang mahu ambil peluang untuk mula berbisnes, kami buka kelas blog fanpage borong telekung solat.

Kenapa borong? Sebab untung banyak dan tak payah nak simpan stok, kita yang akan bekalkan belaka.

Kenapa perlu sertai kelas ini?
* Dropship borong 
* Dapat belajar buat blog khas untuk borong telekung
* Boleh terus mula promosi dan jual
* Tak perlu simpan stok telekung yang banyak
* Tak perlu uruskan penghantaran dan pengeposan pada pelanggan
* Kami yang akan uruskan penghantaran
* Selepas siap kedai blog, terus boleh mula jual dan ambil komisen
* Telekung pelbagai jenis yang sudah sedia ada stok.

Kelas Borong Telekung Solat
-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telkung Solat Kanak-Kanak.
- Bonus 4 ebook rujukan

Apa yang kalian bakal dapat? InsyaAllah,
Ilmu membina blog & fanpage niaga Blog yang menepati minat pembeli
Bersama dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online Akademi Bekerja Di Rumah - yang berpengalaman dalam bisnes online.

Saya buka hanya untuk 30 orang sahaja!!!!
Siapa yang berminat cepat daftar, mula belajar, dan terus jual.

Facebook (pm) : Nor Adilah
Email : noradilah.ahmadshokori@gmail.com


Nor Adilah Ahmad Shokori
Pengurus Online,
Akademi Bekerja Di Rumah.

Menjemput Rezeki : Beri Kucing Makan

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google

Bismillah.

Semasa berbual dengan seorang rakan, saya cuba mencungkil rahsia di sebalik kejayaan bapanya dalam dunia perniagaan. Dia terdiam mungkin cuba mengingat kembali.

Bapanya pernah mengalami zaman kejatuhan sebelum bangkit membina empayar perniagaannya seperti hari ini. Banyak halangan dan kepayahan yang terpaksa ditempuh sebelum bapanya berjaya.

Diuji dengan masalah rumah tangga yang berakhir dengan penceraian. Dalam masa yang sama bergelut dengan bisnes yang mulai merudum. Malah keadaan menjadi lebih sukar apabila ditipu rakan kongsinya sendiri.

Sebagai anak, dia melihat bapanya melalui kehidupan yang cukup sukar. Meskipun bapanya cuba menyembunyikan masalah yang dihadapi daripada pengetahuan orang lain. 

Satu persatu harta milik bapanya berpindah milik. Semuanya hilang sekelip mata. Hanya tinggal sehelai sepinggang. 

Macam-macam kerja yang dilakukan oleh bapanya untuk mendapatkan sesuap nasi. Ketika itu hidup ibarat kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang.


Sehinggalah suatu hari, ketika sedang duduk di kaki lima untuk makan, tiba-tiba datang seekor kucing yang entah dari mana datangnya. Bapanya yang baru ingin menyuap nasi ke mulut, berhenti berbuat demikian. 

Kasihan melihat kucing itu, bapanya memberikan sedikit nasi bersama ikan goreng kepada kucing tersebut. Walaupun bapanya sendiri sudah beberapa hari hanya mengalas perut dengan air paip.

Bapanya ralit memerhatikan kucing itu makan. Terselit di hatinya, kucing ini juga lapar seperti aku. Kemudian datang pula kucing yang lain. Sekali lagi, bapanya memberikan kucing itu pula makan. 


Kucing-kucing yang datang meminta makanan kepada bapanya semakin banyak. Semuanya diberikan makanan, tidak ada yang dibiarkan oleh bapanya. Akhirnya, nasi di tangan bapanya telah pun habis tanpa sempat dijamah oleh bapanya walaupun sesuap. Bermakna bapanya perlu berlapar untuk tempoh sehari lagi.

Keesokkan harinya, perkara yang sama berulang. Malah kucing yang sama meminta makanan daripada bapanya walaupun bapanya makan di tempat yang berbeza dan jauh berbanding sehari sebelumnya. Peristiwa yang sama berlaku setiap hari selama seminggu.

Lalu, kucing ini dibawa pulang ke rumah kawan tempat bapanya menumpang tinggal. Kucing ini dimanjakan dan dijaga dengan baik. Bahkan kucing ini akan diberi makan terlebih dahulu sebelum bapanya sendiri makan.

Empat lima hari kemudian, seorang rakan bapanya mengajak untuk bertemu dan dalam pertemuan itu, bapanya ditawarkan untuk menguruskan sebuah projek. Di situlah titik tolak kebangkitan semula bapanya dalam dunia perniagaan.

Bertali arus projek yang masuk sehingga bapanya tidak menang tangan. Dengan bantuan dan pertolongan rakannya itu, (dan pastinya dengan izin Allah) nama bapanya berjaya dikeluarkan daripada senarai muflis.

Hari ke hari, rezeki bapanya makin bertambah seiring dengan usaha dan doa tanpa jemu. 

Putaran roda, jika tiga tahun dahulu bapanya terpaksa bergelut dengan saat sukar, maka kesusahan itu telah digantikan dengan kesenangan. 

Perbualan saya dengan anaknya hanyalah sekadar cerita tentang kucing-kucing yang dibela oleh bapanya telah membuka ruang untuk saya belajar pengalaman jatuh bangun seorang jutawan.

Bapanya bukan seorang penggemar kucing namun kini memelihara puluhan ekor kucing di rumah. Bagi bapanya, selain ibu yang mendoakannya, rezeki yang melimpah ini adalah berkat memberi makan kucing.

Malah, sekarang ini bapanya menggajikan dua orang pekerja untuk menguruskan segala keperluan kucing-kucingnya. 

Kucing seperti juga haiwan-haiwan lain tidak mampu membalas jasa manusia. Namun berbuat baik kepada haiwan seperti kucing membuka jalan untuk menjemput rezeki dengan cara yang lebih mudah.

Wallahu'alam.



Monday, 21 April 2014

Macam Mana Nak Kupas Bawang Putih Dalam 10 Saat?

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Video: Youtube

Assalamualaikum.

Setakat sebiji dua bawang putih yang perlu dikupas kulitnya, memang tidak jadi masalah. Sekejap saja boleh siap. Macam mana pula kalau terpaksa kupas bawang putih dalam kuantiti yang banyak? Boleh, nak kupas satu persatu. Tetapi ada cara yang lebih pantas dan menjimat masa.

Selamat menonton. Moga bermanfaat pada masa akan datang.





Sunday, 20 April 2014

Masalah Jerawat

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google

Assalamualaikum.

Asalnya, muka saya tidaklah bermasalah. Masa sekolah dulu kalau ada jerawat seketul dua adalah perkara biasa. Lama-lama jerawat tu akan hilang. Selalunya jerawat ni muncul bila period.

Sampailah satu ketika, masa saya cuti semester selama dua bulan. Saya ada buat rawatan resdung. Itulah puncanya kulit muka saya menjadi teruk.

Saya memang ada resdung. Tapi masa sekolah dulu mak dengan tok paksa saya telan pil bawang putih dan jamu. Tak tahan dengar leteran mereka berdua, saya makan juga walaupun saya malas sebenarnya. Haha.

Berbalik kepada rawatan resdung yang saya buat. Ada beberapa tempat yang saya pergi. Saya langsung tak tahu kulit saya sangat sensitif. Kesannya apabila semester baru bermula, saya pulang ke kampus dengan keadaan kulit muka yang sangat teruk.

Produk Tidak Berkesan

Kemerah-merahan, gatal dan sakit. Macam-macam produk yang mak saya beli. Vitamin C berbotol-botol habis tetapi tidak memberikan kesan.

Malah, semakin hari kulit saya semakin teruk. Sebut saja produk apa, semuanya mak belikan untuk saya. Hasilnya sangat mendukacitakan. 

Saya pernah ambil supplement berasaskan gamat (jenama terkenal). Satu untuk minum, ada krim untuk sapu dan pencuci muka. Sayangnya, bila cuaca panas, kulit saya khususnya di bahagian pipi menjadi merah macam udang bakar dan menggelupas.

Saya teruskan juga kerana katanya itu perkara biasa. Berbulan-bulan saya pakai produk ni, tapi sia-sia. Rasa sedih dan malu ketika itu. Rasa rendah diri sangat-sangat. Saya malu nak bergambar apatah lagi berhadapan dengan orang lain.

Kemudian saya beralih kepada produk yang lain, silih berganti. Semuanya tidak sesuai dengan kulit saya. Namakan apa saja produk itu, hampir semuanya telah saya cuba. 

Sehinggalah saya menyedari bahawa kebanyakan produk kecantikan yang saya beli adalah produk yang ditempah mengikut spesifikasi tertentu (seperti mana permintaan pelanggan) di kilang yang terletak di Thailand. Perkara ini saya ketahui ketika menjalani praktikal di sebuah firma audit di mana terdapat beberapa syarikat kesihatan dan kecantikan yang menjadi pelanggan kepada firma audit tersebut. 

Jujur saya sudah pun berputus asa ketika itu. Saya berhenti menggunakan apa jua jenis produk. Kali ini saya mencuba beberapa petua yang disarankan oleh beberapa orang yang pernah mempunyai masalah yang sama seperti saya.

Petua Orang Tua

Antaranya kulit kayu manis. Penggunaannya tidak membantu kulit saya sebaliknya kulit muka saya kembali menjadi merah. Satu-satunya yang agak sesuai dengan saya adalah bedak sejuk atau bedak penawar.

Kesan penggunaanya, kulit yang seolah-olah terbakar (merah) semakin berkurangan. Cumanya bila pakai bedak sejuk, kulit menjadi terlalu kering.

Lama juga saya langsung tak ambil peduli tentang muka saya. Saya dah malas nak buat apa-apa tentang muka saya. Rasanya macam tidak ada apa yang boleh dibuat untuk pulihkan keadaan.

Berjumpa Doktor Pakar

Lepas habis belajar, ayah bawa saya jumpa doktor pakar kulit (dermatologist). Tiap-tiap bulan ulang alik pergi klinik tu. Bukannya dekat, lebih setengah jam kot. Tapi masuk jumpa dia kejap je.

Dekat setahun juga la. Bayangkan setahun saya makan antibiotik. Nak kata baik terus tu, tak la. Ada la kurang sikit. Tapi jerawat still keluar. Parut pun tak kurang.

Kos Beribu

Kalau dikirakan balik semua kos yang dikeluarkan, beribu juga la duit mak ayah habis untuk rawat muka saya je. Banyak lagi produk yang saya pernah cuba. Tak terhitung banyaknya. Ada juga yang saya dah lupa namanya.

Produk, ubat dan supplements tu mungkin berkesan untuk orang lain tapi tidak pada saya. Saya banyak membaca tentang masalah jerawat untuk tahu punca dan penyelesaian untuk masalah saya ini.

Kenal Pasti Punca Jerawat

Saya kenal pasti beberapa perkara yang menyebabkan jerawat saya lambat baik dan kadang-kadang bertambah teruk. Jerawat bernanah, berpasir di bahagian dahi, parut hitam dan berlubang. Kulit saya juga menjadi kusam.

Lokasi Jerawat Di Wajah

Rupa-rupanya penting untuk kita tahu lokasi jerawat di wajah kerana setiap lokasi memberitahu keadaan dan masalah yang dialami oleh badan kita. Dengan mengetahui masalah sebenar badan kita, maka kita dapat merawat masalah jerawat ini dengan cara yang betul.

Faktor lain yang tidak kurang pentingnya ialah masalah penghadaman. Jangan main-main dengan hal ini. Nampak macam remeh tapi ini faktor yang kritikal. Masalah sembelit menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Ramai yang tidak menyedari hal ini dan tidak kurang juga yang memandang ringan. Apabila usus kita tidak berfungsi dengan sepatutnya, maka segala bahan yang tidak diperlukan akan tetap disimpan oleh badan. Kadar toksin yang tinggi menyebabkan kadar serapan vitamin dan makanan tambahan yang lain menjadi kurang berkesan.

Oleh itu, pentingnya untuk tubuh badan melakukan detoks sebelum beralih kepada fasa seterusnya iaitu merawat masalah jerawat dan lain-lain lagi.

Selain itu, saya juga mempunyai masalah alahan terhadap habuk, cuaca sejuk dan seafood (boleh rujuk entri ini di SINI). Ini turut menyumbang kepada masalah jerawat yang saya alami.

Misi Menghapus Jerawat

Saya menggunakan produk Shaklee bukan hanya untuk merawat masalah alergi (terhadap seafood) tetapi pada masa yang sama untuk merawat jerawat dan parut di wajah saya.

Kini jerawat di wajah saya sudah semakin surut dan menunjukkan petanda yang positif. Masih ada satu dua jerawat yang muncul, parut (hitam dan berlubang) belum hilang sepenuhnya dan masih terdapat jerawat pasir di dahi.

Jadi, sasaran saya adalah untuk kembali kepada keadaan wajah saya yang asal bebas dan bersih daripada sebarang jerawat, parut dan masalah kulit kusam.

Insya-Allah saya pasti ini akan tercapai dengan izin Allah walaupun memakan sedikit masa. Masih belum terlewat untuk saya mencapai impian saya ini dan saya tidak mahu lagi bereksperimen dengan mana-mana produk dan satu-satunya sebab saya beralih kepada Shaklee kerana produknya organik dan tidak mengandungi bahan kimia (yang boleh memberikan kesan jangka panjang yang tidak baik kepada saya).

Produk yang saya ambil Herbalax (untuk masalah sembelit), ESP, Vitamin E, B complex dan Alfalfa.

Ingin mencuba produk Shaklee?


Facebook : Nor Adilah
Email : noradilah.ahmadshokori@gmail.com






Copyright to NOR ADILAH
Designed by UMIESUEstudio 2015