Thursday, 10 April 2014

Petua Anak Jadi Baik

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google



  1. Ajar anak-anak ilmu tauhid iaitu supaya kenal dan cintakan Allah. Antaranya bawa anak-anak ke masjid untuk solat dan belajar agama.

  2. Ajar anak-anak bahawa Allah melihat apa saja yang kita buat. Walau di mana kita berada Allah pasti nampak kita hatta sekecil-kecil perkara sekali pun.

  3. Ajar anak-anak cinta nabi. Sebelum tidur cerita kepada mereka kisah-kisah nabi, para sahabat dan ahli keluarga nabi. 

  4. Suruh anak-anak solat. Bawa mereka ke masjid untuk solat berjemaah.

  5. Ajar mereka puasa sunat dan qiamullail.

  6. Berkawan dengan mereka. Libatkan diri dengan aktiviti yang mereka lakukan atau libatkan mereka dengan aktiviti kita. Contohnya bawa mereka memancing dan sebagainya.

  7. Panggil anak-anak dengan nama yang baik dan elok.

  8. Terapkan akhlak nabi dalam diri mereka. 




Adab dan Sunnah Minum Air

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google



  1. Pegang bekas minuman (cawan atau gelas) dengan tangan kanan.

  2. Duduk ketika minum.

  3. Sebelum minum baca Bismillah.

  4. Sebelum minum, lihat air yang hendak diminum.

  5. Jangan bernafas ketika minum.
  6. Minum dengan tiga kali teguk.

  7. Selepas minum ucaplah Alhamdullillah.




Wednesday, 9 April 2014

Kelas Akaun (Offline) Untuk Usahawan


KELAS AKAUN OFFLINE



Antara kesilapan yang dilakukan oleh pemula WAHM:
  • Tidak ada rekod
  • Tidak tahu aliran kewangan
  • Tidak pandai jejak sumber
  • Tidak tahu menyimpan rekod
  • Ada yang selalu bocor dan ketirisan wang.
Oleh itu, kami di pihak Akademi Bekerja Di Rumah buat pertama kalinya akan menganjurkan kelas akaun (offline) bagi membantu para usahawan menguruskan akaun perniagaan dengan betul.

Terbuka kepada SEMUA USAHAWAN.


Tarikh    : 10.5.2014
Lokasi    : Shah Alam
Tempat  : 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa      : 9 pagi -5 petang
Yuran Pendaftaran: RM 220 SAHAJA

Makan tengahari dan air mineral disediakan.

MODUL:

1. Pengenalan book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
Case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.


Bonus 1:
Ebook asas blog 
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Jejak Aliran Tunai

Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3: 
Temuramah untuk ruangan bisnes majalah

Bonus 4
Jaminan pulangan wang

Pendaftaran terus melalui saya.

Email : noradilah.ahmadshokori@gmail.com
SMS   : 012- 420 0676
FB     : Nor Adilah



Resepi Epal Hijau Bakar

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google

Resepi epal bakar ini khusus untuk orang yang sedang diet. Semua orang kena jaga kesihatan sebenarnya, bukan orang yang nak kurus je kena jaga kesihatan atau nak tunggu sakit baru nak jaga pemakanan. Salah ye konsep tu. 

Memanglah dugaan cukup kuat. Pagi-pagi dengan roti canai, nasi lemak, mi goreng, bihun goreng, mana tahan macam ni! Huhu. Saya bercakap tentang diri saya juga. Haha.

Makanlah sekadarnya. Kalau nak makan, cukuplah makan ala kadar. Sesekali terbabas bolehlah dimaafkan tapi kalau selalu itu dah memang sengaja. 

Bila kita cakap tentang diet, ramai yang beranggapan diet mesti makan makanan yang tak sedap dan membosankan. Contohnya, pagi-pagi makan oat sahaja. Letihlah kalau macam tu.

Kat sini saya nak share resepi epal bakar. Rasanya lebih kurang macam apple pie (pai epal) tapi yang penting, resepi ini menyihatkan. Sangat mudah untuk membuatnya. Saya tak bagi sukatan, jadi agak-agak je la ye.

Resepi ini secara umum saja. Terpulang pada kreativiti kita nak buat buat macam mana. Boleh olah ikut selera masing-masing, nak ganti dengan oat pun tidak ada masalah. Lagi pun kita yang membuatnya. Kan? Selamat mencuba.


EPAL BAKAR

Bahan-bahan:

Epal hijau
Kurma
Kismis
Badam (dicincang)
Serbuk kulit kayu manis

Cara-caranya:
1. Belah epal kepada dua bahagian.
2. Korek dan buang biji di tengahnya.
3. Isikan bahagian tengahnya dengan sedikit kurma, kismis dan badam     cincang serta taburkan kulit kayu manis di atasnya.
4. Tangkupkan kedua-dua belah epal tersebut dan bungkuskan dengan aluminium foil.
5. Bakar di dalam ketuhar.


Tuesday, 8 April 2014

Kelas Borong Telekung Solat

Peluang khas untuk mereka yang mahu mula bisnes musim perayaan. 2 bulan menjelang Ramadhan dan syawal. Akademi Bekerja Di Rumah buka kelas borong khusus untuk kalian yang mahu belajar menjual borong. Terhad hanya untuk 30 pendaftaran sahaja!
 
Kelas Borong Telekung Solat (Yuran Kelas RM250 Kelas premium)
-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telkung Solat Kanak-Kanak.
- Bonus 4 ebook rujukan

Kelas ini dikendalikan oleh salah seorang guru online akademi, yang merupakan pakar jualan borong bulan Ramadhan. Pendaftaran dibuka, dan mendaftar terus melalui saya ya

Pendaftaran dibuka, dan mendaftar terus melalui saya.






*****************************************************************


Pendaftaran masih dibuka untuk kelas-kelas yang lain. 



Sertai kami bergabung 600 blog!
 Kelas asas blog dan penulisan
 Kelas asas blog, fan page mula bisnes
✔ Kelas asas beriklan mudah.my 
✔ Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif 
✔ Kelas penulisan ebook pertama
✔ Kelas Borong Telekung Solat
✔ Seminar urus akaun wahm soho

Kami bersedia bertugas bila-bila masa, walau di mana sahaja.
Tidak dijadikan kami orang yang berusaha, satukan kami dalam jemaah luar biasa.



Hubungi saya untuk sebarang pentanyaan dan pendaftran kelas.


Email: noradilah.ahmadshokori@gmail.com


SMS : 012 - 420 0676

Rancho Versi Melayu


Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google



Siapa pernah tengok filem 3 Idiots? Filem yang cukup bagus dari sudut jalan ceritanya. Seperti mana filem-filem hindustan yang lain, memang tak dapat lari dari elemen cinta. Tapi yang bestnya, dalam cerita ini tema utamanya adalah persahabatan yang berjaya memikat hati penonton termasuk saya.

Jalan cerita yang menarik, kelakar pada masa yang sama terdapat babak-babak serius. Banyak pengajaran yang kita dapat kutip daripada filem ini dalam keadaan yang menghiburkan. Berkisahkan tentang tiga orang sahabat baik yang belajar di sebuah kolej kejuruteraan terbaik di India.

Sesiapa yang pernah menonton pasti ingat dengan watak utamanya yang dilakonkan oleh pelakon yang sentiasa awet muda iaitu Amir Khan. Haha. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai  Ranchoddas atau digelar Rancho oleh teman-temannya.


Kita sedia maklum, watak Rancho sebagai seorang pelajar yang bijak dan pintar. Namun, beliau terperangkap dalam sistem pendidikan yang hanya berorientasikan peperiksaan (exam oriented) semata-mata. Kalau nak tahu lebih lanjut cerita tersebut boleh tonton filem tu sepenuhnya.

Ok, berbalik kepada tujuan asal entri ini ditulis bukanlah untuk review filem 3 Idiots yang mendapat sambutan cukup hangat daripada penonton, tapi saya ingin mengajak pembaca (ada ke orang baca blog saya ni? huhu) mengenali seorang insan yang persis Rancho atau boleh saya gelarkan Rancho versi Malaysia.

Kenapa saya katakan beliau Rancho? Rancho ni seorang yang kreatif dan inovatif. Boleh menterjemahkan ilmu yang dimiliki dalam kehidupan dan menyesuai padan dalam apa juga bentuk situasi dan keadaan. 




Inilah individu yang ingin saya ketengahkan. Masih ingatkah kita pada suatu nama yang selalu diperkatakan di media massa suatu ketika dahulu tentang rekaciptanya yang sungguh luar biasa. Beliau yang saya maksudkan adalah Tuan Zulkifli Haron.

Pelbagai mesin dan jentera yang beliau hasilkan. Masa saya membaca dan menonton kisahnya, ternganga mulut saya dibuatnya. Tak sangka ada anak tempatan yang mampu menghasilkan produk-produk sedemikian. Selalunya kita banyak disogokkan dengan kehebatan orang-orang luar yang dikatakan hebat dan gah. Rupanya, orang kita pun apa kurangnya. Cuma publisiti itu yang tidak ada.

Melihat produk-produk yang dihasilkan olehnya, memang terbaiklah. Macam-macam yang direka oleh Tuan Zul atau lebih dikenali sebagai Zul Tech. Antaranya, mesin buka kulit durian (yang mampu mengupas 4 biji durian dalam masa seminit), mesin kuih tat dan semperit, beca elektrik dan banyak lagi termasuk projek untuk OKU dan rekayu. Malah ada juga projek-projek khas untuk membantu pengusaha IKS dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan. 

Menariknya, beliau turut membuka peluang kepada orang ramai untuk mempelajari bidang ini dalambentuk latihan dan kursus-kursus dan yang lebih istimewanya ini adalah berdasarkan kajiannya selama 20 tahun yang telah terbukti berjaya. Buktinya adalah Tuan Zul Tech sendiri. Kursus dan latihan yang ditawarkan juga sesuai dengan cara dan pemikiran masyarakat tempatan di Malaysia. Justeru, sebarang maklumat lanjut boleh dapatkan di SINI.

Alangkah baiknya jika kursus yang ditawarkan oleh beliau dapat diperluaskan dengan kerjasama badan-badan kerajaan seperti MARA dan sebagainya, sudah tentu ramai yang akan dapat manfaatnya. Mungkin juga boleh dipertimbangkan untuk dibawa ke peringkat lebih awal contohnya di sekolah menengah. Mana tahu lebih ramai anak Malaysia yang berbakat seperti Zul Tech yang dapat dilahirkan kelak. Siapa tahu kan?







Sunday, 6 April 2014

Rahsia Teh Tarik Mamak


Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google




Bayangkan segelas teh tarik tersedia di depan mata kita.

Lemak, berkrim disukai ramai. Siap dengan buih lagi. Maklumlah teh tarik.

Apa yang menyebabkan teh tarik tu jadi sedap?

Buihnya kah?

Susunya kah?

Atau tukang bancuhnya kah? Haha.

Rahsianya terletak pada garam.

Letak garam dalam teh? Biar betul? Bukan patut letak gula ke?

Ya, garam adalah rahsianya. Ini betul-betul ye, bukan cubaan.

Nak mudah, masukkan secubit garam dalam air teh yang kita bancuh.

Tapi kalau kat kedai mamak biasanya sudu yang digunakan untuk bancuh teh akan dicelup dalam bekas berisi air garam. Jadi apabila sudu ini digunakan untuk membancuh teh, sisa-sisa air garam yang terlekat pada sudu akan bercampur dengan air teh.

Rasa garam itulah yang menaikkan rasa lemak teh yang dibancuh. Rasa lemak dah sedia ada bila kita guna susu, cumanya rasanya akan lebih menyerlah apabila ditambah dengan garam.

Macam tu juga dalam apa jua jenis masakan yang kita masak. Kebanyakan masakan yang menggunakan susu atau santan (ada elemen lemak) di dalamnya memerlukan tambahan sedikit garam untuk menyedapkan lagi masakan tersebut. 

Boleh cuba bubuh garam dalam masakan seperti dadih dan bubur. Jangan letak banyak sangat. Sikit saja dah cukup. Rasa manis dan lemak akan saling melengkapi. Cubalah.






Copyright to NOR ADILAH
Designed by UMIESUEstudio 2015