Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar : Google
Pulang dari bumi Gaza, seorang ustaz berkongsi pengalamannya berada di sana setelah perang berakhir. Suasana tenang namun Hamas sentiasa dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika Israel kembali menyerang.
Selepas melalui pelbagai halangan dan kesukaran akhirnya dia (ustaz) dibawa bertemu dengan briged Al-Qassam. Kedatangannya disambut oleh para tentera yang berbaris panjang.
Malangnya, apabila sampai kepada tentera terakhir yang berada di dalam barisan tersebut, huluran salamnya tidak bersambut. Dia kaget.
Sombongnya tentera Al-Qassam ini!
Kemudian, seorang jeneral menghampiri anak buahnya (tentera yang tidak menghulurkan tangan itu). Lantas dipegang tangan anak buahnya lalu dihulurkan kepada ustaz tersebut.
Tergamam ustaz itu. Rupa-rupanya tentera yang disangkanya sombong adalah seorang tentera yang buta kedua-dua belah matanya. Sedang di bahunya kelihatan beberapa jenis senjata sama seperti tentera lain. Langsung tidak ada bezanya.
Bagaikan dapat membaca apa yang tersirat di hati ustaz itu, tentera itu dengan penuh bersemangat berkata bahawa matanya sekarang sedang berada di syurga. Justeru, yang ada di dunia ini cuma jasad semata-mata. Tidak lama lagi tubuh badannya akan bersatu dengan sepasang mata yang kini sedang berehat di dalam syurga.
Allah. Allah.
No comments:
Post a Comment