Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar : Google (Darul Murtaza & Zon Kuliah)
Bulan Zulhijjah
adalah bulan terakhir dalam kalendar Islam. Perasan atau tidak, bulan Zulhijjah
adalah peluang kedua yang Allah berikan kepada kita selepas bulan Ramadan.
Sepuluh hari awal
pada bulan Zulhijjah adalah hari yang cukup istimewa. Allah berikan ganjaran
yang sangat besar kepada sesiapa yang beramal soleh pada sepuluh hari ini.
Solat malam
(qiamullail), baca Al-Quran, sedekah, berzikir, tolong orang dan apa jua bentuk
amalan baik yang kita buat semuanya Allah berikan pahala. Tetapi, ganjaran
pahala yang Allah berikan tidak sebesar ganjaran pahala yang Allah janjikan
kepada sesiapa yang melakukan amal soleh pada sepuluh hari dalam bulan
Zulhijjah ini.
AMALAN YANG
DIGALAKKAN
Beberapa amalan
yang digalakkan khasnya untuk dilakukan pada 1 hingga 10 Zulhijjah, perbanyakan:
- Zikir (tahlil, tahmid, tasbih dan takbir)
- Puasa (khususnya pada 9 Zulhijjah iaitu Hari Arafah)
Nabi SAW berkata, Allah ampunkan
dosa-dosa setahun sebelum dan selepas.
Nabi SAW turut bersabda tentang kelebihan hari Arafah: “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim).
- Korban
- Taubat
AMALAN TAMBAHAN (khusus
bagi yang melakukan ibadah korban)
Orang yang
berniat untuk melakukan ibadah korban, SUNAT (hukumnya) baginya untuk TIDAK
memotong kuku, rambut (dan bulu pada badan) bermula dari 1 Zulhijjah sehinggalah
selesai ibadah korban dilakukan (binatang korban disembelih).
Oleh itu, ada
saja peluang untuk buat baik, maka buatlah.
Wallahu’alam.
Rujukan: Ustaz Shamsuri Haji Ahmad
Ustaz Harryanto Rizal Rokman
Ustaz Zahazan Mohamed
Mahu berkongsi kisah inspirasi dan motivasi ?
Belajar ilmu asas blog dan penulisan serta bina khalayak pembaca sendiri.
Daftar kelas asas blog dan penulisan ini sekarang!
Belajar ilmu asas blog dan penulisan serta bina khalayak pembaca sendiri.
Daftar kelas asas blog dan penulisan ini sekarang!
Klik sini untuk maklumat lanjut tentang kelas yang ditawarkan ------->>> Kelas Online
No comments:
Post a Comment