Monday 21 April 2014

Macam Mana Nak Kupas Bawang Putih Dalam 10 Saat?

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Video: Youtube

Assalamualaikum.

Setakat sebiji dua bawang putih yang perlu dikupas kulitnya, memang tidak jadi masalah. Sekejap saja boleh siap. Macam mana pula kalau terpaksa kupas bawang putih dalam kuantiti yang banyak? Boleh, nak kupas satu persatu. Tetapi ada cara yang lebih pantas dan menjimat masa.

Selamat menonton. Moga bermanfaat pada masa akan datang.





Sunday 20 April 2014

Masalah Jerawat

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google

Assalamualaikum.

Asalnya, muka saya tidaklah bermasalah. Masa sekolah dulu kalau ada jerawat seketul dua adalah perkara biasa. Lama-lama jerawat tu akan hilang. Selalunya jerawat ni muncul bila period.

Sampailah satu ketika, masa saya cuti semester selama dua bulan. Saya ada buat rawatan resdung. Itulah puncanya kulit muka saya menjadi teruk.

Saya memang ada resdung. Tapi masa sekolah dulu mak dengan tok paksa saya telan pil bawang putih dan jamu. Tak tahan dengar leteran mereka berdua, saya makan juga walaupun saya malas sebenarnya. Haha.

Berbalik kepada rawatan resdung yang saya buat. Ada beberapa tempat yang saya pergi. Saya langsung tak tahu kulit saya sangat sensitif. Kesannya apabila semester baru bermula, saya pulang ke kampus dengan keadaan kulit muka yang sangat teruk.

Produk Tidak Berkesan

Kemerah-merahan, gatal dan sakit. Macam-macam produk yang mak saya beli. Vitamin C berbotol-botol habis tetapi tidak memberikan kesan.

Malah, semakin hari kulit saya semakin teruk. Sebut saja produk apa, semuanya mak belikan untuk saya. Hasilnya sangat mendukacitakan. 

Saya pernah ambil supplement berasaskan gamat (jenama terkenal). Satu untuk minum, ada krim untuk sapu dan pencuci muka. Sayangnya, bila cuaca panas, kulit saya khususnya di bahagian pipi menjadi merah macam udang bakar dan menggelupas.

Saya teruskan juga kerana katanya itu perkara biasa. Berbulan-bulan saya pakai produk ni, tapi sia-sia. Rasa sedih dan malu ketika itu. Rasa rendah diri sangat-sangat. Saya malu nak bergambar apatah lagi berhadapan dengan orang lain.

Kemudian saya beralih kepada produk yang lain, silih berganti. Semuanya tidak sesuai dengan kulit saya. Namakan apa saja produk itu, hampir semuanya telah saya cuba. 

Sehinggalah saya menyedari bahawa kebanyakan produk kecantikan yang saya beli adalah produk yang ditempah mengikut spesifikasi tertentu (seperti mana permintaan pelanggan) di kilang yang terletak di Thailand. Perkara ini saya ketahui ketika menjalani praktikal di sebuah firma audit di mana terdapat beberapa syarikat kesihatan dan kecantikan yang menjadi pelanggan kepada firma audit tersebut. 

Jujur saya sudah pun berputus asa ketika itu. Saya berhenti menggunakan apa jua jenis produk. Kali ini saya mencuba beberapa petua yang disarankan oleh beberapa orang yang pernah mempunyai masalah yang sama seperti saya.

Petua Orang Tua

Antaranya kulit kayu manis. Penggunaannya tidak membantu kulit saya sebaliknya kulit muka saya kembali menjadi merah. Satu-satunya yang agak sesuai dengan saya adalah bedak sejuk atau bedak penawar.

Kesan penggunaanya, kulit yang seolah-olah terbakar (merah) semakin berkurangan. Cumanya bila pakai bedak sejuk, kulit menjadi terlalu kering.

Lama juga saya langsung tak ambil peduli tentang muka saya. Saya dah malas nak buat apa-apa tentang muka saya. Rasanya macam tidak ada apa yang boleh dibuat untuk pulihkan keadaan.

Berjumpa Doktor Pakar

Lepas habis belajar, ayah bawa saya jumpa doktor pakar kulit (dermatologist). Tiap-tiap bulan ulang alik pergi klinik tu. Bukannya dekat, lebih setengah jam kot. Tapi masuk jumpa dia kejap je.

Dekat setahun juga la. Bayangkan setahun saya makan antibiotik. Nak kata baik terus tu, tak la. Ada la kurang sikit. Tapi jerawat still keluar. Parut pun tak kurang.

Kos Beribu

Kalau dikirakan balik semua kos yang dikeluarkan, beribu juga la duit mak ayah habis untuk rawat muka saya je. Banyak lagi produk yang saya pernah cuba. Tak terhitung banyaknya. Ada juga yang saya dah lupa namanya.

Produk, ubat dan supplements tu mungkin berkesan untuk orang lain tapi tidak pada saya. Saya banyak membaca tentang masalah jerawat untuk tahu punca dan penyelesaian untuk masalah saya ini.

Kenal Pasti Punca Jerawat

Saya kenal pasti beberapa perkara yang menyebabkan jerawat saya lambat baik dan kadang-kadang bertambah teruk. Jerawat bernanah, berpasir di bahagian dahi, parut hitam dan berlubang. Kulit saya juga menjadi kusam.

Lokasi Jerawat Di Wajah

Rupa-rupanya penting untuk kita tahu lokasi jerawat di wajah kerana setiap lokasi memberitahu keadaan dan masalah yang dialami oleh badan kita. Dengan mengetahui masalah sebenar badan kita, maka kita dapat merawat masalah jerawat ini dengan cara yang betul.

Faktor lain yang tidak kurang pentingnya ialah masalah penghadaman. Jangan main-main dengan hal ini. Nampak macam remeh tapi ini faktor yang kritikal. Masalah sembelit menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Ramai yang tidak menyedari hal ini dan tidak kurang juga yang memandang ringan. Apabila usus kita tidak berfungsi dengan sepatutnya, maka segala bahan yang tidak diperlukan akan tetap disimpan oleh badan. Kadar toksin yang tinggi menyebabkan kadar serapan vitamin dan makanan tambahan yang lain menjadi kurang berkesan.

Oleh itu, pentingnya untuk tubuh badan melakukan detoks sebelum beralih kepada fasa seterusnya iaitu merawat masalah jerawat dan lain-lain lagi.

Selain itu, saya juga mempunyai masalah alahan terhadap habuk, cuaca sejuk dan seafood (boleh rujuk entri ini di SINI). Ini turut menyumbang kepada masalah jerawat yang saya alami.

Misi Menghapus Jerawat

Saya menggunakan produk Shaklee bukan hanya untuk merawat masalah alergi (terhadap seafood) tetapi pada masa yang sama untuk merawat jerawat dan parut di wajah saya.

Kini jerawat di wajah saya sudah semakin surut dan menunjukkan petanda yang positif. Masih ada satu dua jerawat yang muncul, parut (hitam dan berlubang) belum hilang sepenuhnya dan masih terdapat jerawat pasir di dahi.

Jadi, sasaran saya adalah untuk kembali kepada keadaan wajah saya yang asal bebas dan bersih daripada sebarang jerawat, parut dan masalah kulit kusam.

Insya-Allah saya pasti ini akan tercapai dengan izin Allah walaupun memakan sedikit masa. Masih belum terlewat untuk saya mencapai impian saya ini dan saya tidak mahu lagi bereksperimen dengan mana-mana produk dan satu-satunya sebab saya beralih kepada Shaklee kerana produknya organik dan tidak mengandungi bahan kimia (yang boleh memberikan kesan jangka panjang yang tidak baik kepada saya).

Produk yang saya ambil Herbalax (untuk masalah sembelit), ESP, Vitamin E, B complex dan Alfalfa.

Ingin mencuba produk Shaklee?


Facebook : Nor Adilah
Email : noradilah.ahmadshokori@gmail.com





Tak Kenal Maka Tak Cinta

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk sampai ke saat ini. Didoakan agar kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya.

Ikuti perkongsian salah seorang peserta kelas asas blog dan penulisan.


"Tak ada idea nak tulis apa dekat blog ni."
"Dah bersawang blog ni."
"Dah berhabuk blog ni"

Saya yakin ramai yang biasa dengar kata-kata ini. Saya juga yakin ramai yang biasa menulis kata-kata ini juga. Bagaimana saya tahu? Kerana saya juga dahulu begitu.
Sejak saya melahirkan Aspirasi Suri, banyak reaksi, komen dan pandangan yang diberikan oleh keluarga dan teman-teman terdekat juga dari guru online Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Kebanyakkannya memberikan reaksi positif. Alhamdulillah. Namun pujian itu adalah amaran kepada saya agar jangan selesa. Masih terlalu banyak ilmu yang perlu digali. Banyak dan takkan pernah habis. Ada juga yang tidak percaya bahawa entri-entri ini ditulis oleh saya sendiri. Mungkin kerana selama ini mereka tidak pernah nampak sisi saya yang satu ini.
Membaca dan menulis adalah dua perkara yang sangat saya cintai. Saya mampu leka berjam-jam lamanya bergelumang dengan keduanya. Hingga terlupakan yang lain-lain. Cuma semenjak bertemu jodoh dengan ABDR, barulah saya nampak dengan jelas arah cita-cita yang perlu saya tuju. Bukan saya tidak pernah menulis blog sebelum ini. Tetapi hasilnya selalu merapu dan separuh jalan. Nyata, nak menuntut ilmu perlu berguru.
Sebelum bertemu dengan ABDR, saya adalah pelbagai. Pelbagai maksudnya disini adalah saya telah buat bermacam-macam perkara. Saya masih tercari-cari apa yang paling serasi dengan jiwa saya untuk saya titipkan didalam karya kehidupan saya. Saya keliru. Apa yang saya mahukan sebenarnya didalam hidup ini.
Saya pernah bekerja. Swasta dan kerajaan. Saya pernah menjalankan perniagaan Alat Tulis dan Fotokopi secara perkongsian namun masih tidak berpuas hati. Jiwa rasa kosong. Kemudian saya berjinak-jinak dengan produk kesihatan dengan menjadi pengedar. Produk kesihatan itu memang bagus tiada salahnya. Saya berjalan membuat jualan hampir RM6000 pada bulan pertama dan meningkat pada bulan kedua dan seterusnya. Ramai juga yang meminta tips bagaimana memasarkan produk berkenaan untuk menaikkan jualan. Kata mereka, 'iklan' yang saya buat best dan 'mencangkuk' minat pelanggan. Alhamdulillah. Segala puji untuk Allah S.W.T. jua. Tiada daya tanpa izin-Nya.
Namun masih saya merasakan ada sesuatu yang belum sampai. Tiada kepuasan. Apa yang saya pasti, cinta pada buku dan menyusun kata-kata memang sentiasa menjadi minat saya dari dulu lagi. Saya sangat suka membaca dan menulis tentang perkara yang berkaitan dengan diri saya. Tentang apa-apa yang mengingatkan diri saya. Contohnya bila saya terasa malas. Saya akan cari bahan bacaan tentang malas dan tulis tentangnya. Dengan cara begitu, semangat rajin datang kembali dan virus kemalasan beransur pergi.
Sehingga akhirnya saya membuat keputusan untuk menyertai ABDR. Alhamdulillah. Dibawah pimpinan Pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad dan Guru Online ABDR, Puan Nurzahwani Mohd Nor yang tidak jemu-jemu memberi semangat dan tunjuk ajar, maka terlahirlah Aspirasi Suri. Ruang saya menuntut ilmu. Ruang saya berkarya. Ruang saya menyebarkan secebis manfaat jika ada yang sudi membaca. Ruang mencari kepuasan tentang baca dan tulis.
Saya menetapkan matlamat untuk pergi lebih jauh dalam bidang penulisan ini. Semoga Allah S.W.T. mempermudahkan segalanya. Doakan saya ya. Terima kasih sekali lagi kepada Puan Pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad dan Guru Online Puan Nurzahwani Mohd Nor atas jasa bakti kalian berdua. Terima kasih semua yang menyokong saya dan Aspirasi Suri. Terima kasih.

-----------------------------------------------------------------------------------------


Bergabung bersama kami, 600 blog, 13 guru online sedang bertugas. 21 kelas secara online sedang berlangsung setiap hari.
1.Kelas online asas blog dan penulisan
2.Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
3.Kelas online iklan di mudah.my
4.Kelas online penulisan kreatif
5.Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
6 Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO - online dan offline
7. Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
8.Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
9.Ruang Iklan di Soho Directory
http://sohodirectory.blogspot.com/

Jika berminat untuk sertai kami, boleh hubungi saya:
Email : noradilah.ahmadshokori@gmail.com
Facebook : Nor Adilah

Jika belum bersedia, boleh baca dulu ebook ini.
Kami ada promosi beli 2 ebook untuk 1 harga ebook.


Pakej ini khas untuk mereka yang sedang mencari idea untuk mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Baca dulu dalam ebook 101 idea home based bisnes. Gali dan cari apa minat dan kemahiran yang kalian ada, melalui ebook ini. Dapatkan tip-tips sebelum bermula. Dengan hanya secara sambilan, mula promosi secara atas talian.

Gunakan ebook belajar asas blog untuk mula membina blog bisnes kalian.

Harga biasa RM100 untuk 2 ebook.
Harga promosi sekarang, RM50.
Jadi dapatkan dua ebook ini sebelum tamat promosi. Cari apa idea yang sesuai untuk bermula dari rumah dan mulakan jejak pelanggan melalui blog.
Ringkasan Bab Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.
Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses
Ringkasan Bab Asas Blog:
Bab 1: Analisa & Penentuan Blog
Bab 2: Langkah Demi Langkah
Bab 3: Blog Bisnes Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Jenis Entri Penulisan
Bab 6: Penulisan Berpengaruh
Bab 7: Tips Penulisan
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Asas Suntingan
Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook

PM kami cepat-cepat sebelum PROMOSI ini berakhir.

Jika berminat untuk memiliki ebook ini, boleh hubungi saya:
Email : noradilah.ahmadshokori@gmail.com
Facebook : Nor Adilah


Saturday 19 April 2014

Allah Buat!

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Nor Adilah Ahmad Shokori



Minggu lepas, dahan pokok milik jiran patah. Kena wayar elektrik dan telefon rumah ayah, putus wayar tu. Faris, anak buah yang semakin petah bercakap sibuk duk tanya Mak Teh dia.

"Ape tu?"

"Pokok tumbang."

"okok umbang?"

"Pokok tumbang kena wayar tu. Putus."

"Ooo...Sape wat (buat)?"

"Allah buat."

"Allah tu sape?"

"Allah tu yang buat semua benda. Buat Faris, buat Mak Teh, buat umi, buat pokok."

"Aner (mana) Allah?"

"Allah ada kat mana-mana. Dia nampak apa yang kita buat."


Tangan dah siap nak lempar kopiah tok ayah.


"Tak baik baling barang. Allah nampak." Dan-dan (Masa tu juga) letak balik kopiah atas meja.


Petang tu, Mak Lang pulak tanya kat Faris.

"Faris, pokok tumbang sapa buat?"

"Allah wat (buat)!"

"Allah ada kat mana?"

"Allah gi keje."

"Allah pi mana?"


"Allah gi sekolah."

Alahai, Faris! Alhamdulillah. Bila dengar Faris cakap macam tu, rasa tenang. Perasaan nak marah itu jadi reda bila kita kembali mengenang bahawa tidak ada sesuatu pun yang akan berlaku tanpa izin Allah. Wallahu'alam.





Friday 18 April 2014

Kamipun Mahu Duduk Rumah Sepenuh Masa!

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google


Artikel ini sudah lama tetapi masih lagi relevan dalam konteks semasa. Ditulis oleh Puan Jalilah Abdullah dalam Majalah Anis bilangan 127 di bahagian catatan editor. Saya kongsikan sebahagian kandungannya untuk bacaan semua.

Tanyalah kepada wanita-wanita yang bakal mendirikan rumah tangga. Impian utama mereka pastinya ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga. Ingin mencurah bakti dan menjaga makan pakai suami dan anak-anak. Ingin menyambut suami yang balik dari kerja dengan senyum dan salam.

Namun bukan semua impian ini dapat dilaksanakan kerana tuntutan membantu menambah ekonomi keluarga menuntut untuk suami dan isteri sama-sama keluar bekerja. Membantu meringankan beban suami demi keselesaan kehidupan berkeluarga.

Kehidupan di bandar besar, realitinya lagi hebat! Jika telah berkeluarga gaji bernilai RM2000 belum boleh dianggap selesa. Memadai cukup-cukup makan. Manakan tidak, rumah sewa perlu dibayar, begitu juga rumah yang dibeli, kenderaan perlu dibayar ansuran bulanan. Kalau tak punya kenderaan motorsikal sekalipun berulang-alik naik kenderaan awam juga memerlukan tabungan duit. Itu belum masuk bayaran nurseri, lampin pakai buang, susu, barang dapur, tuisyen anak-anak, tabungan dan sumbangan untuk ibu ayah di kampung.

Sempat saya mendengar luahan rasa beberapa orang wanita, “sebenarnya kami sayu hati nak tinggalkan rumah keluar bekerja, sayu mahu melepaskan anak tinggal di nurseri sebab apabila tengok anak menangis kami pun mahu sama menangis. Kami kalau boleh hendak anak besar di tangan sendiri sepanjang masa tetapi kasihan pula tengok suami berhempas pulas seorang diri kerja siang malam cari rezeki untuk tamping nafkah keluarga.

“Apabila kami kerja setidak-tidaknya suami ada masa waktu makan malam bersama anak-anak. Kami bekerja untuk buat tabungan hujung tahun untuk keperluan persekolahan.”

Inilah antara rintihan wanita-wanita yang keluar bekerja. Niat utama untuk bantu ringankan beban suami.
Hari ini, para wanita mempunyai pilihan untuk bekerja walaupun hanya duduk di rumah. Sebenarnya bekerja dari rumah bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan sekarang. 

Malah istilah WAHM (work at home moms), SAHM (stay at home moms) dan sebagainya semakin mendapat tempat di negara ini.

Oleh itu, kami di Akademi Bekerja Di Rumah menyediakan ruang dan peluang bagi para wanita dan juga lelaki untuk merealisasikan impian anda untuk membina kerjaya hanya dari rumah.


[Akademi Bekerja Di Rumah]
Ia merupakan Akademi yang berjalan 100% secara online.
Kini terdapat 600 orang pelajar secara online
Sudah terbina hampir 600 buah blog 
Sudah ada 13 orang guru online dan 
Sudah ada berpuluh rakan niaga online

Kenapa online?
Kerana berjuta orang lebih suka mendapatkan info dan mendapatkan produk dan perkhidmatan secara online. Dalam berjuta, kita hanya perlukan beberapa orang sahaja sehari untuk mendapatkan perkhidmatan /produk kita. Ia lebih menjimatkan kos berbanding membuka premis dan menunggu orang datang masuk.

Masa makin pantas berlalu, orang makin pantas bergerak, teknologi menemukan manusia sesama manusia tanpa perlu travel. Manfaatkan peluang ini.

Jika mahu Ilmu / Informasi , kita ada beberapa ebook yang boleh dijadikan rujukan:

1. Ebook Belajar Asas Blog
2. Ebook 101 Idea Home Based Bisnes
3. Ebook Mula Bisness Butik Online/Offline
4. Ebook Superwahm Supermom
5. Ebook Panduan Kediaman Pertamaku
6. Ebook Panduan Mudah,my (bakal terbit)
7. Ebook Panduan 44 hari pantang
8. Ebook Resipi Pantang
9. Ebook Panduan Bekerja dan Berniaga (bakal terbit)
10. Ebook Panduan Rakan Niaga

Jika mahu berguru/belajar online/ada mentor, kita ada beberapa kelas online:

1. Kelas belajar asas blog dan penulisan
2. Kelas belajar asas blog dan fan page niaga
3. Kelas belajar penulisan cerpen
4. Kelas belajar mudah.my
5. Kelas Pengurusan Akaun (dijalankan secara online dan offline)
6. Terbaru : Borong Telekung (Peluang Bisnes Bulan Ramadan)
7. Terbaru : Bengkel Fizikal HandsOn- Bengkel Branding Yourself & Business Strategies

Jika mahu beriklan pula, kita sudah ada rangkaian network dan tapak iklan di soho directory . Kita ada beberapa perkhidmatan seperti:

- Sewa Tapak Iklan dan satu page untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan
- Mengambil upah membina blog

Dan akan ada pelbagai lagi produk dan perkhidmatan digital dan online pada masa akan datang. Ianya se mudah di hujung jari saja.

Bagi kesemua peserta kelas online, layak beriklan percuma di soho directory, menjadi Ahli Alumni akademi Bekerja di rumah dan layak mempromosikan produk akademi dan mendapat komisyen (affiliate) .

Siapa mahu dapatkan ebook?
Siapa mahu belajar online?
Siapa mahu jadi Ahli Akademi Bekerja Di Rumah?
Siapa mahu jadi rakan niaga (affliate) Akademi Bekerja Di Rumah?

Boleh bertanya, boleh daftar, boleh isi form
PM saja saya Nor Adilah atau SMS di 012 4200 676

Semua orang boleh, tak kira lelaki atau wanita. Senior atau junior. Semuanya Online. Semoga Akademi ini menjadi pelopor kepada kemajuan WAHM alaf baru 





Doa Memohon Takdir Yang Baik

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori

Assalamualaikum.

Kita tidak boleh mengelak takdir yang telah ditetapkan untuk kita. Jadi kita pohon kepada Allah jika takdir itu berlaku, kalau berlaku sesuatu perkara yang buruk ketika itu, kita tidak berada di tempat kejadian.

Doa ini diperoleh oleh Ustaz Muhammad Abdullah semasa mengerjakan umrah daripada gurunya di Makkah. Sesuai diamalkan selepas solat. 




Thursday 17 April 2014

Ikan Goreng Tak Habis?

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google

Assalamualaikum.


Pagi-pagi, angkat tudung saji dan kita tengok ada ikan goreng yang tidak habis dimakan. Kalau buang, membazir. Sayang sebab benda boleh makan lagi. Selain bagi kucing makan (dapat pahala), kita boleh kitar semula ikan goreng yang masih berbaki.

Antaranya, boleh dijadikan rencah nasi goreng. Caranya, buang tulang ikan dan ambil isinya saja. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, cili hidup dan belacan. Kemudian, tumis bahan tumbuk ini bersama isi ikan goreng. 

Bila bahan-bahan ini sudah pun garing, masukkan nasi. Kacau rata. Perasakan dengan garam. Jika suka boleh pecahkan telur dan gaul rata telur dengan nasi. Akhir sekali, masukkan sayur. Siap satu hidangan untuk sarapan.

Di samping itu, isi ikan goreng boleh digunakan untuk membuat begedil. Caranya sama seperti kita membuat begedil daging atau ayam.

Malah, lebihan ikan goreng boleh diolah menjadi menu utama untuk dimakan bersama nasi. Antara yang boleh dimasak adalah ikan goreng masak sambal, ikan goreng masak kicap mahu pun ikan masak cuka.

Jimat masa, tenaga dan wang pastinya. =)








Copyright to NOR ADILAH
Designed by UMIESUEstudio 2015