LEMARI ILMU

BUKU: CERITA CINTA AHMAD AMMAR




Benarlah kematian Ahmad Ammar Ahmad Azam adalah suatu kematian yang hidup. Kematian yang menghidupkan sekian banyak jiwa. 

Baru membaca beberapa bab, hati sudah mula terasa sebak bercampur kagum bukan saja terhadap Ammar tetapi juga ibu bapanya.

Saya kongsikan petikan dari buku Cerita Cinta Ahmad Ammar iaitu ketika bapa Ammar menyampaikan perkhabaran bahawa Ammar telah meninggal dunia kepada ibu Ammar. Mengalir air mata saya.


            Sekitar jam 12 tengah malam tatkala abah menjemput emak di Hentian Jalan Duta,               kegembiraan telah bertukar menjadi satu kejutan dan kesedihan. Sebaik emak                       memasuki    kereta, abah memberitahu, "You have to be strong. We received a call                 from Turkey, Ammar kemalangan, dilanggar ambulans dan meninggal."

           Allahu akbar...tatkala berita itu menyapa telinga emak, hati emak dirasakan seolah-               olah telah direntap sehingga kosong sekosongnya, tanpa meninggalkan sebarang                 ruang perasaan melainkan hanya mampu melafazkan, "Innalillahi wainna ilaihi ra                    jiunn..."

Hebat ibu ini. Tidak ada setitis air mata pun yang menitik. Allah berikan ketabahan kepadanya. Kekuatan berdepan dengan saat kehilangan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga mereka. 

Semoga kisah Ammar memberikan inspirasi kepada kita semua. Baiknya Ammar bukan hanya sebagai seorang anak, malah sebagai seorang sahabat, adik, pelajar dan sebagainya.

Seperti mana harapan penerbit buku ini agar fenomena Ammar dapat dilihat dari sudut kaca mata teladan dan diambil sebagai pengajaran bagi kita semua dalam meneruskan kehidupan Muslim menurut ajaran Islam yang sebenar-benarnya.




Sekiranya berminat untuk mendapatkan buku ini, bolehlah menghubungi: 012-425 1356 (Fikri). Buku setebal 400 muka surat berharga RM 20 sangat berbaloi untuk dimiliki.



No comments:

Post a Comment


Copyright to NOR ADILAH
Designed by UMIESUEstudio 2015