Thursday 10 July 2014

Tambah Ilmu Melalui Kelas Online ABDR

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori
 
Bismillah.
Syukur kepada Allah melihat teman saya ini mengorak langkah dalam ABDR. Terharu dan sebak kerana saya ditakdirkan oleh Allah menjadi orang tengah antara Puan Noor Azila dan ABDR.

Bahagia apabila dapat membantu suri rumah menambah ilmu . Alhamdulillah. Semoga terus sukses.
 
Sumber :  http://noorazilamohamad.blogspot.com/2014/07/ulasan-tentang-blog-asas-dan-fanpage.html
 
Alhamdulillah, akhirnya hampir selesai segala tugasan yang diberikan. Sebulan yang lalu, diperkenalkan oleh Nor Adilah kepada tenaga  pengajar ABDR, Cikgu Anysidayu Zakaria. Sebelum mengenali ABDR, saya sering mengikuti beberapa kursus untuk mula berjinak-jinak dengan bisnes. Yelah, sebelum bertindak kita kenalah persiapkan diri dengan ilmu yang perlu. Kalau tidak, umpama, terjun ke laut tanpa ilmu renang. Saya mula mengikuti kursus Dr. Azizan sewaktu mengandungkan anak pertama. Di situ saya mula membuka mata, seseorang pelajar yang mempunyai kelulusan, dengan gaji RM5k adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan seorang usahawan. Tetapi sebelum bergelar usahawan, pastikan kita memantapkan diri dengan ilmu-ilmu yang dapat membantu kita mengharungi segala cabaran dan dugaan sebelum bergelar usahawan.
 
Faktor yang menyukarkan saya untuk mengikuti beberapa kursus ialah masa dan anak-anak. Jika saya mengikuti kursus, suami perlu bercuti atau menghantar saya. Malah anak-anak pula, tidak pernah berjauhan walaupun hanya sehari. Pernah satu ketika, sewaktu anak pertama berusia 8 bulan, saya dan suami bawa bersama mengikuti kursus pemasaran di Kuala Lumpur. Nasib baik mereka membenarkan, tetapi hanya separuh hari saya mengikutinya, anak dah mula menunjukkan rasa tidak selesa, saya hanya membiarkan suami mengikutinya sehingga tamat.
 
Namun, setelah diperkenalkan dengan ABDR, saya rasa sangat bersyukur , saya dapat menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan mampu menaikkan semangat saya untuk bergelar usahawan. Kelas asas blog dan fanpage ini cukup mudah. Saya tidak perlu lagi menyusahkan suami untuk menghantar, tidak perlu lagi risau tentang anak-anak, semuanya hanya secara 'online'. Masa untuk belajar pun, tidak membebankan, bila-bila ada masa terluang saya akan berhubung dengan cikgu anys. Ada kalanya, saya akan luangkan masa untuk belajar, tengah malam, selepas anak-anak tidur, kadang-kadang awal pagi.Namun cikgu anys, sentiasa ada untuk membantu dan cukup memahami. Seperti kata pepatah "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".  Terima kasih juga kepada pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad, kerana cukup memahami keperluan suri.
 
Sebelum ini, saya mengenali 'bisnes online' hanya menggunakan fb. Setelah mempelajari di ABDR, saya rasa ia lebih mudah, apatah lagi jika kita dapat gabungkan kemahiran pemasaran blog dan fb. Dengan blog, kita lebih mudah untuk menghuraikan mengenai sesuatu produk, lebih mudah untuk mempamerkan produk dan service yang kita ada, dan lebih meyakinkan. Alhamdulillah, saya semakin jelas dengan halatuju untuk bergelar usahawan. In shaa Allah...

Wednesday 9 July 2014

Gaza Bermandi Darah

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori


Tatkala dunia asyik bercerita tentang Piala Dunia, lupakah kita kepada saudara kita di Gaza? Gaza dibedil lagi. Saudara kita di Gaza mempertahankan bumi suci umat Islam bukan hanya dengan darah dan air mata tetapi juga dengan nyawa.

Senarai nama mereka yang syahid












Photo: ‎مجزرة في خانيونس... عدد من الشهداء والمفقودين بينهم أطفال.

صور وتفاصيل أوفى:
http://www.qudsn.ps/article/44708‎
Kanak-kanak turut menjadi mangsa


Mengikut laporan Kementerian Kesihatan Gaza, setakat pagi tadi 24 rakyat Palestin telah syahid dan 200 orang lagi cedera akibat serangan tentera Zionis Israel. Mereka yang syahid ini telah dipilih oleh Allah untuk bersahur di dunia dan berbuka puasa di syurga. Beruntungnya mereka menjadi insan pilihan di sisi Allah.

Bagaimana pula dengan kita? Apakah kita masih dengan sikap nafsi-nafsi? Masih lagi menghitung juadah berbuka sedang mereka meratapi kematian insan tercinta. Sedang kita diulit sentosa, kirimkanlah doa buat mereka.

Kita mengejar ganjaran di bulan yang mulia usah kita lupa pada saudara kita di Gaza. Cubit paha kanan, paha kiri pasti terasa. Doalah tanda kita cakna. Berdoalah atas dasar cinta. Doa, senjata yang kita ada. Berdoalah kerana doa itu percuma.

Wallahu'alam.



Nota : 
Sumber dari facebook Aman Palestin melaporkan bahawa penentangan hebat dilakukan oleh mujahidin di Gaza telah membunuh 7 org askar zionis dan seorang telah ditawan.

Komando Amfibia Palestin telah sampai ke Israel melalui jalan laut buat kali pertama dan menculik askar Israel.

Roket-roket Al Qassam telah berjaya sampai di Tel Aviv Israel dan menyebabkan bandar utama Israel tersebut lengang dan penduduk Israel bertempiaran menyembunyikan diri. Media Zionis melaporkan 5 juta rakyat Israel kini tinggal di dalam bunkers perlindungan.

Teruskan berdoa utk kemenangan umat Islam..

Untuk sumbangan ke Tabung Kecemasan Gaza 2014
Aman Palestin Bhd
MBB 562263010787
BIMB 12029010047880
CIMB 8600460353
RHB 21245760004907
BMMB 12070005133717

Tarikh: 9 Julai 2014, 12tghri



Saturday 28 June 2014

Tip Memasak Di Bulan Ramadan

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar : Google

Assalamualaikum.

Ramadan bukan tentang soal makan semata-mata tetapi tidak boleh dinafikan bahawa makanan adalah sebahagian daripada komponen puasa. Kita disuruh berpuasa dan kita juga disuruh untuk berbuka. Malah, kita juga disunatkan untuk bersahur.

Yang salahnya apabila juadah menjadi keutamaan kita melebihi segalanya. Seolah-olah Ramadan adalah pesta juadah bukan lagi pesta ibadah.


Salah satu sebab saya ingin berkongsi tip memasak adalah supaya kita dapat merancang masa untuk memasak supaya dapat menghidangkan juadah untuk seisi keluarga meskipun dalam waktu yang pendek terutamanya pada hari-hari kerja. 

Jadi, waktu-waktu mustajab untuk berdoa contohnya sebelum masuk waktu berbuka dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan tidak dibiarkan berlalu begitu saja kerana terlalu sibuk di dapur. 

Semua tip ini saya peroleh hasil daripada rakan-rakan di Facebook dan  blogger.

Antara yang menarik perhatian saya adalah entri Tip Dapur Di Bulan Ramadan oleh blogger masakan yang tidak asing lagi iaitu Che Mat Gebu. Tip-tip yang diberikan sangat membantu menyenangkan kerja-kerja di dapur. Sememangnya tulisan Che Mat di blog www.tiffinbiru.com tidak asing lagi bagi mereka yang meminati bidang masakan termasuklah saya yang merupakan pembaca senyap blog beliau.

Setiap orang mempunyai cara tersendiri bagi memastikan bahawa juadah yang dihidangkan adalah hasil air tangan ibu walau sesibuk mana pun para isteri dan ibu-ibu ini bekerja. Apa yang dapat saya simpulkan, kebanyakan mereka menyediakan bahan-bahan asas untuk memasak lebih awal dan dalam kuantiti yang banyak.

1. Cili kering - rebus dan mesin cili kering bersama air, kemudian campurkan minyak sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

2. Bawang putih/bawang merah/bawang besar - kisar bawang-bawang tersebut secara berasingan (dengan air). Selepas itu letakkan minyak dan garam ke dalam bawang yang telah dikisar. Simpan dalam bekas yang bertutup sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

3. Kupas bawang-bawang yang diperlukan (bawang putih/merah/besar) siap-siap. Simpan dalam peti sejuk. Bawang ini hanya perlu dihiris jika ingin digunakan dalam masakan. (Tidak perlu kupas banyak-banyak).

Ada juga yang sahabat saya yang lebih suka memasak makanan lebih awal. Ini contoh perkongsian oleh sahabat saya di Facebook.




Cukuplah sekadar itu. Letak banyak-banyak nanti makin pening dibuatnya. Hehe. Kurangkan juadah, tingkatkan ibadah.

Wallahu'alam.




Jadual Waktu Solat, Berbuka Puasa dan Imsak 2014

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Jadual waktu solat, berbuka puasa dan imsak mengikut zon bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Putrajaya serta Sabah dan Sarawak bagi tahun 2014 bersamaan 1435 hijrah. Jadual ini telah disediakan oleh pihak JAKIM untuk kemudahan umat Islam dan boleh dimuat turun menerusi link yang diberikan di bawah :

1. Johor

2. Kedah

3. Kelantan 


4. Kuala Lumpur

5. Labuan

6. Melaka

7. Negeri Sembilan

8. Pahang

9. Perak

10.
Perlis

11. Pulau Pinang

12. Putrajaya

13. Sabah

14. Sarawak

15. Selangor

16. Terengganu




Friday 27 June 2014

Anak Ayah

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar : Google

Minggu lepas singgah makan di sebuah restoran. Sementara menunggu makanan sampai, sempat juga memerhatikan gelagat budak perempuan dalam lingkungan umur 5-6 tahun.

Saya senyum, dia kenyit mata. Nakal! Kebetulan masa tu keadaan lengang. Jadi sukalah dia boleh melompat dan berlari. Sesekali dengar suara si ayah menegur. Tetapi si anak buat tak kisah.

Duduk dan makan secubit, sambung balik main. Si ayah pula nampak letih dengan baju kerja masih tersarung di badan. Tengah seronok berlari, dia terjatuh. Bulat mata si ayah memandang anaknya. Boleh nampak aura naganya.

Si anak ni bijak. Bingkas bangun meluru ke arah ayahnya. Lalu dipeluk dan dicium pipi ayahnya kiri dan kanan sambil menjerit, "I love you daddy!"




Cair terus hati si ayah. Meleret senyumannya. Pandai betul anak perempuannya mengambil hati.

Kembali ke tempat duduknya untuk makan. Namun mulut kecil itu tidak berhenti mengomel. Berselang seli dengan pelbagai lagu yang dinyanyikan dengan versi sendiri.

Ada ketikanya dua beranak ini suap-menyuap. Kemudian ayah mengelap pipi anak yang comot dan si anak juga melakukan hal yang sama kepada ayahnya. Rasa macam sedang menonton watak Anjali Junior dan Rahul.

Comel betul!

Segala puji dan puja hanya untuk Allah, tuhan yang Maha Berkuasa. Dialah yang mencampakkan rasa kasih sayang dan cinta dalam diri dan hati manusia. Wallahualam.

Tuesday 17 June 2014

Kelebihan Mencintai Al-Quran

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar : Google

Al-Quran adalah nikmat yang sering dipandang remeh. Sedangkan sesiapa yang mendampingi Al-Quran akan mendapat tempias mukjizat Nabi SAW. Kita tidak rasa Al-Quran penting dalam hidup kita seperti mana pentingnya air dan udara. Apabila kita tidak kenal Al-Quran, mana mungkin kita akan jatuh cinta kepadanya.

Terdapat tujuh kelebihan pencinta Al-Quran yang disenaraikan oleh Ustaz Abdullah :

 


1. Tidak nyanyuk sampai tua.

2. Orang tua yang mengamalkan Al-Quran walau diumpamakan seperti Quran buruk yang lunyai tetapi disayangi dan dihargai. Orang akan mencintai dan menghormati serta meletakkannya di tempat yang baik-baik.

3. Pencinta Al-Quran tidak perlu bimbang jika sampai umur tuanya tidak ada anak-anak yang menjaganya kerana Allah akan menghantarkan orang lain untuk menjaganya kerana ini adalah janji Allah kepada hamba-hambaNya yang menjunjung kemulian Al-Quran. Malah, golongan ini sentiasa dalam pengawasan para malaikat.

4. Orang yang menjunjung Al-Quran dalam dirinya akan dijaga oleh Allah baik di dunia, alam kubur mahu pun akhirat. Walaupun ketika di dunia dia dibenci oleh orang jahat tetapi Allah melindungi keselamatannya seperti mana Allah menyediakan malaikat untuk menjaga setiap huruf di dalam Al-Quran.

5. Wajahnya bercahaya dan berseri-seri serta terasa mesra untuk didekati.

6. Orang yang membaca Al-Quran tidak akan dibiarkan oleh Allah dalam keadaaan terhina. Contohnya menjadi peminta sedekah atau makan sampah dijalanan dan sebagainya.

7. Pengamal Al-Quran, meskipun hidupnya nampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya kerana Allah kurniakan rezeki kepadanya tanpa diduga sebagai hadiah yang melambangkan keberkatan.

Monday 16 June 2014

Ulasan Kelas Asas Blog : Bisnes Hanya Dari Rumah

Assalamualaikum...

Syukur ke hadrat allah swt atas kurniaan tunasan idea menyiapkan blog yang baru yang lebih kemas dan tersusun ini. mood perasan sikit hehehehe  Alhamdulillah berjaya menyiapkan branding semula dari blog lama RAHSIA IBU SIHAT ke blog baru ARDA eSHOP =) Yess blog telah lengkap review !!

Saya masih baru, mula sertai Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) pada 19 April 2014, masih baru masih bertatih hehehe namun di luar jangkaan saya, trafik sehingga hari ini telah melebihi 3K !! ALHAMDULILLAH

Baru 2 bulan lebih menyertai keluarga ABDR di bawah seliaan Pn. Anys Idayu Zakaria. Terima kasih cikgu atas ilmu yang diperturunkan semoga mendapat ganjaran pahala yang berlipat-kaliganda dari Allah swt, InsyaAllah. Keperihatinan cikgu dalam segala tunjuk ajar cikgu sangat-sangat membantu !! Pengalaman yang sangat berbeza caranya dari dulu ketika saya terkial-kial belajar sendiri membuat blog dan belajar membuat blog dengan berguru =)

Bagusnya ABDR, saya juga boleh berkenalan dengan kawan-kawan online yang baru, bertukar-tukar ilmu dan pandangan tentang dunia online, blog dan bisnes, suatu pengalaman yang amat membuatkan saya teruja ! serta membina rangkaian blog tersendiri yang mana setiap ahli keluarga ABDR saling bantu- membantu dengan cara berkongsi link blog rakan yang lain di blog masing-masing =)

Manfaat utamanya setiap hari saya akan terima tips-tips yang baru yang sangat berguna untuk rujukan untuk menjadikan blog atau kedai online lebih interaktif supaya sentiasa dikunjungi =)

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah  syukur yang tidak terkata, rezeki dah mula masuk, sale juga semakin rancak, semuanya Anugerah Rezeki Dari Allah swt =)

Bagi mereka yang mahu memulakan bisnes hanya dari rumah sahaja, tanpa perlu keluar, uolss boleh sertai keluarga kami di Akademi Bekerja Dari Rumah =) InsyaAllah setiap usaha pasti ada hasilnya =)

http://shuhadabadya.blogspot.com/
__________________________________________________________________


Bagi yang sudah ada produk, belum mahir untuk mula membina blog dan masih tidak tahu bagaimana cara untuk menggunakan blog sebagai sumber pendapatan, boleh sertai kelas online blog mula bisnes atau kelas online blog penulisan.

1. Kelas asas blog dan penulisan
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.

a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.

b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.

c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.

e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 750 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.

f.Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.

g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.

h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

 
2. Kelas asas blog dan fan page
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.

b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.

c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.

d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RMRM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta).

e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.

g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat fan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

Boleh hubungi saya untuk pendaftaran kedua-dua kelas ini.
 
Facebook: Nor Adilah
Email      : noradilah.ahmadshokori@gmail.com
SMS       :  016 - 461 4541


Copyright to NOR ADILAH
Designed by UMIESUEstudio 2015