Wednesday 14 May 2014

Kisah Burung, Cacing dan Cicak

Teks : Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar : Google

Kita hairan melihat gelagat manusia. Baru diuji sedikit, mereka sudah mula menyalahkan Allah. Mari kita belajar daripada binatang di sekeliling kita.

Cuba kita lihat burung. Burung tidak pernah salahkah Allah atas kekurangan rezekinya. Setiap pagi burung keluar mencari rezeki. Pulangnya ke sarang pada waktu petang belum tentu membawa makanan. Kadang-kadang makanan itu hanya cukup untuk anak-anak dan tidak ada bahagian untuknya.



Tetapi seekor burung tidak pernah kecewa dalam hidup. Tidak pernah kita lihat seekor burung membunuh diri. Bahkan saban hari burung tetap berkicau seolah-olah tidak ada masalah dalam hidupnya. Padahal rezekinya belum terjamin. Tidak seperti sesetengah manusia yang ada pencen dan simpanan untuk masa depan.

Perhatikan pula cacing yang hidupnya dalam tanah. Cacing ini tidak mempunyai kaki, tangan dan buta matanya. Dengan status cacing ibarat OKU (orang kurang upaya) total, cacing tidak pernah bunuh diri. Malah cacing yang hidup dalam tanah, gemuk-gemuk belaka.

Bagaimana pula dengan cicak? Kalau nak ikut marah, cicak berhak untuk marah kerana cicak tidak boleh terbang, hanya boleh boleh merayap. Tetapi Allah jadikan lidah cicak fleksibel, lidahnya boleh mencapai apa yang sedang terbang. Cicak bersyukur dan tidak pernah marah pada Tuhan.

Patutkah kita marah? Patutkah kita menyalahkan Allah bila kita diuji? Jawapannya tidak! Kerana hidup adalah ujian dan kita hamba memang layak untuk diuji.




Tuesday 13 May 2014

Orang Tenang

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori

Sekiranya kita diberikan 2 pilihan dalam hidup, yang mana satukah yang kita akan pilih?

Pilihan 1 : Kita memiliki segalanya.
Pilihan 2 : Kita berasa tenang tidak kira apa jua yang kita ada.

Majoriti akan memilih pilihan yang kedua. Kenapa kita memilih untuk tenang? Ini kerana tujuan sebenar kita ingin memiliki rumah yang cantik, pasangan yang baik, kenderaan yang elok, anak-anak yang baik bertitik tolak daripada keinginan kita untuk beroleh ketenangan.

Orang yang paling bebas ialah orang yang paling tenang dalam apa jua situasi. Dalam dunia ini ada 3K yang kita inginkan iaitu kebebasan, ketenangan dan kebahagiaan.

Bagaimanakah caranya untuk kita mendapat 3K ini? Cara yang sangat mudah iaitu dengan memberi kepada orang lain. Kalau kita inginkan ketenangan maka kita kena tenangkan orang. Inilah teorinya.

Tahap ketenangan kita boleh diukur dengan melihat emosi kita pada waktu pagi. Jika kita tidak tenang dan serabut maksudnya kita ada sesuatu yang tidak kena pada diri kita. Boleh jadi kerana kita banyak dosa, tidak memaafkan orang lain atau pun kita sangat ego.

Perlu kita ingat bahawa orang ego adalah orang yang sombong dan orang sombong tidak akan tenang. Mereka tidak tenang kerana orang yang sombong adalah orang yang tidak taat kepada Allah serta tidak mahu mengikut hukum Allah. Orang begini akan mengundang kemurkaan Allah.

Sedangkan hati dan jiwa kita berada di dalam genggaman Allah. Tidak ada benda yang berlaku di luar boleh menentukan dalaman kita. Allah yang Maha Berkuasa yang menggenggam langit dan bumi. Dia jugalah yang menggenggam hati kita.

Sesungguhnya orang tenang sentiasa akan menang. Tetapi orang takut tidak akan menang. Orang dengki tidak akan menang. Orang marah tidak akan menang. Orang dendam tidak akan menang. Orang dendam tidak akan menang. Orang tamak tidak akan menang.

Orang yang tidak tenang adalah orang yang mempunyai banyak emosi negatif. Takut adalah emosi negatif. Maka sepatutnya kita hanya takut kepada Allah. 

Ayuh kita audit diri kita, berapa kali kita menyebut perkataan-perkataan ini. Takut, risau, kalau, tapi, nanti macam mana, kenapa, boleh ke, 'ye ke' dan 'betul ke'.

Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku (QS al-Fajr [89]: 27-30).

Wallahu'alam.



Monday 12 May 2014

10 Sebab Blog Bisnes Lebih Baik Berbanding Facebook

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google

Paparan infografik ini menunjukkan kelebihan pemasaran online yang menggunakan blog dalam menjalankan bisnes berbanding dengan facebook. 

Secara ringkasnya, facebook adalah tempat atau medium untuk berkongsi sesuatu secara tepat dan ringkas. Manakala blog pula lebih menjurus kepada satu bentuk penulisan tentang maklumat berkaitan bisnes yang diperlukan dan diinginkan oleh pelanggan.

Sayangnya hari ini, ramai peniaga yang tidak memanfaatkan kelebihan yang ada pada blog dan lebih menumpukan kepada penggunaan media sosial sahaja. Jika anda tidak mempunyai blog bagi bisnes anda, maka anda telah terlepas beberapa perkara penting bagi bisnes anda.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh firma pemasaran sosial iaitu Get Satisfaction, ada 3 dapatan penting yang perlu diketahui oleh peniaga.
(Sumber: http://www.j6design.com.au/clientarea/BlogvsFacebook)


+  Walaupun peniaga membuat pelaburan yang banyak untuk facebook ads
    tetapi pelanggan lebih kerap 
berkunjung ke website (blog).

+  Apabila pelanggan ingin mendapatkan maklumat untuk membuat keputusan
    pembelian, 89% daripada 
mereka akan terus pergi ke website.

+  Hanya 21% daripada pelanggan yang akan menggunakan rangkaian      
    media sosial untuk mendapatkan 
maklumat (untuk membuat keputusan
    pembelian).

Facebook vs Blog 10 Reasons Business Blogging is Better than Facebook [Infographic]



Malu Tapi Mahu

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori

Malu biarlah tempat. Semua orang perlu ada perasaan malu. Malu untuk berbuat maksiat. Malu untuk buat perbuatan jahat. Di sini positifnya perasaan malu kerana malu dapat menghalang kita daripada melakukan dosa.

Berbalik kepada tajuk kita, 'Malu Tapi Mahu'. Kalau ditanya kepada orang, boleh jadi ada 1001 alasan yang boleh disandarkan atas rasa malu. 

MAHU berbisnes tetapi MALU orang tahu kita buat bisnes.
MAHU untung dengan bisnes tetapi MALU untuk buat promosi.
MAHU ada blog tetapi MALU untuk tulis blog.
MAHU tahu tetapi MALU untuk bertanya.

Nampaknya perasaan MALU lebih besar berbanding rasa MAHU. Ini namanya malu tak bertempat. Hatta ada orang yang nak berdoa pun malu. Malu nak minta dekat Allah. Kenapa pula nak malu? Bukankah kita disuruh minta yang terbaik daripada Allah?

Kalaulah ini yang terjadi maka kekallah kita dengan perasaan malu itu sampai bila-bila. Hanya orang yang MAHU sahaja yang akan berjaya.

Jika anda mempunyai masalah seperti ini, nak buat ini malu, nak buat itu malu. Maka senaraikan apa impian yang ingin anda capai. Catatkan impian anda. Bayangkan anda telah pun berjaya mencapai impian tersebut. 

Jadikan impian anda itu sebagai faktor yang menggerakkan anda sehingga tahap perasaan MAHU mengatasi MALU. Kemudian bertindaklah di samping teruskan berdoa. 

Akhir kata, malu biarlah bertempat!



Sunday 11 May 2014

9 Idea Bisnes Bulan Ramadan

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori
Gambar: Google

Saya tahu ramai yang ingin mencari duit lebih terutamanya menjelang musim perayaan. Di sini saya kongsikan 9 idea bisnes bulan Ramadan.

1. Kuih/Biskut raya
Mungkin ada yang merungut, lecehlah buat kuih raya. Susah buat kuih/biskut. Penat pula tu. Baik, jangan buat sendiri kuih/biskut tersebut. Cari orang yang memang buat kuih raya dan kita sendiri telah rasa kualiti kuihnya (sedap). Kemudian, kita ambil sampel (contoh) dari pembekal atau kita boleh beli sedikit untuk buat sampel sendiri.

Lepas itu, mulakan promosi. Bagi orang rasa kuih tersebut. Kalau kuih yang kita jual itu terbukti sedap, orang tidak akan teragak-agak untuk membuat tempahan. Kualiti dan kesedapan kuih akan bercakap sendiri.

Dalam hal ini, kita pun tidak penat, betul tak? Kita cuma tolong promosi, ambil order dan hantar kepada mereka. Jangan lupa ambil wang deposit daripada pelanggan.

2. Kerepek
Sama seperti kes kuih/biskut raya. Tidak semestinya kita kena buat sendiri kerepek yang ingin dijual. Kita boleh dapatkan bekalan kerepek daripada pengusaha-pengusaha kerepek secara borong. Kemudian, bungkus semula dalam pek-pek kecil.

Harga yang murah akan menarik pelanggan untuk membeli. Untuk peringkat permulaan, mungkin boleh letak dan pamerkan atas meja kerja. Apabila rakan sepejabat mula bertanya, inilah peluang kita untuk menjual. Peringkat seterusnya menjadi lebih mudah kerana orang sudah mula mengenali dan tahu kualiti kerepek yang kita jual.

3. Pakaian
Kalau ingin menjual kain pasang sekarang ini agak kurang sesuai kerana kebanyakan tukang jahit tidak lagi menerima tempahan menjahit pakaian untuk disiapkan menjelang hari raya. Tetapi, masih boleh dijual jika kena dengan caranya.

Jika ingin menjual, boleh fokuskan kepada pakaian yang sudah siap dijahit. Contohnya, baju kurung, tudung serta aksesori (keronsang/pin).

4. Serunding
Produk yang mendapat sambutan adalah serunding. Bukan hanya untuk hari raya tetapi juga serunding adalah makanan siap yang menjadi salah satu bekalan makanan yang wajid ada di rumah pada bulan Ramadan.

6. Sambal
Pelbagai jenis sambal yang ada di pasaran sekarang ini seperti sambal hitam, sambal bilis dan banyak lagi. Sambal adalah makanan pembuka selera khususnya pada bulan puasa.

7. Telekung
Permintaan untuk telekung cukup tinggi dan ramai yang tidak nampak peluang seperti ini. Sebelum masuk Ramadan, ramai yang mula mencari keperluan solat ini. Alhamdulillah kerana semakin ramai yang memandang berat persiapan menyambut pesta ibadah ini dan tidak hanya fokus kepada persiapan raya sahaja.

http://noradilah-ahmadshokori.blogspot.com/2014/04/projek-duit-raya.html

8. Kek dan puding
Seperti kebanyakan makanan yang lain, kek dan puding adalah produk makanan yang sentiasa mempunyai tempat dalam pasaran.

9. Sampul duit raya
Amalan memberi duit raya masih lagi subur di negara ini. Meski pun terdapat usaha pihak tertentu untuk mengubah konsep ini, namun usaha tersebut masih belum menampakkan hasil. Justeru, sampul duit raya merupakan produk yang mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna.

Ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan sampul duit raya yang cantik, unik dan menarik berbanding biasa. Sasaran pelanggan tidak terhad hanya kepada individu dan orang perseorangan sahaja, namun boleh diperluaskan kepada peniaga yang ingin menjadikan sampul raya sebagai alat promosi dan hadiah kepada pelanggan dan bakal pelanggan mereka.

Semoga idea bisnes di atas dapat membantu mereka yang berminat untuk menimba pengalaman berniaga khususnya pada bulan Ramadan dan menjelang musim perayaan.


Bakal Terbit!


Kenapa Mahu Berhenti Kerja?

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori

Satu lagi emel luahan ibu bekerjaya tentang masalah yang dihadapi dan keinginannya untuk belajar membuat blog bisnes.

Sumber : Zaila Mohammad

Utk pengetahuan... sy mempunyai masalah di tempat kerja (stress) kerja terlampau banyak, 
ank ank saya terabai. Baru-baru nie keputusan peperiksaan dah keluar..
amat memeranjatkan saya.. keputusan sangat mengecewakan ..

Jadi saya ambil keputusan untuk berhenti, jadi sebelum berhenti cuba mencari sesuatu yang mungkin 
boleh menjana pendapatan dlm menampung perbelanjaan suami..


Skrg nie saya buat bisnes offline (produk supplement) iaitu di tempat kerja saya.
ada juga war-warkan dekat fb tp sambutan kurang menggalakan. 
Byk info dari blog-blog ..tp saya sendiri tak ada blog...ruginyaaaaaa

Jadi sy ambil keputusan nak belajar buat blog.

Sy harap, Zaila dapat bantu sy bina blog sendiri.

Sy nekad nak mula balik dari zero, jd nak joint akedemi WAHM


Alhamdulillah, pengirim email tersebut iaitu Pn Hasliza sudah pun menjadi salah seorang pelajar dan penurus online pasukan saya. Berikut adalah entri pengenalan daripada Pn. Hasliza ;-

Teks: Hasliza Abu Hassan

Setelah 5 tahun bekerja makan gaji, keinginan untuk menjadi suri rumah begitu tinggi. Pada awalnya suami tidak mengizinkan kerana faktor kewangan. Jadi saya mengambil inisiatif memiliki sesuatu kemahiran yang boleh menjana pendapatan seterusnya membantu keluarga. Saya telah menghadiri beberapa kelas seperti kelas masakan dan jahitan. Begitu juga saya pernah menjadi agen menjual produk makanan seperti biskut raya dan coklat. Namun sambutan kurang menggalakan. Saya mencari punca kegagalan saya iaitu gagal dalam pengurusan masa.

Pada tahun 2012 semua anak-anak telah bersekolah, jadi saya tidak mampu membahagikan masa saya bersama suami, anak-anak, beribadat, pekerjaan dan juga kerja sambilan. Keadaan menjadi tunggang langgang dan saya mengalami masalah tekanan yang amat sangat. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa untuk beribadat dan juga keluarga. Disamping itu juga dapat meneruskan bisnes "online".

Pada April 2014, surat perletakkan jawatan sudah diserahkan. Dalam pemikiran saya berlegar-legar, apa yang perlu saya lakukan setelah berhenti. Dengan izin Allah, saya dipertemukan dengan Puan Zaila di alam siber semasa mencari-cari ilmu berkaitan bekerja dari rumah. Tanpa membuang masa dan atas dorongan kuat dari suami, saya mendaftar menjadi ahli "Akademi WAHM". Moga-moga pertemuan yang diaturkan oleh Allah s.w.t ini akan membuka jalan dan ruang untuk saya menjana pendapatan dari rumah.
Akhir sekali, niat saya adalah untuk membantu mereka yang mempunyai masalah berkaitan dalam bidang saya. Mudah-mudahan apa yang bakal dikongsikan di sini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Diharap Allah Taala memberi ganjaran pahala untuk bekalan di akhirat kelak.


Saya rasa tindakan Pn Hasliza yang berani untuk melepaskan jawatannya adalah satu sikap yang patut dipuji. Keinginan untuk lebih bersama dengan anak-anak membuatkan Pn Hasliza membuat rujukan tentang peluang untuk bekerja di rumah. Alhamdulillah juga kerana Allah menemukan kami di dalam dunia online (mula-mula kami hanya berutus email sahaja) sehinggalah dibukakan pintu hati Pn Hasliza untuk menyertai kelas online di bawah bimbingan saya. Insya Allah saya akan cuba yang terbaik untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajar melalui segala ilmu dan pengalaman yang saya ada.

Setiap yang besar harus bermula dari yang kecil. Begitulah lumrah hidup ini, harus kosongkan gelas sebelum masuk menuntut ilmu. Insya Allah saya sentiasa doakan mereka yang mengikuti kelas online saya akan terus berjaya dan tidak akan berhenti berlari dari mengejar ilmu.

Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar kelas asas blog & fanpage (mula bisnes) boleh mendaftarkan diri ke kelas online.

Ingin mendapatkan ebook yang sesuai untuk bacaan anda ?
Ingin belajar cara asas menulis blog, fanpage & beriklan di mudah.my ?
Ingin menjana pendapatan dengan hanya duduk di rumah ?
Hubungi Adilah untuk:-
KHIDMAT NASIHAT PERCUMA
dan
PELUANG BISNES BERSAMA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH!!!

Facebook (pm) : Nor Adilah
Email : noradilah.ahmadshokori@gmail.com
016- 461 4541


Saturday 10 May 2014

Saranan Bekerja Dari Rumah

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori

Sebagai seorang wanita, saya memahami impian kebanyakan daripada wanita bekerjaya yang lain iaitu duduk di rumah sepenuh masa. Bangku empuk di pejabat bukan lagi sesuatu yang menyelesakan saat ini. Sebaliknya, tarikan untuk berada di rumah terasa semakin kuat dan mendekat. 


Sumber: Khairunnisa Hamzahara

[ Kelebihan itu adalah Tanggungjawab ]

Hari ini saya terima lagi email yang mempunyai maksud yang sama
yang merupakan perkara paling hot di kotak inbox saya namun 
setiap hari dari orang yang berlainan. Saya kongsikan satu di sini:

"Salam Puan,

Nama saya ############, boleh panggil saya #### saja.
Saya berkerja dan ibu kepada 3 anak-anak kecil (8 tahun, 6 tahun dan seorang bayi 4 bulan).

Saya rasa teruja dan ingin menjadi seperti Puan...seorang yang berjaya dalam bidang ini dan sentiasa dekat dengan keluarga. Harap puan dapat membantu saya. Saya ingin dekat dengan anak-anak saya dan menyusukan bayi saya yang sekarang ini hanya bersama saya diwaktu malam.

Terima Kasih.

########## (aka ###########)




Jawapan saya:

Allahuakhbar, saya juga masih bertatih, masih menimba ilmu dan masih mencuba. Apa yang boleh saya bantu dan saya sarankan, sertailah Akademi Bekerja Di Rumah. Seawal saya membuat keputusan berhenti kerja 2 tahun yang lalu, Akadmei ini belum wujud dan saya terkapai selama 1 tahun. Kini anda semua sudah boleh lalu mengikut jejak di tebasan semak yang kami di akademi sudah redah dan tebas dahulu dengan cara bebas anda sendiri 

http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/


Copyright to NOR ADILAH
Designed by UMIESUEstudio 2015